Salam raya... dah seminggu kita di bulan syawal... Seminggu juga aku duk bergolek-golek je di rumah. Tak buat apa-apa pun. Nasib baik tak kuat makan... kalau tak mahu montel jadinya. Tak tahulah kenapa raya tahun ni aku jadi macam penat dan lesu.
Hari ni start kerja semula... Mood memang zero. Malas sangat... rasa macam nak ‘memencenkan’ diri je. Nak buat kerja pun malas... Dari pagi sampai la ni (dah petang dah ni) satu apa pun tak jalan... duduk melayan Internet je... hahaha...
Salam Aidilfitri semua (follower dan yang mungkin singgah di blog sweetmemory ni) Maaf zahir dan batin!
Monday, August 4, 2014
Thursday, July 17, 2014
Doa saja yang mampu....
Sekali lagi kita semua tersentak... belumpun reda trauma insiden kehilangan MH370 kali ini kita dikejutkan pula dengan kejadian pesawat MH17 di tembak jatuh di Ukraine. Betapa kejadian ini berlaku di bulan yang mulia ini dan tinggal tak berapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan 1 syawal. Aku turut bersimpati dan seakan dapat merasakan kesedihan waris-waris ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian ini.
Ketika menerima berita kejadian ini... abang berandaian dengan aku... "mungkin ada antara penumpangnya student yang belajar atau transit di Amsterdam dalam perjalanan pulang ke tanahair. Pasti di dalamnya penuh dengan rakyat Malaysia yang ingin pulang berhari raya." Bayangkan perasaan aku seorang emak yang ada anak belajar jauh di rantau belah sana... yang menggunakan pengangkutan itu untuk pulang semula. Risaunya aku... "
Sebagai emak memang aku tidak dapat menepis segala kerisauan ini. Ya Allah! kau lindungilah anak-anak aku dan kami semua dari segala bala bencana ini!.."
Menambahkan lagi kerisauan aku, penghujung bulan Ogos ini, Ojet akan terbang ke Indonesia sebagai wakil universiti (UiTM khususnya) untuk satu program yang di namakan... Indonesia, Malaysia, Thailand Growth Triangle (IMT - GT) di Medan. Dalam saat-saat yang pada aku amat getir ini... anak-anak pulak menggunakan pengangkutan udara... terbang ke sana kemari.
Hendak di larang atau tak benarkan dia sertai program tu tak boleh juga. Dia sudah di pilih sebagai salah seorang mewakili negara dan program tu besar manfaatnya pada dia nanti. Entahlah! Doa saja yang mampu aku panjatkan agar anak-anak aku sentiasa dilindungi dari sebarang kejadian yang tidak diingini. InsyaAllah!
(nota mak: Takziah buat waris-waris mangsa yang terlibat. Bersabarlah menghadapi segala dugaan ini. Hanya ini yang mampu aku titipkan walaupun aku sedar... ianya tidak semudah yang di ucapkan.)

Tuesday, July 1, 2014
Berdoa untuk anak-anak....
Tak kerja hari ni... Aku cuti... cuti menunggu abang balik! Di luar cuaca gelap. Angin kuat dan hujan lebat dengan petir dan kilat. Hati aku berdebar-debar. Satu kerja pun tak jadi. Mata pulak tak lari dari mengerling jam di screen talipon. Dah pukul 5 petang tapi aku tak prepare apa-apa pun untuk berbuka petang ni. Cadangnya aku nak buat cekodok pisang dengan milo panas saja berbuka nanti.
Abang sekarang dah dalam penerbangan balik ke M'sia. Pukul 2 petang tadi abang sms beritahu dia dah transit di Abu Dhabi dan tengah tunggu nak boarding... dan aku balas smsnya "mak tak sabar nak jumpa dan peluk abang!"
Dalam hati aku sekarang hanya doa untuk anak-anak.... Semoga abang selamat sampai... dan semoga Ojet mendapat kecemerlangan lagi dalam exam Sem 4 yang sedang di hadapainya sekarang ini.
Pukul 10 malam nanti abang akan sampai di KLIA. Lepas berbuka dan Isyak nanti aku sendiri yang akan pergi menjemput dia di airport. InsyaAllah!
(nota mak: dalam buku-buku sastera klasik yang pernah aku baca, seringkali aku terjumpa kata-kata begini, "ibarat tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah...)

Thursday, June 26, 2014
Risau... Suka... Tak sabar... Bercampur baur...
