Saturday, June 3, 2017

Cantik betul jadinya...

Ada majlis berbuka puasa di surau dekat rumah semalam. Selain dari menu utamanya nasi putih dengan lauk-lauk ikan dan daging kambing ada juga yang menyumbangkan menu lain seperti laksa, mee, kuih muih dan buah-buahan. Aku sumbangkan chiffon ni sajalah sebagai pencuci mulut.

Tapi yang buat aku rasa seronok sangat chiffon yang aku buat semalam cantik sangat jadinya. Besar... tinggi... gebu dan lembut. Aku buat dua biji. Setelah di potong hasilnya seperti dari empat biji. 


Besar dan lembut sangat teksturnya.


Tinggi dan gebu... Aku memang puas hati 
betul dengan hasilnya.


Masih dalam oven. Nampak tak... macam mana 
tingginya ia naik.

16 comments:

  1. memang SM apakr buat kek...terus rasa lapar tengok kek gebu ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorilah Nieda, bulan posa terpos gambar kek gebu... bukan pakar, kebetulan je ni jadi cantik naiknya.

      Delete
  2. Replies
    1. Biasalah tu... jari yang menaip tak selari dengan apa yang difikirkan... tu yang kadang2 kita menaip error.

      Delete
  3. MMG PUAS HATI KEK ELOK MENJADI NAIK TINGGI

    ReplyDelete
  4. cantik tinggi keknya...puas hati jamu orang surau kalo mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok nohas kalau apa yang kita buat menjadi... elok dan cantik. Lagi2 dalam bab membaking ni.

      Delete
  5. Mungkin kerana niat ikhlas nak sedekah juga jadi kan kek yang dibuat cantik kejadian nya.
    Pandai sweety buat kek2....kalau saya setakat lempeng je mahir...hihii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak saya pun cakap macam tu jugak Saniah.
      Saya taklah pandai sangat kekadang tu ada jugak yang tak menjadi.
      Buat lempeng pun kena pandai jugak... tak betul membancuh jadi keras lempengnya.

      Delete
  6. mak ai , cantik sungguh kejadian beliau ;)

    ReplyDelete
  7. Mmg naik tinggi dan gebus sungguh tu..
    Saya fail sungguh buat kek bakar kat oven ni..

    Suka kek chiffon ni..
    Tapi beli lah 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple dan senang nak buat chiffon ni Yatie. Saya pun... sebab feveret tu yang belajar buat.

      Delete
  8. Gebunya....tengok gambar ajer pon dah boleh telan liur tau kak...sedap =)

    ReplyDelete