Monday, March 15, 2010

Berlalu sudah debaran...

(Saling mengucapkan tahniah!)

Akukah yang paling over? Huh! bila dikenang-kenangkan balik malu pun ada. Mak orang lain tak de pun terjerit bila keputusan SPM anak mereka diumumkan. Paling tidak sekadar peluk dan cium pipi.

Eii... aku lupa diri seketika. Aku tak akan lupa detik itu. Hari dimana abang melakar sejarah buat dirinya sendiri.

"Congratulations!” abang melompat-lompat. Lepas tu sorang kawan abang datang dan datang lagi ikut sama melompat-lompat kegembiraan.

Penantian selama dua bulan sudah berakhir. Yang ditunggu-tunggu sampai juga. Selepas ini apa lagi...?

“Apapun tahniah buat abang. Mak tetap dan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan sentiasa mendampingi abang!”

1 comment:

  1. wah gembira betul zan ye. saya belum ada pengalaman tu. masa anak sulong dapat keputusan upsr, suami yang pergi (saya ada majlis penting di sekolah). abah dia menangis dalam kereta. bila anak kedua, saya yg pergi, saya menangis juga. tahun ni anak sulong saya ambil pmr.

    ReplyDelete