Hari-hari aku tengok itinerary yang abang hantar
pada aku ni... Aku lekatkan di peti ais supaya aku boleh
tengok dan tak lupa tarikhnya.
Hai mengira hari pun dah tak betul... Hari ni Jumaat tapi aku sebut Sabtu... dan lepas Sabtu... Jumaat... pastu terpinga-pinga dan bengong kejap.
Empat hari lagi... Selasa depan abang sampailah ke M’sia... Abang naik penerbangan Etihad dari Manchester dan transit di Abu Dhabi tiga jam. Kemudian dari Abu Dhabi abang akan terus ke KLIA. Kami semua pakat-pakat nak tunggu dia di KLIA. Seluruh keluarga dah tak sabar menanti kepulangannya... kakak aku sampai termimpi-mimpi.
Aku tanya kenapa naik di Manchester dan transit. Kenapa tak naik penerbangan terus dengan MAS. Abang kata kalau naik MAS dia kena turun ke London untuk ke Heathrow. Dari Sheffield nak ke London jauh. Kalau naik bas 4/5 jam perjalanan. Lepas tu ambik tube pulak untuk ke Heathrow. Payah katanya. Sebab tu dia naik penerbangan Etihad di Manchester... dekat. Jarak antara Sheffield dan Manchester lebih kurang satu jam perjalanan dengan keretapi.
Dalam gembira tu... ada juga terselit rasa risau. Entahlah! Emak mana yang tak risau mengenangkan anak akan travel merentas benua.... jauh-jauh bersendirian. Bergenang air mata aku. Mintak-mintak selamatlah perjalanannya nanti. Bukanlah aku nak menyinggung perasaan sesiapa... tetapi misteri kehilangan MH370 tu sedikit sebanyak terkesan juga di hati aku. Abang cakap “mak usahlah risau... InsyaAllah! tak da pa pe”.
“Mak ni bukan apa abang, kalau boleh kayuh basikal... mak nak suruh abang kayuh basikal je balik..” Ojet bila dengar aku cakap begini terjerit dia, “heyai! bila pulak nak sampainya. Ong pun tak sabar... Dah lama betul tak jumpa abang ni. Nanti mak bawak abang jumpa Ong di Arau ya.” Sabar Dik Da... abang cuti lama... sampai bulan Sembilan nanti.
Sekejap ni tadi aku chating dengan abang. Abang cakap balik ni dia nak duduk rumah saja dan nak buat biskut raya... yang senang-senang jelah katanya. Macam honeyflake dan biskut kacang. Bila hujung-hujung minggu dia nak memasak... macam rendang tu semua... (Nota mak: Apa-apa jelah sayang! Buat Ojet, semoga sukses dan beroleh kejayaan yang cemerlang juga kali ini. Hati-hati dan tenang... jangan over confident.)
Wednesday, June 18, 2014
Sekarang aku 'menyanyi'...
Ada 'pesta' kecil dalam hati aku sekarang. Tiap detik aku bersiul riang. Aku menyanyi. Aku buat kerja melompat-lompat. Aku berjalan terinjit-injit. Sungguh gembira. Aku seperti burung kecil yang meloncat-loncat di ranting pohon melur tepi pagar rumah. Yang selalu aku nampak tiap pagi. Sekarang hati aku suka bukan kepalang.
Minggu lepas aku kemaskan rumah. Bersihkan habuk-habuk. Mop lantai. Susun dan simpan balik mana-mana yang berselerak. Langsir-langsir, cadar, sarung bantal dan sofa sudah di tanggalkan dan di hantar dobi. Aku bernyanyi-nyanyi sorang sambil buat semua tu. Bersemangat aku.
Seminggu lagi Ramadan bakal menjelang. Tak sabar aku. Pasti meriah puasa dan raya tahun ni.
Beberapa minggu sudah aku ke tailor. Hantar tempah baju raya Ojet.. dua pasang dan janji dengan tukang jahit tu nak hantar sepasang lagi. Lepas tu aku ke jalan TAR dengan adik. Pergi cari tudung...
Ada masa aku belek-belek buku resipi dan fikirkan menu nak masak apa bulan puasa nanti. Asam pedas ikan pari, ikan bakar cicah air asam, kari daging dan roti jala, onde-onde, puding karamel... eh apa lagi ya... Nanti nak pergi pasar dan beli ayam. Mungkin nanti nak buat ayam panggang.
