Friday, October 9, 2015

Tayar kereta pancit, lapar dan Church St...

Ada kesan kebocoran kecil di tayar.

Angin tayar pun kena bayar.

Antara kenangan yang tak mungkin aku lupakan ketika ingin ke Stonehenge yang terletak di Amesbury dalam kawasan Wiltshire. Hari hampir senja... Kenderaan yang menggunakan lebuhraya A303 sudah semakin berkurangan. Sunyi. Di kiri dan kanan jalan cuma ladang-ladang pertanian dan pokok-pokok yang merimbun. Tak nampak kawasan perumahan atau kedai-kedai.

Perut terasa lapar. Sedari pagi kami cuma makan roti, coklat dan snek-snek ringan. Apalagi yang boleh di makan ketika berada di negara yang makanan rujinya bukan nasi.

Mengikut waktu tika itu... telah menunjukkan hampir 9 jam kami berada di jalan raya. Kami bergerak dari Sheffield pagi dan selama itu kami cuma berhenti di Welcome Break Leicester Forest East Services, M1 untuk sarapan pagi. Itupun cuma coffee. Tidak ada makanan halal.

Sehinggalah tiba di Barton Stacey... satu lampu signal atas dashboard berkelip-kelip memberitahu ada sesuatu yang tak kena dengan kereta kami. Kebetulan ada satu stesen minyak yang berdekatan. Kami berhenti di situ untuk memeriksa keadaan. Apabila keluar dari kereta rupanya tayar hadapan sebelah pemandu pancit.

Nasib baiklah kereta yang kami sewa dibekalkan sekali dengan tayar spare. Sementara menunggu abang dan unclenya menukar tayar kereta... aku ke Travelodge berdekatan dengan harapan ada bilik kosong untuk kami menginap malam itu. Tapi nasib tidak menyebelahi, semua bilik sudahpun penuh. Sebelum bergerak meninggalkan stesen minyak tersebut, kami tanyakan juga pada cashier arah untuk ke Stonehenge.


Sepi dan sunyi...

Kami sampai di Amesbury hari dah malam. Sebelum itu kami lewati Stonehenge di Wiltshire tapi kawasan itu telahpun di tutup untuk pelawat. Dan kami berpatah semula ke Salisbury dan masuk ke pekan Amesbury untuk mencari tempat bermalam.

Berpusing-pusing kami di Amesbury mencari tempat penginapan. Kebanyakan yang kami tanya semuanya dah penuh. Dalam hati ketika itu risau memikirkan anak-anak sudah mengadu lapar dan kakak aku yang kepenatan. Andai kata malam itu kami tidak dapat tempat tinggal, kami semua bercadang untuk tidur dalam kereta saja.

Atas saranan salah seorang pekerja hotel tempat kami bertanya, mengesyorkan ke Church Street. Menurut mereka di situ mungkin masih ada bilik-bilik hotel yang masih kosong.

Bukanlah perkara mudah untuk kami yang pertama kali mencari tempat yang di maksudkan. Beberapa kali tersesat dan berpusing-pusing di tempat yang sama. Di tambah pulak malam dan gelab. Jam di tangan sudah pun hampir pukul 12 malam.

Akhirnya kami masuk ke sebatang jalan yang sunyi dan sampai satu pekan kecil. Semua kedai-kedai sudahpun di tutup. Lampu jalan agak malap. Hanya terdapat satu kedai makan yang masih di buka. Dan 'di hujung' Church St kami menemukan hotel yang di maksudkan.

22 comments:

  1. mujur juga bertemu dgn hotel yg dicari kan sweetie dlm keletihan gitu di tempat asing pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat dan lapar PI... masa tu mmg dlm hati ada rasa cemas dan takut... yang paling di raisaukan kakak saya.. dia tak boleh duduk lama-lama... masa tidurnya pun nak kena betul.

      Delete
  2. kalau saya, mesti dah terbayangkan filem2 seram omputeh
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemikiran ko ngan saya sama Irfa... kalau ko lalu Church St tu mmg rasa seram... dan suasana hotelnya...

      Delete
  3. fuh...nasib baik. akhirnya jumpa juga hotel. suspens je kan...dah la tengah malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriusly Nieda menakutkan... sunyi dan tak jumpa pun orang berjalan-jalan di luar time tu...

      Delete
  4. musim summer, ramai pelancong yg dtg sini ya, semua hotel penuh..

    yg x best di sini, pkl 5 byk kedai dah tutup, tak mcm M'sia, meriah sampai malam..Stonehenge..menarik tempatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah nohas... bukan saja pelancong dari luar tapi dari orang tempatan sendiri pun ramai.

      Ya cuma lega sikit masa siang waktu summer agak panjang...

      Delete
  5. Pergh perjalanan yang panjang hingga 12mlm sweety....mujorlah dapat hotel yg dicari.
    Takpe semua keperitan banyak pengalaman bila dah jauh perjalann.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kenangan dan pengalaman yang kami 'kutip' sepanjang percutian ini saniah... tapi seronok lebih2 lagi bila bersama keluarga.

      Delete
  6. Dinegara orang kalau ada apa2 berlaku memang menyeramkan tambah pula hari dah semakin larut malam. Nasib baik sweety jumpa hotel tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh kak Zai.. dia punya gelab tu lain macamlah... Masuk pula kawasan2 sunyi... tak payah kat negara orang, dlam negara sendiri pun kalau berada dlm situasi gini tetap takut.

      Delete
  7. aduh kesiannya sweetie tkpe skrg dahkat malaysia kenangan manis tu kan, salisbury tempat anak kaknoor yg sulung ambik Alevel dia 2 tahun kat sana, tulah tengok stonehenge tu teringat la pulak
    nak tau kaknoor dan anak2 pun pernah sesat jugak masa tu di paris haha, dah diaorang tak mau kita ckp english nak jugak kita ckp bahasa depa haru jugak masa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selama sebulan dan memandu di UK, sesat tu perkara biasa pada kami... macam2 yg kami lalui kak Noor... tapi yelah bila diingat-ingat kembali... kelakarlah pulak.

      Di Paris lebih baik cakap bahasa Melayu dari cakap BI... itu menurut kata orang2 kita yg dah pernah ke sana...

      Delete
  8. seriau jugak saya baca entri ni... maklum la... tempat orgkan... kita pun tak biasa... mujur jumpa hotelnya...

    ReplyDelete
  9. pengalaman kan.. done folo u, folo me back k

    ReplyDelete
  10. asalam canti nya di luar negara..syukur nikmati kehidupan lebih bermakna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pergi negara orang, kita kata negara depa cantik... tapi bila depa dtg negara kita, depa pun kata negara kita cantik Etuza... Sebenarnya sebab apa nampak cantik, kerana kita melihat satu situasi dan pemandangan yang berbeza dari yang selalu kita lihat di negara kita...

      Delete
  11. seramnya bila dlm keadaan mcm tu di tmpt org, kalau sy dh terfikir cerita "The Wax", lebih kurang sama la pekan yg sunyi tiba2 ada sebuah pekan seakan2 ada penduduk, tp sebenarnya org2 itu adalah patung lilin sebijik mcm org..hihii seram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selama sebulan saya di UK, kalau pergi area countryside, mmg begitulah keadaannya Zie... sebab tu mudah dorang nak buat filem2 seram... agaknyalah... hehehhe

      Delete