Friday, April 17, 2020

Berkurung... Terkurung dan Dikurung...

#covid-19
#PerintahKawalPergerakan
#Dudukrumah
#Stayathome
#kitajagakita

Sudah sebulan kita semua satu dunia berkurung. Dari fasa pertama, kedua dan kini masuk fasa ketiga. Terasa 'sunyi dan sepi' sekali kehidupan ini...

Kali terakhir mak keluar rumah penghujung Februari lalu. Itupun ke pasar malam. Walaupun takut kerana waktu itu wabak covid-19 sudah makin menular tapi bertemankan anak bujang... si abang... mak redah juga... mencari sedikit bahan-bahan kering untuk keperluan harian. Petang itu hujan lebat.

Dan itulah kali akhir mak keluar rumah... dan dua minggu selepas itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di keluarkan. Terkurunglah mak dan kita semua hingga ke jangka waktu yang tidak dapat dipastikan.

Namun hakikatnya mak bukan saja berkurung dan terkurung tapi juga 'dikurung'. Sejak arahan PKP mak langsung tidak dibenarkan keluar rumah oleh anak-anak walau cuma untuk melihat-lihat tanaman mak dalam pasu-pasu di luar rumah. Kalau ternampak mak berlama-lama di luar menjemur kain atau terdengar mak berbual-bual dengan jiran sebelah walau dalam jarak yang jauh... mereka akan menjenguk dan panggil mak masuk.

Berdasarkan statistik dan mangsa wabak covid-19 setakat ini kebanyakkannya dalam lingkungan kanak-kanak dan dan orng-orang tua berumur lima puluh tahun dan ke atas.

Berdasarkan itu anak bujang mak cakap dia tidak mahu apa-apa terjadi pada mak... dalam usia seperti mak... mudah kena jangkitan katanya. Setiap kali mahu ke luar dia akan berpesan tutup dan kunci pintu... jangan keluar... dan mak akur... tak sanggup menatap wajah 'moncongnya' bila 'mengingkari' pesanannya

Mahu 'apa-apa' cakap saja. Anak bujang mak akan keluar mencari dan mendapatkannya. Urusan membeli keperluan harian semua di tangannya. Walau pada awalnya ia tidak memenuhi citarasa kerana brand lain yang mak mahu... brand lain pula yang dapat. Alasannya jenama yang mak mahu sudah habis.

Mak pesan beli sayur kacang buncis... tengok di rak tidak ada dia langsung tidak pandai untuk 'spin' beli sayur lain... walau mak dah pesan begitu... Pun mak redha...

Akhirnya setelah sebulan PKP... kini anak bujang mak sudah pandai membeli keperluan harian dan bahan-bahan untuk masakan apabila ke pasaraya.

Kali pertama membeli barang keperluan semasa PKP... cili besar 
sampai empat peket. Termenung mak kejap...

... setelah sebulan PKP... si abang makin bijak membeli 
bahan-bahan masakan dan keperluan lainnya.

18 comments:

  1. Alhamdulillah bertuah seorang ibu miliki anak soleh yg sgt bertanggung jawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an begitulah hendaknya sampai bila2 kak PI

      Delete
  2. Berjaga-jaga itu lebih baik..dah byk kali berbelanja, dah ok πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya nohas...tp berkurung je dlm rumah tak kena udara luar buat badan rasa lenguh dan sakit2.

      Lama2 dia faham dan reti nak twist2 sikit... Hehe.

      Delete
  3. gelak besar saya ...sampai 4 paket sekali abng beli cili besar.
    Tapi tak apa tahan lama simpan dalam peti

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... Dah pandai dah anak bujang shopping barang groceries πŸ›’πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye.. dah lulus sebagai ketua keluarga interim.. ��

      Delete
  5. Replies
    1. Salam selasa... Dua hari lagi kita puasa �� selamat menunggu Ramadan sampai.

      Delete
  6. alahamdulillah. ada hikmahnya dan mungkin banyak yang kita sedar atau tidak sedar dengan ujian pandemic ini. salam ramadhan empunya blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam silahhassy, terima kasih berkunjung ke blog saya.

      Delete
  7. Sama la sweetie, makcik pun tak keluaq rumah sejak start mco 18march, almaklumlah risiko tinggi kan. En suami lah yg keluaq, senyum la apek sayoq apek buah.... Sekali hangkut mcm nak mkn sebulan. Online tak kira lg. Apa pun alhamdulillah, mco banyak ajar kita kan. Selamat brpuasa & berhari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya McK... maaf lambat reply catatan U, Ya begitulah kalau orang lelaki di minta berbelanja ke pasar. Mereka nak mudah saja, semua hangkut...

      Delete
  8. Take care Sweetie... Lamanya tak dtg berkunjung ke sini..

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya maaaf zahir dan batin utk swetie sekeluarga

    ReplyDelete