Ai!... cepatlah Ramadan datang... Seminggu je lagi... cepatlah... Kenapa rasa lambat sangat ni... dan aku nyanyi pelan-pelan dalam hati....

“Abang pulang... abang pulang!
Riuh rendah di halaman
Si ayah tersenyum dan ibu keriangan
Ole-ole dari kota adakah di bawa sama
Adik menanti bagai tak sabar di hati”
Biarpun jauh di rantau orang
Di gamet rindu kembali pulang
lalalalalala....
Ayam itik bertempiaran
pastikan menjadi korban
Buat sajian si teruna kesayangan
lalalalalalala.......
Tuesday, June 10, 2014
Meledani masa lapang....
Lama jugak nampaknya aku tak update entry di blog ni... Apa sajalah yang aku buat selama dua bulan ni. Entahlah... sejak kebelakangan ni... aku macam malas dan hilang punca. Ingin menulis tapi tak tahu dimana nak mula.
Di masa senggang sekarang ni aku gemar mendengar lagu sentimental dari drama-drama Korea dan muzik dari petikan piano Richard Clayderman. Khayal dan mengasyikan. Dan jika berkesempatan di sebelah malam seminggu dua kali aku akan ke gym... saja-saja buang masa... dan me'rayau-rayau' dengan kamera. Inilah hasilnya.

Mencuba skill (mengambil gambar)... tapi tak menjadi...
rose yang di tanam di halaman rumah mak saudara di kampung.
Roda kehidupan... berwarna-warni... sekejap kita
ke atas... sekejap ke bawah. Ketika Ojet balik sempena
cuti Hari Gawai baru-baru ni, kami berdua
sempat ke ICT, Shah Alam.
On the way balik ke KL selepas menghantar
Ojet ke Arau dua minggu sudah.
Round-round kampus... terlihat poster barisan pemimpin
pelajar (MPP) UiTM Arau ni. Sebagai emak aku bangga
melihat wajah Ojet terpampang di situ.
On the way nak ke Arau... singgah di R&R Bukit
Gantang dan beli buah lyche dan mangga ni. Sebab aku
geram tengok besar-besar.
...tapi bila di kupas beginilah rupa di dalamnya... langsung
tak boleh di makan walau pun sehiris.
Sempat juga melayani keinginan si Aideel ni jalan-jalan
tengok laut, bot-bot nelayan dan feri di jeti Kuala Perlis.
Ini jari comel si Alisha yang telah di pakaikan
henna. Nak kawin katanya.
Menemani adik menjenguk ke rumah
yang bakal di beli oleh suaminya Daryl.
(nota mak: Tak sabar menunggu seseorang akhir bulan ni.)
Sunday, May 11, 2014
Perasaan aku!...
Abang hantar gambar kenangan ketika kami bermain salji
di Sheffield berserta ucapan Happy Mothers Day!
Menurut cakap sesetengah orang, tak usah di sambut dan di agung-agungkan sangat Hari Ibu. Sama juga Valentine Day, Hari Ibu di sambut kerana mengenang dan mengingati Mother Teresa. Tapi aku percaya apabila anak-anak memberi ucapan dan mengingati kita pada hari ini tiada apa-apa yang lain terlintas di fikiran mereka selain dari sebenar-benarnya mengingati dan mengucapkan serta salah satu cara menunjukkan sayang pada kita.
Ya, hari-hari adalah hari ibu dan kita memang sayang ibu/emak kita tapi pada aku ada ketikanya rasa sayang perlu juga di tunjukkan dengan perbuatan seperti memberi kad ucapan atau hadiah... mengucapkan kata-kata sayang, peluk atau cium. Dan kita pasti seronok kan dan kembang hati bila anak-anak buat begitu pada kita.
Dah hari ini diwartakan sebagai hari mengenang ibu... secara jujurnya aku memang menunggu ucapan dari anak-anak hari ini... aku memang terasa sedih kalau anak-anak tidak teringatkan aku pada hari ini. Tambahan di ketika ini mereka berada jauh dari aku. Seolah-olah mereka 'terlupakan' aku kalau mereka tidak menalipon dan cakap "Happy Mothers Day! - Ong (Ojet) sayang mak" atau "Abang sayang mak!... Rasa diri ini tenggelam dalam lautan kasih sayang mereka... itulah perasaan aku sebenarnya.
Dan aku sudahpun menerima ucapan-ucapan itu pada hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)