Sunday, August 6, 2017

Gementar... Debar... dan Cuak...

 
Berhenti di lampu isyarat. Lihat! penunggang motor pun ikut Q  
juga. Tak boleh memintas terus ke hadapan. Nampak line putih 
tengah tu... jangan suka-suka menukar lane atau mencelah masuk. 

Sebulan rasanya aku meneliti peta Perth City sebelum datang. Mula-mula tu rasa cuak jugak. Tapi Ojet menyakinkan aku. Dan dia printkan itinerary perjalanan kami untuk aku tengok di peta.

Supaya tak 'sesat-sesat' macam perjalanan kami di UK dua tahun dulu... Ojet cakap akan guna Google apps jugak. Katanya, jangan risau... aku cuma pandu kereta saja dan dia akan tengok peta.

Gementar... debar... semua ada. Lebih-lebih lagi kali ini cuma aku bertiga saja... Ojet dan kakak aku. Bayangkan... turun saja kapal terbang... sepanjang penerbangan aku tak tidur... waktu subuh... sejuk... mungkin juga aku kena sindrom jetleg... terus nak memandu kenderaan. Di negara orang pula.

Waktu pagi macam itu tentulah kebanyakan jalan sibuk sebab semua orang hendak keluar ke tempat kerja. Takutnya nak 'rempuh' jammed di negara orang putih. Itulah perasaan aku.

Sesat? Aku tak takut sesat sebab bandar Perth ni tak besar sangat. Tapi aku risau dan tak tahu lagi gaya pengguna jalan raya di Perth memandu. Kita baru sampai negara orang... dah tentu terhegeh-hegeh dan tercari-cari jalan. Nak baca signboard lagi. Senang ke nak menukar lane. Bila beri signal adakah mereka akan beri laluan.

Semua itu sentiasa berlegar dalam fikiran. Dan pernah ada orang cakap, kalau kita memandu terlalu perlahan sangat di Australia... pun boleh kena saman juga.

Dan yang paling aku risau sekali kalau kereta buat hal dan tayar pancit ketika memandu ke luar bandar. Teringat lagi ketika di UK dalam perjalanan ke Salisbury. Tayar kereta pancit. Tapi masa itu aku satu keluarga... ada orang lelaki. Taklah takut.

Tapi bukanlah nak memuji... sepanjang memandu di Perth aku selesa. Kebanyakkan pemandu dan pengguna jalanraya mematuhi undang-undang dan had laju. Dan apabila aku memandu pada lorong tengah dengan kelajuan 60 km/j di Graham Farmer Fwy tidak ada siapa pun yang membunyikan hon dan menjeling-jeling. Tak perlu beri signal lama, sekali saja cukup... pemandu di belakang akan memberi laluan.

Lihat jarak pemanduan mereka, hampir sama...

Kesesakkan di Mitchell Fwy waktu pagi. Pemandu kenderaan di Perth 
menyalakan lampu kereta ketika memandu di jalan walaupun waktu siang.

 Jammed... 6 petang di Mitchell Fwy. Winter waktu ini. Cuaca cepat gelab. 

Pengguna jalan raya di sini sentiasa menjaga jarak pemanduan mereka. Apabila berhenti di lampu isyarat juga. Syaratnya mesti nampak plat kereta di hadapan. Tak boleh terlalu dekat kerana ia merupakan satu kesalahan dan boleh di saman.

Sepanjang memandu di Perth jarang jumpa penunggang motosikal di jalan rayanya. Kalau ada pun aku perhatikan bila sampai di lampu isyarat merah, mereka tidak sewenang-wenangnya memintas ke hadapan. Seperti pemandu kereta... penunggang motor juga kena berhenti di tempat mengikut giliran mereka sampai.

Seperti kebanyakkan bandar-bandar besar lain, Perth City juga mengalami kesesakkan lalulintas terutama di waktu-waktu puncak. Tetapi cepat surutnya.

Aku pernah terperangkap dalam kesesakkan lalulintas dalam perjalanan pulang dari Pinnacle Desert tapi tidaklah sampai berjam-jam atau jadi letih. Sebabnya aku perhatikan apabila berlaku kesesakkan pemandu kenderaan bersabar dan tidak sesuka hati memotong Q dan menukar-nukar lane.

Dan bagi aku memandu di Perth harus peka. Tidak ada pagar palang apabila bertembung dengan laluan rel LRT. Hati-hati ye. Aku pernah 'terhenti' di tengah-tengah rel laluan LRT ketika hendak ke Scarborough... tak perasan. Nasib baik waktu itu LRT baru saja lalu. Ngeri bila aku ingat balik.!

Rules apabila memandu di kawasan perumahan, pastikan enjin kereta senyap kerana bunyi enjin kereta yang kuat boleh menggangu ketenteram. Malah di beberapa kawasan perumahan ada papan tanda amaran tentangnya. Terkenang aku tentang kawasan perumahan aku di KL. Boleh di katakan setiap malam ada saja bunyi enjin motor dan kereta yang di pandu laju dengan bunyi yang kuat sehingga mengganggu tidur.

