Pernah sorang kawan sekerja kata, kalau nak merasakan cabaran cubalah melukis wajah orang-orang tua. Ya! agak sukar, terutama untuk melukis dan menghidupkan kedutan-kedutan diwajah.
Thursday, April 29, 2010
Cabaran...
Pernah sorang kawan sekerja kata, kalau nak merasakan cabaran cubalah melukis wajah orang-orang tua. Ya! agak sukar, terutama untuk melukis dan menghidupkan kedutan-kedutan diwajah.
Permulaan grafik...

Sweet Memory dalam Catatan Kehidupan Seorang Emak! Memang itulah tujuan saya membuka blog ni. Saya ingin mencatatkan hari-hari yang saya lalui sebagai seorang surirumah, ibu, isteri dan kerjaya saya. Dan hari-hari itu ingin saya catatkan di sini sebagai Sweet Memory.
Dan apa yang saya postkan kali ini adalah berkaitan dengan kerjaya saya. Malah ia juga mungkin berguna sebagai sumber pengetahuan am. Bahan ini juga adalah antara permulaan saya dalam bidang graphic dan adobe ilustrator.
Friday, April 16, 2010
Karya lama..
Asalnya dilukis menggunakan ilustrator 8 kemudian di 'convert'kan dalam Adobe photoshop CS3.
Any comments?
Wednesday, April 14, 2010
Bang Ngah sudah pergi...
(Yang hidup pasti mati... Siapalah kita yang mampu menahannya. Semakin jauh kita melangkah didunia ini semakin
dekat kita dengan kematian.)
Genap sudah seminggu bang ngah pergi meninggalkan kami adik beradik. Pergi yang tidak akan kembali lagi. Yang tinggal hanya seberkas kenangan buat mengubat kesedihan dan kerinduan.
Tuesday, April 6, 2010
Doaku buat bang Ngah cepat sembuh...
Lama betul aku tak membuat catatan disini. Bukan tak ada cerita dan peristiwa dalam diari hidup seorang emak ni. Malah seminggu dua ni ada macam-macam cerita tapi aku tak mampu untuk menulis. Ada cerita sedih dan ada juga cerita gembira.
Cerita sedihnya, hari ini masuk hari yang keenam abang kandungku (bang ngah) di rawat di ICU Hospital Selangor, Shah Alam. Belum sedarkan diri lagi selepas menjalani operation jumaat lepas. Oh! aku tak suka menulis tentang ini.... Hati aku gementar bila memikirkan keadaannya.
Cerita gembiranya... biarlah aku simpan dulu ...
...DAN...
Aku menunggu apa agaknya ole-ole yang di bawa oleh husband dari Beijing!
Monday, March 15, 2010
Berlalu sudah debaran...
Akukah yang paling over? Huh! bila dikenang-kenangkan balik malu pun ada. Mak orang lain tak de pun terjerit bila keputusan SPM anak mereka diumumkan. Paling tidak sekadar peluk dan cium pipi.
Eii... aku lupa diri seketika. Aku tak akan lupa detik itu. Hari dimana abang melakar sejarah buat dirinya sendiri.
"Congratulations!” abang melompat-lompat. Lepas tu sorang kawan abang datang dan datang lagi ikut sama melompat-lompat kegembiraan.
Penantian selama dua bulan sudah berakhir. Yang ditunggu-tunggu sampai juga. Selepas ini apa lagi...?
“Apapun tahniah buat abang. Mak tetap dan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan sentiasa mendampingi abang!”
Monday, March 1, 2010
Benum, Kelang dan Jeti Pantai Kelanang....
H1N1 lagi, Abang call dari kem PLKN,tapi kali ini aku tak gelabah sangat. Dah ada pengalaman menghadapinya masa abang di SDAR tahun lepas. Abang pun sama, cuma dia minta ‘kurier’kan vitamin C.
“Jangan datang, sekarang ni beberapa orang dah dijangkiti H1N1”, pesan abang dalam talipon. Tapi aku tak sampai hati, apa-apa pun mesti tengok keadaannya.
Pagi-pagi lagi lepas sembahyang subuh ditemani kakak, aku memandu menuju ke Raub. Sebelumnya aku singgah di restoran KFC pekan Bentung. Hmm.. tentunya buah tangan buat abang... (favourite dia tu).
“Kenapa mak datang, kurier je”. Melihat abang tersenyum hati rasa lega.
“Saja”.
Sambil menemani abang makan KFC kami berbual-bual.
“Result SPM dua minggu lagi, abang rasa macam mana?” Saja aku menduga.
“Entah, suspend gak”. Dan abang lebih banyak bercerita tentang latihannya di kem. Tentang keseronokkannya mengikuti latihan menembak, flying fox dan macam-macam lagi. Tak macam waktu mula-mula datang dua bulan dulu. Semuanya negatif...
“Mak tahu, yang paling seronok sekali latihan menembak! Mula-mula tu abang takut gak, tapi lepas tu best! Flying fox pun best. Rasa takut masa nak keluar dari pelantar tapi bila dah tergantung ditengah-tengah tu yang best. Abang siap pusing-pusingkan badan lagi.” Dalam hati ku, abang mesti berangan jadi ultraman. Umur dah menjangkau 18 tahun tapi masih keanak-anakkan dan manja.
Alhamdulillah! anak lelaki ku sudah membuktikan, dia juga boleh melakukan aktiviti lasak yang selama ini tak pernah dilakukannya. Cuma abang risaukan jerawat yang dah banyak tumbuh di wajahnya.
“Oklah abang, mak lepas ni nak gi Kelang ngan Umi!”
“Buat apa?”
“Jemputan kahwin di Taman Sri Andalas, lepas tu mak nak pi Banting pulak”
“Sempat ke Mak!”
“Sempat...”
“Mak jangan bawak kereta laju sangat!” Pesan abang. Mungkin kegemaran aku memandu laju sejak akhir-akhir ni merisaukannya.
“Ok!” Lepas cium pipi abang kiri kanan aku kembali semula ke KL.
Singgah di rumah sekejap sekadar menukar baju dan sembahyang zohor, aku memandu pula menuju ke Kelang. Cuaca panas dan jalan yang sibuk buat aku rimas dan mengantuk.
Di majlis kenduri aku jumpa kawan-kawan lama waktu sekolah dulu. Masing-masing dah berubah malah ada yang aku sendiri dah tak ‘cam’ lagi. Ada yang dah bermenantu dan bercucu. Aku?... anak yang sulung baru habis SPM. Lepas makan di majlis kenduri kahwin, aku terus memandu menuju ke Banting. Destinasinya jeti Pantai Kelanang.
Wow! udang-udang segar baru naik dari bot RM30 sekilo. Ikan tenggiri dan parang sekilo RM17 ringgit. Tentunya jika ada kesempatan aku akan datang lagi membeli ikan-ikan segar di sini. Atau paling tidak ajak suami memancing. Bila berdiri di jeti nampak ikan-ikan kecil melompat-lompat di permukaan air. Nampak macam best sangat.
Seharian memandu, bayangkan letihnya. Aku sampai semula kerumah pukul 8.30 malam. Kesian Ojet tinggal sendirian di rumah.
Subscribe to:
Posts (Atom)



