Monday, September 14, 2015

Kalau di fikirkan memang tak sanggup...

Penat dan letih itu hilang sebaik bertemu dengan abang... dan
Ojet yang masih boleh tersenyum manis walaupun kepenatan dan sakit
belakang menempuh penerbangan yang panjang.

Ini kali kedua aku ke UK. Kalau saja-saja nak pergi melancong memang tidaklah. Bukan saja kerana nilai matawangnya yang tinggi tapi masa penerbangannya yang sangat panjang... tigabelas jam.

Itu yang kalau di fikir-fikirkan memang tak sanggup rasanya. Apa lagi bila dikenang tentang insiden yang berlaku. Semua itu menambahkan lagi rasa cuak. Tapi kerana keinginan untuk menyaksikan abang sebagai graduan Master of Chemical Engineering aku ‘harungi’ juga. Lagipun dah janji...

Sebaik saja dia meninggalkan tanah air untuk melanjutkan pelajaran di Sheffield, United Kingdom, aku start menabung dan merancang... malah sejak dari awal tahun lagi aku dah beritahu kawan-kawan sepejabat yang aku akan bercuti selama sebulan pada tahun ini. Bukan apa supaya mudah kami nak membahagi-bahagikan kerja yang bakal aku tinggalkan dan tahu siapa yang akan mengambil alih sepanjang aku bercuti.

Kalau dua tahun dulu aku ‘main redah’ saja datang ke London. Walaupun takut tapi aku beranikan diri tanpa memikirkan apa yang bakal aku hadapi saat tiba di negara yang tak pernah aku jejak sebelumnya... Tapi kali ini aku di temani Ojet. Ada sedikit kekuatan dan yakin serta tahu serba sedikit ke mana hendak dituju dan menggunakan pengangkutan awamnya andai kata abang tidak ada menunggu aku di airport Heathrow. Adik dan suaminya serta kakak aku naik penerbangan lain. Mereka naik British Airways dan berlepas sebelah malam pada hari yang sama.

Lupakan hal yang berlaku di surau KLIA. Melihat ramai orang yang akan satu penerbangan dengan aku, hati rasa lega. Ketika di boarding area aku berkenalan dengan seorang emak yang juga mahu bertemu dengan anak lelakinya yang belajar di UK. Dia juga di temani anak perempuannya lebih kurang sebaya Ojet. Peramah orangnya. Kami berbual seolah-olah sudah kenal lama. Nasib baik tempat duduk kami tak sama, kalau tidak mahu sepanjang penerbangan 13 jam itu kami tidak henti-henti berborak.

Melangkah masuk ke dalam pesawat aku di sapa oleh pelayan kapal dengan mesra... “Wah! baju raya ke ni puan” sebab aku berdua dengan Ojet saja rasanya yang pakai baju kurung dan berkasut tumit tinggi. Tak ada gaya macam orang nak pergi travel... Memang kami dah janji nak pakai baju kurung... lagipun time tu masih dalam mood raya. Dan sebelum pesawat MAS Airbus A380 yang aku naiki berlepas, sempat aku hantar mesej pada abang, “mak akan sampai 4.30 ptg waktu UK, tunggu mak di Terminal 4...”

Sepanjang penerbangan mata aku tak lepas dari melihat skrin tv yang memaparkan pergerakan kapal... di mana dan dah sampai mana. Setiap kali ada gegaran yang kuat sikit, hati rasa cemas. Tapi bila melihat pelayan-pelayan kapal yang ceria melaksanakan tugas mereka dan membayangkan pilot yang menerbangkan pesawat aku rasa tenang. Berbisik dalam diri sendiri “kenapa nak takut, pilot tu lagi tahu... dah tentu dia pun tak ingin kejadian buruk berlaku...”

Kadang-kadang untuk menghilangkan rasa takut dan cemas aku cuba melelapkan mata dengan harapan bila terjaga nanti kapal yang aku naiki sudahpun memasuki ruang udara Britain. Walaupun mata lelap, tapi telinga aku masih boleh mendengar deruan enjin kapal.

Sebaik pengumuman memberitahu kapal akan mendarat sebentar lagi di Heathrow... hati rasa lega. Terbayang wajah abang yang sedang menunggu kedatangan aku. Ketika melalui pemeriksaan imigresen, panjang lebar juga soal jawabnya bila tahu aku akan tinggal selama sebulan di UK. Dan ketika keluar saja di muka pintu balai ketibaan terminal 4 itu, aku dah nampak abang melambai-lambai dan berlari-lari mendapatkan aku. Tentulah peluk dan cium dari aku untuknya setelah lama tak jumpa.

14 comments:

  1. memang betul, selagi tak mendarat, rasa cemas tu tetap ada..bila dgr pilot buat announcement tuk landing, rasa lega sesangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menaiki pengangkutan udara dan air dia punya traumanya sama je nohas. Saya merasakan perkara yang sama masa belayar dengan cruise dulu.

      Delete
  2. kak Zai pun sama kalau naik kapal terbang rasa takut, gementar semua ada, mulut tak berhenti kumat kamit. Bila mencecah aje kat landasan lega hilang semua kerisauan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kak zai, saya kalau boleh sepanjang terbang tu nak tidur lenaaaa sgt... lepas tu dengan anouncement.. kapal dah nak mendarat... baru lega.

      Delete
  3. Keterujaan menemui anak mengatasi ketakutan kan sweety.
    Sweety seperti sya juga jika dh brbual pertama kali dgn org yg peramah mmng payah nk berenti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul saniah, itulah kelebihan dan keberaniannya.

      Wanita yang saya kenal tu org Terengganu. Dia yg sapa saya dulu. Mmg seronok berbual dengan dia... peramah dan pandai berborak... kisah anak-anak la.

      Delete
  4. mesti rasa curiga dlm flight yg sdg terbang terhapus dgn niat baik berserta doa2 keselamatan yg dipohon sentiasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kata sepanjang masa saya berdoa moga selamat sampai dan bertemu dengan anak lelaki saya dan adik serta kakak saya yang menaiki penerbangan lain waktu tu.

      Delete
  5. Kena pi kerap2 la kak baru makin bertambah-tambah keyakinan tu..lain masa boleh bawak kawan2 pulak ikut melancong ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mungkinlah saya nak pi lagi Diana, kalau tak ada apa-apa keperluan.

      Alaa tak payah saya bawak pun... pergi sendiri2 pun orait. Tak susah pun nak guna pengangkutan awamnya lebih2 lagi tube/train bawah tanahnya... ikut je direction yang di beri... mesti sampai punya. Hotel2 pun ada juga yang murah dan yang mampu sesuai dgn RM...

      Delete
  6. dah setahun lebih tak naik kapal terbang...baca entry ni terbayang2 pulak di awan biru..hheheeh

    ReplyDelete
  7. rindu bertamu nak jumpa anakanda tercinta ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Raihanah... juga menyaksikan majlis konvonya.

      Delete