Traffic light di Albernethy Road. Tidak ada petak kuning. 
Cuma garisan putih putus-putus. Setiap kereta akan membelok 
mengikut lane masing-masing.

Di traffic light atau lorong keluar masuk tidak ada petak kuning tapi pemandu seperti telah 'dididik' apabila berlaku kesesakkan mereka tidak berhenti di situ yang boleh menghalang laluan.

Apabila membelok di traffic light semua pemandu akan membelok mengikut lane masing-masing. Ada garisan putih putus-putus di lukis di situ. Jadi kita tak perlu mengawasi kereta di kiri dan kanan memangkah lane kita. Aku cakap begini kerana pemandu di KL kerap menghimpit masuk ke lane tengah apabila mereka berada di lane kiri sekali.

Dan agak memalukan apabila kebanyakan kemalangan yang berlaku di sini melibatkan pelancong luar. Mereka tidak mematuhi arahan papan tanda yang di berikan terutamanya apabila memandu di laluan Indian Ocean Dr. Dan pada bulan Jun lalu satu kemalangan maut berlaku di situ melibatkan pelancong Singapura.

Pihak berkuasa di Australia kini cuba memikirkan satu cara untuk mengurangkan kemalangan di tempat itu. Terutama di kalangan pelancong luar. Mereka mahu pelancong yang memandu di laluan itu sentiasa mematuhi arahan had laju kerana mahu pelancong menikmati panorama kawasan tersebut.

18 comments:

  1. berhemah sungguh pemandu di sana..bab bg signal utk tukar lane tu, kalu kt M'sia jrg sekali dpt cepat..depa buat donno je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul nohas... dah satu kilometer bagi signal belum tentu dapat laluan.

      Delete
  2. boleh diberi ucapan tahniah utk sweetie yg memandu dgn jayanya..ditmpt asing dgn undang2 yg berbeza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Undang2 semua sama tp pemandu kat M'sia ni yg mengubahnya. Sepatutnya begitulah bila berada di jalanraya kan.

      Delete
  3. Bagusnya rakyat mereka mematuhi undang2 dengan baik.Kalaulah negara kita buat begitu tentu dapat lebih mengurangkan kemalangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan negara... tapi sikap rakyat M'sia kena berubah tika memandu... sabar dan bertolak ansur. Kan ada yg kata... rakyat M'sia ni baik dan bersopan santun tp bila berada di jln raya bertukar jadi sebaliknya..

      Delete
  4. nampak gayanya pemandu disana sangat berhemahkan beri signal sekali pun dah beri laluan, kalau disini pun ada juga begitu, tapi ada juga yang buat tak tahu saja lagi tekan minyak adalah.

    tengok jarak kereta dijalanraya pun dah tahu semuanya mengikut peraturan. pokok pangkalnya kita sendirikan. kalau mengikut peraturan itu tentu lebih mudah tapi ramai yang tak cukup sabar kadang2 dia saja nak cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebihnya banyak yang buat tak tahu je mama aryan... lagi kita beri signal, lagi laju dia memandu.

      Delete
    2. dah sampai barangnya sweetie, saya emel bagitahu, maaf lambat respon

      Delete
    3. oklah.. takut tak sampai... tp lambat juga. nama je pos laju tapi tak laju pun...hehehhe

      Delete
  5. sah ...sweetie FM dah selamat diterima.
    Tkasih bayk. nanti kita blogkan sebagai kenangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Nieda. Senang hati saya tiga3 dah dapat souviner masing2.

      Delete
  6. dulu sy pernah ikut parents ke Italy, ayah memandu di sana..org disana garang sungguh..kita terhegeh-hegeh mmg kena horn..pastu dia potong kita buat isyarat tengah marah..baik lelaki atau perempuan..

    syukurlah orang australia baik-baik..tak pernah jejakkan kaki kat sana lagi..doakan saya ya 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selama saya memandu di Perth... alhamdulillah... ok.. kalau depa nak cepat depa potong je cam biasa... saya slow jer drive... di UK pun sama... saya pernah berkereta satu family ke Scotland. Drive santai2 je.

      Delete
  7. Berbeza sungguh cara pemanduan di Malaysia.. Kena study dulu cara pemanduan sesebuah negara sebelum drive sendiri di sana.. Salute dengan sweetie sebab berani ambil risiko..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LZ boleh lakukannya juga. Pandu mcm biasa dan ikut saja papan tanda dan patuhi hadlaju.

      Delete
  8. semua sopan memandu.. tenang je hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tau memandu di sana... arahan papan tandanye 'clear' dan senang paham. kalau biasa memandu di KL akan tahu perbezaannya.

      Delete