Sunday, July 23, 2017

An article by me...

Dah balik dari Perth. Agak busy sikit. Siapkan dua artikel untuk ruangan Destinasi dan Selera di akhbar Mingguan Malaysia. Dah janji dengan pengelola ruangan ini cik Nisa Sulaiman nak beri story ketika aku masih lagi di Perth.

Orang kata sambil menyelam minum air. Walaupun pergi bercuti tapi bila ada sesuatu yang menarik dan boleh di jadikan cerita kita buat. Sungguhpun dah hampir setahun bersara... tapi dek kerana dah bertahun-tahun berkecimpung dalam bidang ini dan menjadi punca rezeki selama ini... mana boleh lupakan terus kan...


Ruangan Destinasi Mingguan Malaysia 23 Julai.


(Kepada yang tidak sempat membacanya di akhbar, boleh baca kisahnya di sini...)

Tajuk: Indian Ocean Dr menguji mental dan fizikal

Pengalaman memandu di Indian Ocean Dr ketika percutian musim sejuk di Perth, Australia baru-baru ini memberi satu kenangan yang sukar dilupakan. Perjalanan sejauh 232 km menuju ke Pinnacle Desert, Nambung National Park itu penuh debaran.

Jalannya yang lurus boleh menyebabkan mengantuk, tiupan angin dari Lautan Hindi yang kencang serta bentuk muka bumi dan halangan serta bahaya yang tidak di jangkakan benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal.

Waktu masih pagi ketika penulis melewati Yanchep dan melalui Gnangara – moore River State Forest. Hujan mula turun rintik-rintik. Penulis memperlahankan kenderaan dan sentiasa membaca dan mengikut arahan papan tanda yang di berikan. Kelajuan yang di benarkan ketika itu ialah 70 km/j.

Tanah di kawasan ini berpasir dan kering. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya rendah. Sunyi dan lengang. Cuma kereta yang penulis pandu sahaja berada di jalan tersebut ketika itu. Bersama dalam kereta anak perempuan dan kakak penulis yang berusia 61 tahun.

Ketika melewati Gingin papan tanda yang diletakkan menunjukkan banyak lori-lori besar melalui kawasan ini. Kelihatan ladang ternakan kambing dan lembu serta ladang lobak Sun City Farm yang sangat luas di Woodridge. Hujan kian lebat disertai angin kencang. Jarak pandangan semakin terhad.

Penulis memaut kuat stering kereta dan memperlahankan kelajuan. Jalan licin. Hati kian berdebar-debar. Sepanjang laluan dari Woodridge hingga Gabbadah kawasan di kiri kanannya lapang. Terasa kereta Suzuki Swift yang penulis pandu di tolak angin ke sebelah kanan. Setiap kali berselisih dengan lori treler dari arah hadapan penulis ketakutan. Dalam hati tidak putus berdoa agar berjumpa dengan kawasan berpokok tinggi supaya terlindung sedikit dari tiupan angin.

Tiba di Karakin penulis membelok masuk ke simpang menuju ke Lancelin. Lancelin terkenal di kalangan pelancong dengan aktiviti bermain gelongsor pasir. Tidak dapat dilupakan apabila berada di satu kawasan agak tinggi penulis tiba-tiba membrek kerana merasakan seolah-olah jalan yang dilalui menuju terus masuk ke Lautan Hindi di hadapan.

Dari Lancelin penulis kembali meneruskan perjalanan sejauh 79.8 km lagi untuk sampai ke Nambung Nasional Park. Perjalanan menempuh Nilgen dan Wanagarren Nature Reserve.

Papan-papan tanda yang diletakkan sepanjang laluan ini mengingatkan pemandu tentang tiupan angin berpasir yang boleh menghalang pandangan dan kemungkinan binatang liar seperti kangaroo, emu dan landak melintas secara tiba-tiba. Dan seperti yang di jangkakan, penulis terpaksa menekan brek kecemasan apabila secara tiba-tiba seekor landak melintas.

