Sunday, June 18, 2017

Dah selalu sangat buat nasi goreng...

Penghujung-penghujung Ramadan ni rasanya banyak sangat simpan nasi sejuk di rumah. Dah hampir satu mangkuk besar. Hari-hari ada saja lebih. Padahal masak macam biasa juga. Selalunya yang berlebih nasi yang di masak untuk sahur.

Awal Ramadan dulu, time sahur memang anak-anak makan macam biasa tapi bila dah sampai ke penghujungnya ini, masing-masing bangun sahur sekadar untuk minum. Dan nasi yang di masak langsung tak di makan. 

Selalunya nasi sejuk di buat nasi goreng. Tapi bila dah selalu-selalu sangat akhirnya tak di makan juga. Terbuang akhirnya.

Semalam, aku keluarkan semua nasi sejuk dari peti ais. Bila disukat dapat empat cawan. Aku blend semuanya dan buat apam nasi. Kebetulan setiap Sabtu dalam bulan Ramadan, ada majlis berbuka puasa di surau. Dan apam nasi yang aku buat semalam semuanya aku hantar ke surau.

Resepi apam nasi ini aku skodeng dari lemari resipi kak Noor. Sedap dan lembut. Mudah saja nak membuatnya. So lepas ni kalau banyak lebihan nasi selain dari buat nasi goreng bolehlah di buatkan apam nasi.

Apam Nasi
(Sumber resipi dari blog Bicara kak Noor)


Comel dan gebu.


Bahan-bahannya:
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula boleh tambah atau kurang 
1 peket yis mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air
Kelapa parut putih secukupnya


Cara mengadun:

1. Gaulkan tepung beras, tepung gandum, gula dan yis ke dalam mangkuk besar. Ketepikan.

2. Kisar nasi dan air hingga betul-betul hancur dan campurkan dengan bahan-bahan yang di gaul tadi.

3. Perap selama 3 jam atau lebih sehingga adunan naik.

4. Panaskan kukusan. Masukan adunan dalam acuan dan kukuslah selama 10 - 15 minit .

5. Apabila masak gaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampurkan sedikit garam.

Friday, June 16, 2017

Kala semakin di mamah usia...

Letih benar dua tiga hari ini. Di tambah pula dengan cuaca yang panas kering. Letih lesu dan lembik rasanya badan mengalahkan budak baru belajar berpuasa. Semalam ketika solat terawih aku macam nak terlelap sambil berdiri. Terhuyung hayang. Sayup-sayup je kedengaran bacaan imam. Allah!

Selesai sunat terawih lapan rakaat termasuk witir tiga rakaat aku terduduk lama atas sejadah. Tak mampu bangun. Sampaikan beberapa orang rakan jiran menawarkan bantuan untuk membantu aku berdiri. Teruk betul rasanya kali ini. Berpuasa dalam usia semakin menuju senja aku berharap akan dapat meneruskan ibadah dan menunaikan solat terawih pada malam-malam sepuluh yang terakhir ini. InsyaAllah!

Saranan anak lelakiku, kalau tak mampu, berbukalah. Tapi aku tak mahu mengalah. Cuma lesu... Aku beritahu dia, aku ingin jadi seperti oyangnya iaitu nenek aku yang masih kuat menjalani ibadah puasa ketika usianya telah menjangkau 80 tahun. Kemudian meneruskan dengan berpuasa enam hari di bulan syawal. Lagipun setakat ini kesihatan aku berada dalam keadaan baik. Dan masih mampu memasak dan menyediakan juadah berbuka dan bersahur.

Benarlah kata, di kala diri semakin di mamah usia, kita semakin kehilangan upaya dan tenaga untuk melakukan banyak perkara. Awet muda macam mana pun rupa dan fizikal kita, hakikatnya dalaman diri dan perasaan kita tetap tua mengikut peredarannya.

Friday, June 9, 2017

Semua bertempiaran...

Cemas betul senja tadi... selesai solat Isya' tak semena-mena satu pembesar suara di ruang perempuan tiba-tiba jatuh. Mujurlah tiada sesiapa yang duduk di situ. Kemudian imam membuat pengumuman mengajak jemaah mengadakan majlis tahlil.

Belum pun majlis tahlil selesai tiba-tiba lampu terpadam. Keadaan dalam surau gelab gelita. Aku spontan bangun dan agak terpinga-pinga dalam kegelapan. Hati dah mula berdebar-debar... seolah dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena.

Dalam keadaan gelab gelita itu terdengar teriakan dari jemaah lelaki menyuruh semua keluar dengan segera. Dan jeritan "kebakaran". Dalam suasana cemas dan panik semua bertempiaran ingin menyelamatkan diri. Apa lagi dalam keadaan gelab masing-masing meluru ke arah pintu.

Setelah semua jemaah keluar baru nampak api sedang menyala di suis utama yang terletak di ruang solat lelaki. Patutlah pembesar suara yang di letakkan berhampiran jatuh kerana wayar pengikatnya putus sebab terbakar. Dan aku terdengar kemungkinan suis yang terbakar akan meletup Tindakan pantas ahli jawatan kuasa surau akhirnya dapat memadamkan kebakaran. Tapi solat sunat tarawih berjemaah malam tadi di batalkan.

Esok Sabtu dan malam 17 Ramadan. Harap-harap kerosakkan itu akan di perbaiki belah pagi dan malamnya kami penduduk kawasan ini akan kembali dapat berjemaah di surau. InsyaAllah!

Saturday, June 3, 2017

Cantik betul jadinya...

Ada majlis berbuka puasa di surau dekat rumah semalam. Selain dari menu utamanya nasi putih dengan lauk-lauk ikan dan daging kambing ada juga yang menyumbangkan menu lain seperti laksa, mee, kuih muih dan buah-buahan. Aku sumbangkan chiffon ni sajalah sebagai pencuci mulut.

Tapi yang buat aku rasa seronok sangat chiffon yang aku buat semalam cantik sangat jadinya. Besar... tinggi... gebu dan lembut. Aku buat dua biji. Setelah di potong hasilnya seperti dari empat biji. 


Besar dan lembut sangat teksturnya.


Tinggi dan gebu... Aku memang puas hati 
betul dengan hasilnya.


Masih dalam oven. Nampak tak... macam mana 
tingginya ia naik.