Saturday, September 7, 2019

Rasa Macam Giant...

(catatan siri jalan-jalan Europe 20)

Deretan kibaran bendera negara Kesatuan Eropah 
sebaik saja melangkah masuk ke taman.

Mulanya mak rasa tiada apa yang menarik pun tentang taman mini ini. Terletak di Bruparck bersebelahan Atomium, Mini Europe adalah taman kecil yang mempamerkan monumen Kesatuan Eropah. Merangkumi kira-kira 80 bandar dan mewakili 350 buah bangunan.

Tetapi setelah berada di dalamnya dan melihat-lihat model manumen tersebut mak rasa seronok dan ralit pula. Rasa macam giant bila berjalan di antara model miniatur tersebut. Bukan setakat model bangunan tapi di terapkan juga suasana 'di tempat' yang di replikakan.

Ada di antara model-model tersebut, seperti kapal terbang, kapal laut dan keretapi sentiasa bergerak dan mak begitu seronok memerhatikannya. Gunung berapi yang sentiasa mengeluarkan asap. Pelantar minyak dan pelabuhan yang seolah-olah 'hidup' dengan 'orang-orang' yang sibuk bekerja.

Seronok berada di Taman Mini Europe. Diri rasa seolah-olah giant 
bila berada di antara replika ikon bangunan negara-negara Eropah ini.


8 comments:

  1. hehe..comel2 je bangunan2 mini..

    ReplyDelete
  2. cantiknya taman mini.. comel2 ja bangunan.. kreatif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Atie... bangunan2 tu sama dan serupa betul dgn bangunan sebenarnya. Seolah2 bangunan sebenar tu di compress-kan menjadi kecik... dan suasana serta kedudukan ditempat asalnya juga dibuatkan sekali. Contoh. Kalau bangunan parlimen british letaknya di tepi sungai thames... so kat taman mini ni pun 'dibina' sungai thames

      Delete
  3. Lamanya makcik tak singgah sini... Sweetie masih di "oversea" :)

    ReplyDelete
  4. menarik nampaknya taman mini ni..comel bangunan mini yang dibina tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangunan2 kecil tu di bina serupa dan tak berubah sikit pun dgn bangunan sebenar.

      Delete