Sunday, October 9, 2016

Moga Allah merestui...

Dua bulan dari tarikh akhir entri blog ini di biarkan sepi. Sengaja aku biarkan... demi melapangkan masa dan waktu senggang untuk diri sendiri. Dan hari ini genablah sebulan duduk di rumah. Cuti bergaji sehingga akhir tahun ini. Selepas itu jadi surirumah sepenuh masa. Saat aku ditanya oleh Datuk KP ketika menghulurkan surat perletakkan jawatan sebulan yang lalu, aku tiada jawapan untuk kenapa aku ingin bersara awal. Apa yang aku nak buat selepas bersara pun... aku tak tahu.

Semuanya kerana janji. Janji pada diri sendiri. Sebaik saja anak-anak menghabiskan pengajian di universiti dan bekerja aku mahu bersara. Rasanya sudah terlalu penat bekerja. Berulang alik ke pejabat lima hari seminggu. Meredah kesesakkan jalan raya pergi dan balik kerja saban waktu.

Kalau fikirkan sayang, memang sayang nak lepaskan kerja yang aku buat sekarang. Aku suka kerja tu. Apalagi bila fikirkan duit gaji yang aku dapat setiap bulan. Aku akan hilang sumber pendapatan tetap. Lebih-lebihlah dalam keadaan ekonomi sekarang. Dengan kos sara hidup yang melambung tinggi.

Tapi apabila di fikirkan semula,.. sampai bila? Fikirkan duit.., sampai bila pun tak pernah cukup. Banyak manapun dihimpun, akhirnya akan 'ditinggalkan' jugak. Kalau umur aku ini masih ada berbaki 5 ke 6 tahun lagi, biarlah ia di isi dan dipenuhkan dengan amalan-amalan yang akan di bawa ke akhirat pulak. Tetapi kalau boleh aku ingin hidup lebih lama lagi. Moga Allah memberikan aku umur yang panjang dengan kesihatan yang baik! Amin! Mudah-mudahan Allah merestui niat aku ini.

37 comments:

  1. InshaAllah moga Allah panjangkan umur akak.. kalau diikutkan saya pun nak bersara awal, tapi anak2 masih kecil, perlu cari sumber kewangan tambahan tak boleh nak mengharapkan suami saja..jadi lupakan dulu niat nak berhenti kerja mi hehehe..

    moga Allah mudahkan urusan akak sweetie ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama aryan muda lagi, tenaga masih kuat... saya ni dah tua... dah tak larat lagi nak buat banyak2 kerja... kerja pejabat nak buat, balik rumah buat kerja rumah lagi. Mana ada tenaga.

      Delete
  2. Moga Allah merestui sweety untuk bersara awal.Mungkin ada hikmahnya dengan keputusan sweety ni...moga dapat menambah amalan dalam mengisi waktu2 yang terluang.
    Bertuah sweety anak2 dah bekerja...Takpelah dah boleh rehatkan fizikal dan minda skg ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Saniah, moga saya diberi kesihatan yang baik dan menjalani kehidupan dengan tenang dan dapat menambah amalan sebagai bekalan ke akhirat pulak ya.

      Delete
  3. as salam kak. semoga urusan akak di permudahkanNya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Yati. InsyaAllah moga keputusan saya ini betul dan mendapat keberkatan.

      Delete
  4. lama tak dengar cerita akak..semoga akak tenang dan bahagia dgn kehidupan sekarang..

    ReplyDelete
  5. Org kt selagi fikir, apa pun x mnjadi
    Buat je hihi
    Seronok kan duk umh . Jd bos pd diri sndiri

    ReplyDelete
  6. Aameen..semoga sweetie sihat menjalani kehidupan seharian sebagai pesara. Acik dah setahun lebih bersara dan selepas setahun diduga dengan kesihatan..Alhamdulillah kini semakin sihat..syukur sangat2 dan terima kasih pada suami dan adik yang menjaga acik ketika kurang sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh ye ke, patutlah acik lama menyepi dan tak update blog. Semoga acik semakin sihat ye. Tula, nak melawat tak tahu mana acik tinggal.

