Friday, October 30, 2026

Kita Tidak Berada Dalam Situasi Dia...

Kansai International Airport yang terletak di pinggir Osaka Bay.

 Seat mak tepi tingkap. Memang seronok dapat tengok luar...

Ini kisah ketika mak pulang dari Osaka, Jepun Januari lalu. Ceritanya... ketika dalam flight... bangku sebelah mak di duduki seorang lelaki... muda... mak rasa dalam lingkungan umur 20-an. Melihat dari raut wajahnya yang berkulit sawo matang mak agakkan dia orang Malaysia. Kami tak bertegur sapa pun. 

Sampailah waktu pramugari menolak troli dan mengedarkan makanan... itulah saat yang paling mak tunggu-tunggu bila naik flight. Seronok sebenarnya makan dalam flight ni... dia semacam ada satu feel yang tak boleh digambarkan.. hahaha.  

Kerana mak naik penerbangan 'everyone can fly' tu mak dah order nasi ayam. Selalunya begitulah, tak kira penerbangan jauh ke.. dekat ke... dalam atau luar negara... mak memang akan order makanan siap-siap. 

Waktu makan lelaki sebelah mak tadi asyik pandang-pandang dan terjenguk-jenguk. Mak jadi tak selesa...

Agaknya dia dah tahan sangat dengan bau nasi ayam tu, akhirnya dia bersuara, "cik, mahal ke harga nasi ayam tu?" Mak cakap tak.

Dia tanya lagi, bayar dalam ringgit ke atau yen. Mak jawab dalam ringgit sebab dalam menunya dipaparkan harga dalam ringgit.

Mak tanya.. dia nak beli ke... dan mak cepat-cepat lambai pramugari yang masih membagi-bagikan makanan kepada penumpang waktu itu. Tapi cepat-cepat dia tepis tangan mak dan cakap eh takpa... 

Sebab pramugari dah nampak mak lambai mereka pun datang dan tanya, ada apa-apa yang mak perlukan... mak cakap saya nak satu lagi nasi ayam. Dan nasi ayam tu mak tunjukkan untuk pemuda sebelah mak.

Mulanya lelaki tu malu-malu menerimanya, tapi mak cakap tak apa, makanlah, saya belanja. Sambil makan tu mak borak-borak dan tanya dia dari mana... katanya dia asal Medan dan datang ke Jepun untuk bekerja di sebuah kilang. Dia transit dulu di KLIA beberapa jam kemudian baru ambil penerbangan ke Medan.

Mak tengok dia makan separuh saja nasi tu, selebihnya dia bungkus dan simpan. Mak tanya lagi, kenapa tak habiskan, dia cakap dia nak makan waktu menunggu penerbangan ke Medan di KLIA nanti. 

Mendengar itu, sedihnya hati mak... katanya dia takut nak belanja sangat sebab takut tak cukup duit. Mak cakap harga makanan di KLIA tidaklah mahal sangat dan ada banyak pilihan yang sesuai dengan kemampuan kita.

Tapi yerlah, kita tidak berada dalam situasi dia... sebesar mana masalah kehidupan dan kewangan dia. Itulah secebih kisah yang mak lalui ketika dalam penerbangan pulang dari Jepun tempoh hari.

No comments:

Post a Comment