Friday, October 23, 2015

Mencari Ramly...


Tak sah kalau datang UK jika tidak ke Manchester. Dah jadi satu kemestian untuk ke Old Trafford dan mengabadikan kenangan di hadapan stadium Manchester United. Walaupun tak minat bola sepak dan kalau tanya aku siapa nama-nama pemainnya... memang aku tak boleh jawab.

Hari dah hampir tengahari ketika kami keluar rumah. Sheffield dan Manchester ni dekat saja. Kalau naik keretapi lebih kurang sejam perjalanan. Kedudukan Sheffield dengan Manchester sebelah menyebelah... lebih kurang begitulah.

Tapi oleh kerana kami memandu sendiri dan tak biasa dengan keadaan jadi panjanglah perjalanan kami. Meraban-raban dan berpusing-pusing jadinya. Tak pakai GPS pun. Main suka dan redah saja. Rasa nak masuk kiri... masuk kiri... dan rasa nak masuk kanan, masuk kanan pulak. Sehingga ada kalanya menyimpang jauh dari laluan asal.
Pemandangan countryside, Barnsley.

Kami ikut jalan countryside. Melalui kawasan rumah ladang, tanah pertanian dan hutan-hutan kecil. Betul-betul macam orang merayau tak ada tujuan. Aku pun tak ingat dan tak tahu nama-nama jalan yang dah kami redah. Bila tiba di satu-satu tempat yang menarik... kami berhenti dan bergambar.

Nun jauh di belakang sana ladang tanam-tanaman 
di Thurlstone...

Jumpa ladang ternakan lembu di Thurlstone... dan 
masing-masing teruja memberi lembu-lembu tu makan.

Sehinggalah kami sampai dan melalui serta merentasi kawasan Peak District. Tidak ada apapun di kawasan ini. Cuma gunung-gunung batu dan tasik yang besar. Tidak ada pokok-pokok. Lapang dan luas. Tidak ada pembangunan di sini. Pernah pihak kerajaan ingin mendirikan kincir-kincir angin di kawasan ini tetapi telah mendapat bantahan besar-besaran dari penduduk dengan alasan akan merosakan keindahan alam semulajadinya. Dan kincir angin itu tidak berjaya di dirikan.

Peak District... tidak ada pokok-pokok besar cuma 
tumbuh-tumbuh renek seakan lumut meliputi seluruh permukaannya.

Apabila kami melalui dan berada di kawasan paling tinggi... kelihatan satu pemandangan yang sungguh cantik. Luas... saujana mata memandang. Walaupun tiada tumbuh-tumbuhan tapi ada satu tarikan dan keindahannya yang tersendiri. Sukar di gambarkan dengan kata-kata. Aku membayangkan, jika winter tentu kawasan ini putih di litupi salji.
 Tasek yang sangat luas di Crowden. Masih lagi dalam 
kawasan Peak District.

Panjang juga laluan di Peak District ini. Pada sesetengah kawasan kelihatan padang-padang rumput, biri-biri dan di hujung jalan iaitu apabila keluar dari kawasan ini barulah kelihatan hutan-hutan pokok pine. Mengikut buku pelancongan UK, Peak District ini adalah satu taman besar. Dan sepertiga dari Sheffield termasuk dalam kawasan Peak District. Di kawasan inilah terletaknya Chatsworth, Bakewell, Matlock dan Matlock Bath yang menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati keindahan dan panorama yang begitu mengkagumkan serta tinggalan sejarah dan penempatan awal di Britain.

Hampir petang baru kami sampai di Manchester. Setelah beberapa kali sesat dan bertanya-tanya dengan orang baru kami jumpa Stadium Old Trafford yang popular tu. Puas 'merayau' ke sana ke mari mencari Ramly....

Menikmati aiskrim di perkarangan stadium.

18 comments:

  1. Ha ha..dalam bahasa Melayu mudahnya, " Masuk kebun keluar kebun baru jumpa si Mamat Meli ni ..."

    Subhanallah..indah sungguh bumi ciptaanNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya che mid... sesekali 'mengembara' melihat keindahan negara orang, cantik sungguh... tak terusik langsung oleh pembangunan.

      Delete
  2. sanggup nya sweetie berkereta masuk kebun2 tu, kaknoor walapun dh bnyk kali ke Uk belum pernah drive keta disana, masa 28 thn dulu je itu pun hubby yg drive hehehe saluteee lah kt adinda ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka scenery kak Noor. Kalau berjalan-jalan dlm bandar saya rasa tak ada beza pun antara London dan KL juga bandar2 lain. Sesak dan merimaskan. Tapi kampung omputih dgn kampung Melayu ada beza...

      Delete
  3. Subhanallah....cantek nya pemandangan ...terbentang luas menghijau di mana2.
    walaupun main redah tapi pengalaman itu yang mahal untuk jadi kan kenangan terindah kan sweety.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni tak pakar dalam mengambil gambar Saniah. Itu jelah 'skop' yang mampu saya rakamkan... tapi kalau tengok sendiri mmg tak terkata cantiknya. Terjaga alam sekitarnya.

      Ya, 'pengembaraan' di UK memberikan saya satu pengalaman yang tak mungkin saya lupakan...

      Delete
  4. Seronok sweety dapat menjelajah countryside UK cantik sangat pemandanganya. Klau kak zai ada peluang teringin juga nak pergi Arundel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plan asal saya mmg nak masuk beberapa negara Eropah kak Zai... tapi tak menjadi kerana penyusutan nilai RM. Itu yang 'round'2 countryside... si abang juga yg cakap... banyak juga tempat2 yang menarik di UK...

      Arundel pun cantik kan kak Zai... ada satu castle kat situ.

      Delete
  5. perjalanan ke old trafford mencari ramli mengujakan sekali pemandangannya indah sungguh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PI rasa mcm tak mo tinggalkan tempat tu...

      Delete
  6. Replies
    1. Seronok! sesekali 'merantau' melihat keindahan tempat orang.

      Delete
  7. Replies
    1. Hahahha... awak buat lawak Nieda... tapi betullah... Ramly rupanya dah balik Malaya dan kawin... ada anak dah rupanya...

      Delete
  8. hahaha...memang tak jumpa sampai sudah la kak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah datang main terjah je... ingatkan nak surprise Ramly rupanya dia tak dtg main bola hari tu... Blogger Nieda kata dia dah balik M'sia... hehehe..

      Delete
  9. begitu kuat penangan Manchester United..hihi..countryside di uk memang cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la nohas... saya tak minat pun bola dan MU...

      Delete