      Delete
  7. Semoga kehidupan selepas ini lebih baik ya sis..mudah2an berjalan lancar.. mgkin sdh smmpi masanya kita memikirkan hal utk diri plak..
    *Salam kenal ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berkenalan Atie. Ya betul tu, sebenarnya dah lama saya menantikan saat ini, bersara dan berehat. Setelah berpuluhan tahun bekerja saya rasa penat sgt, mungkin juga faktor usia.

      Delete
    2. sy sllu terfikir klu berkemampuan, sy nak resign jaga ank kat rumah..lihat dia membesar depan mata... huhu... insyaAllah suatu saat nnti..:)

      Delete
    3. singgah... pekabar tuan rumah ni? :)

      Delete
    4. Hai Atie, saya sihat-sihat je.

      Delete
    5. Salam JUmaat kak..singgah melawat :)

      Delete
    6. Singgah menjenguk kak..moga sihat2 shj :)

      Delete
  8. selamat bersara sweetie.doakan bersara dgn diberi kesihatan yg baik dan barakah.masa mengumpul pahala pula.

    ReplyDelete
  9. Amin amin amin semoga dipermudahkan olehNya .
    Lama juga nak tengok entry baru dari Sweetie ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tengah 'berhoneymoon' skrg ni cik bunga. Tunggu2lah bila rajin nanti buat n3 baru. Skrg nak lepak-lepak dulu dan b/w skodeng n3 kengkawan. hehheh...

      Delete
  10. Alhamdulillah..
    Saat yg paling mederka ye Kak Sweetie..
    Tak perlu lagi bersesak dijalan raya..
    Pastu melayan karenah boss..
    Menyiapkan segala tugasan..
    Walaupun ada imbuhan..

    Tetapi bila dah bersara ni..
    Terasa ringan benak dikepala kan..

    Semoga kak sweetie terus suksess..
    dan terus dberikan kesihatan yang baik ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata merdeka sangat tak juga Yati. Tapi yelah, tak adalah lagilah peraturan demi peraturan yang perlu di patuhi kan. Dah jadi suri rumah ni, semuanya di tangan sendiri...hehheheh.

      Delete
  11. Aamiin. Selamat bercuti dan selamat bersara Sweetie. Saya pulak yg rasa seronoknya. Moga saya jg berkesempatan melaluinya.

    ReplyDelete
  12. Nanti saya baca.
    Saya Nak keluar dulu.

    ReplyDelete
  13. aminn...semoga pilihan sweetie tepat n membahgiakan sambil tu boleh isi masa dgn menulis r blogging.

    ReplyDelete
  14. Happy monday swetie
    Sepatutnya masa bercuti ni kena update blog haha
    Ni terus cuti jugak ke
    Tkpelah janji U happy oklah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Kak Noor, buat masa sekarang ni mmg nak rileks dan bercuti dari menulis di blog. Tapi apapaun saya tetap juga b/w membaca n3 kengkawan.

      Delete
  15. Sweetie, you chosed an early retirement? Sit back and relax 'cause it's time to do what you want to do, when you want to do, where you want to do, how you want to do, when you couldn't have the chance doing it before.

    ReplyDelete
  16. Selamat bersara dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

    InsyaAllah akan dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik...aamiin

    ReplyDelete
  17. Sy faham sangat perasaan tu. Lepas baca entry ni rase nak tolong mak pulak biar die cepat2 pencen. Kesian tgk die dah kerja berpuluh tahun untuk anak2. Apa pun selamat bersara & selamat berehat ye kak :D

    ReplyDelete
  18. lama tak dengar cerita akak, baru ada ms untuk berkunjung ke sini, nila time to rest, rehat dr bekerja, membesarkan anak2, anak2 pun dah besr, this is your time..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rehat dari tugas di pejabat tp tugas sebagai surirumah tetap berjalan seperti biasa.

      Delete