Satu jam memandu dari Lancelin akhirnya sampailah ke tempat yang di tuju iaitu Pinnacle Desert. Dan penulis sendiri merasai pengalaman memandu di atas trek berpasir sejauh 4 kilometer. Oleh kerana ianya kawasan gurun suhu sekitarnya panas walaupun ketika penulis berada di sini Perth sedang mengalami musim sejuk.

Dalam perjalanan pulang ketika sampai di Yanchep, penulis telah melalui satu sekatan jalanraya. Dan menjalani ujian alkohol. Barangkali inilah antara salah satu faktor Indian Ocean Dr. bahaya di lalui pada waktu malam selain dari tiupan angin yang kuat, berpasir, hujan serta jalan yang licin dan binatang liar yang secara tiba-tiba melintas.

.........................................

Untuk menulis artikel Selera pula aku sempat bertemu dan menemuramah pemilik cafe tersebut. Muda lagi orangnya dan peramah sungguh. Berbual dengannya seakan telah mengenalinya bertahun-tahun. Usai menemubualnya dia menawarkan diri untuk menghantar aku dan Ojet pulang ke apartment yang kami sewa. Terima kasih banyak-banyak dik Fazly atas kerjasama yang di berikan.


Dan untuk artikel Selera ini aku atur temujanji masa dengan
owner cafe untuk menemubualnya.


Tajuk: Insan's cafe pilihan VVIP

Menikmati masakan citarasa Malaysia ketika berada di luar negara kini bukan lagi mustahil. Ketika berkunjung dan berjalan-jalan di Murray St, Perth City, Australia baru-baru ini mata penulis terpandang ke arah satu café. Tertulis di muka pintu Insan’s Café penulis lantas melangkah masuk ke dalam.

Berkesempatan bertemu dan berbual dengan pemiliknya. Seorang anak muda berusia 38 tahun kelahiran Selangor. Di besarkan di Kedah dan memiliki Diploma Engineering dan Advance Diploma dalam bidang Hospitality.

Mohd. Fadly Mohd Nor memulakan perniagaannya sekitar tahun 2013. Melihatkan kejayaanya membuka sebuah café berkonsepkan citarasa Malaysia di bumi asing penulis cuba menyelami isi hati dan cabaran yang di tempuhinya.

Ujar Fadly, pada awalnya dia agak tertekan. Manakan tidak, di sebelah siang dia menguruskan perniagaan dan pada sebelah malamnya pula menjadi buruh kasar.

Dengan di bantu oleh tujuh orang pekerja kini setelah hampir lima tahun Insan’s Café beroperasi Fadly sudah boleh menarik nafas lega. Dibuka seawal jam sebelas pagi dan di tutup pada pukul 9 malam. Kedudukan cafenya yang berhampiran pejabat dan premis perniagaan lain seringkali menjadi tumpuan apabila tiba waktu makan tengah hari.

Selain dari menyediakan hidangan nasi campur, pelanggan juga boleh memesan nasi goreng, mee goreng, satay, roti canai, teh tarik dan lain-lain. Pelanggan juga boleh menikmati makanan ala barat seperti steak, burger dan kentang goreng. Diskaun sebanyak 15 peratus di berikan kepada pelajar Malaysia yang menuntut di Australia, pekerja kedutaan dan krew penerbangan seperti Air Asia, Malindo Air, Garuda, Royal Brunei dan MAS.

Ketika misi pencarian MH370 di Lautan Hindi beberapa tahun lalu Insan’s Café telah dipilih dan ditugaskan bagi menyediakan makanan untuk anggota tentera Malaysia yang menyertai misi pencarian tersebut. Malah Insan’s café juga menjadi pilihan Sultan Johor ketika berada di Perth termasuk orang-orang kenamaan Malaysia lain juga artis-artis dari tanahair.

