Monday, September 23, 2024

Selamat Bertunang...

Kerana lama sungguh tidak menulis dan mencatat dalam blog ini, rasanya agak payah untuk memulakannya kembali.

Tapi kali ini mak gagahi juga untuk menulis... walaupun ia sudah hampir sebulan berlalu kerana apa yang ingin mak catatkan di sini adalah satu memori manis yang patut di kenang selamanya...

Pada Ahad,1 September 2024...  terjalin satu janji untuk menyatukan anak dara mak... Ojet dan pilihan hatinya.

\
Brownies tower hasil tangan dan 
sumbangan salah seorang jiran.

Bertemakan warna ungu lembut... majlis yang berlangsung petang itu santai, dipenuhi gelak tawa dan pantun-pantun yang mencuit hati para tetamu. 

Mak amat berterima kasih dengan adik beradik dan jiran-jiran yang banyak membantu menguruskan majlis sehingga semuanya selesai.

Gubahan hantaran hasil tangan mil jiran mak yang secara sukarela membuatnya.

Pelamin ringkas ciptaan dan hasil kreativiti jiran-jiran.