Sudah berjanji dalam diri sejak update 'paling terbaru' pertengahan Ogos lalu... mahu kembali mencatat dalam blog ini. Tapi masih belum tertunai lagi. Diam tak diam sudah tiga bulan sejak tarikh itu. Begitu cepatnya masa berlalu.
Dan tanpa sedar mak pun semakin di mamah usia. Sudah cecah 60-an. Sejak jadi wargamas ini rasa sepi dan sunyi memang tidak dapat dihindarkan dari ruang kehidupan. Mentelahan sejak berpindah di rumah baru ini. Suasana dan persekitarannya agak sunyi dan lengang. Tidak kedengaran langsung bunyi deruman kenderaan.
Untuk memenuhi masa senggang dan menghilangkan rasa sunyi mak bercucuk tanam. Ada sedikit kawasan lapang dan tanah di belakang dapur yang dapat dimanfaatkan dengan tanaman sayur-sayuran. Hasilnya selain dari kegunaan sendiri dapat juga mak sedekahkan pada jiran-jiran.
Assalamualaikum. Selamat bersiaran.
ReplyDeleteWaalaikumusalam Zana
Deletebanyak jg tanamannya..Alhamdulillah, tumbuh subur...mungkin ada cucu nanti, taklah sunyi...hihi..
ReplyDeleteNtahlah nohas, bila nak dpt cucu tu pun tak tahu lagi
DeleteSejuk tangan mak..semua menjadi tanaman
ReplyDeleteLepaslah gian nak bercucuk tanam.
Deleteada tanah seronoklah boleh bercucuk tanam sambil keluarkan peluh
ReplyDeleteYa Ammi, sebagai terapi jiwa jugak dpt mengeluarkan peluh dan memenuhi masa senggang bila sendirian di rumah. .
DeleteAlhamdulillah cantik umah baru k.sweetie. Elok subur tanaman semua 👍👍😍
ReplyDeleteTerima kasih Ina, ya, bolehlah untuk kegunaan sendiri.
DeleteAssalammualaikum sweetie, seronok tengok pokok yang ditanam hidup subur dan mengeluarkan hasil😘😘
ReplyDeleteWaalaikumusalam cik bunga... hobi baru saya sejak berpindah ke rumah baru.Tapi skrg musim hujan banyak tanaman saya yang dah rosak.
DeleteSeronok kan bila tengok tanaman yang kita tanam 😍😍
ReplyDeleteYa
DeleteSeronok nya ada ruang utk berkebun.. Segar2 tanamannya .. Alhamdulillah..
ReplyDeleteya, ini aktiviti yang saya suka
Delete