Apabila di tanya apakah makanan kesukaan penduduk tempatan apabila berkunjung ke cafenya, Mohd Fadly memberitahu kari kambing. Bagi memenuhi keperluan itu Fadly menyediakan lima belas ekor kambing untuk dua minggu dan bekalan daging kambing di perolehi dari Katanning sebuah perkampungan Melayu Muslim yang terletak di selatan Perth.

Kepada yang berhasrat berkunjung ke Perth bolehlah singgah di Insan’s Café. Anda pasti tidak akan kecewa kerana keenakan makanan yang di sediakan memang memenuhi selera.



Pemilik Insan's cafe Mohd. Fazly Mohd. Nor.


(nota sweetie: Maaf kepada pemenang 'contest' belum sempat lagi mengeposkan hadiahnya.)

20 comments:

  1. seronok baca penulisan sweetie, artikel percutian itu bila dibaca seolah2 saya pula yang sedang memandu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg itu yang mahukan mama aryan, saya ingin pembaca juga merasakan seolah2 mereka juga turut serta dalam perjalanan dan dapat rasakan bagaimana suasana dan keadaannya ketika berada di jalan itu.

      Delete
  2. Banyak pengalaman akak travel.. memang patut pun tuliskan dalam bentuk apa pun.. boleh jadi sumber inspirasi dan sumber rujukan buat org lain.. nak kena baca ni..hihi.. tahniah kak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada apa pengalaman pun Atie... Kalau nak banyak pengalaman travel stail pengembara baru best dan macam2 jumpa.

      Delete
  3. Pengalaman yang menarik ...Dapat saya bayangkan saat mendebarkan masa pemanduan dengan berbagai halangan.
    Bangga melihat anak bangsa kita berjaya di negara orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saniah masa saya melalui semua tu... tak terungkap rasanya dgn kata-kata. Segala mcm rasa dtg.. nyesal, takut mcm2lah. Lebih-lebih lagi dlm kereta masa tu cuma saya, Ojet dan kakak saya.

      Ya, muda sangat lagi owner cafe tu.

      Delete
  4. Seronok baca artikel tulisan sweeties..
    Rupanya journelis ye..

    Best juga resepi tu untk di cuba sweeties..
    Tq share..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Yatie kerana membaca nukilan saya. Ya, dulu... skrg tak lagi dah bersara. hehehhe.

      Delete
  5. WAH TAHNIAH SWEETIE..RAJIN TRAVEL ELOK DIKONGSI DLM TRAVELOG...KAK MMG SUKA BACA ARTIKEL TNTG PENGALAMAN PENULIS TRAVEL KE MANA SAJA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak PI. Saya tak selalu travel... kalau selalu 'rabak' poket nanti.

      InsyaAllah kalau ada kesempatan travel lagi kemana2 nanti akan saya tulis lagi mengenainya.

      Delete
  6. wah alhamdulillah!
    big congrats kak..salute!

    ReplyDelete
  7. wah...2 in 1.
    bila menulis tentang perjalanan kena tahu betul nama tempat yg di lalui. tambahan ke luar negara tempat tak familiar memang kena alert betul2 semasa memandu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada pembantu di sebelah yang di tugaskan mengambil gambar dan mencatitkan nama tempat dan apa yang ada sekitarnya. Begitu juga ketika saya menemubual owner cafe tu.

      Delete
  8. Frankly speaking, LZ lebih suka membaca di blog Sweetie, terasa lebih dekat dengan penulis berbanding baca di suratkhabar.. Kalau dapat article Sweetie di suratkhabar pasti akan potong dan simpan for future reference.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima LZ. Kalau melancong ke Perth jangan lupa pergilah makan kat Insan's Cafe tu...saya jamin mmg sedap!

      Delete
  9. Fuh mmg mndebarkan pgalaman mmandu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila saya research balik... jln tu tersenarai dlm 10 jln paling bahaya dan banyak berlaku kemalangan di aussie.

      Delete