Saturday, August 8, 2015

"Eloknya tadi kita bawak nutella..."

Broad beans a.k.a kacang parang.
(kreadit pix: podgardening.co.nz)

Broad beans goreng bercili. Ini stail 
aku. Mat saleh depa rebus je.

Gooseberries. (kreadit pix: theballoontree.co.uk)

Untuk pertama kalinya... setelah tiga minggu di UK. Khususnya di Sheffield. Aku merasa cuaca betul-betul panas. Panas terik. Matahari terang bersinar. Kain-kain yang aku jemur depan rumah cantik keringnya. Pengering di rumah abang ni rosak jadi kenalah keringkan di luar rumah.

Abang ada jemputan jamuan hari raya yang di adakan oleh pelajar-pelajar Malaysia. Dia ajak aku pergi sama jam 2 petang nanti. Awalnya memang kami nak pergi... tapi 'last-lastnya' tak jadi.

Memandangkan cuaca cantik hari ni kami bercadang nak pergi memetik strawberry, raspberries dan gooseberries di Holmesfield. Dekat je dari rumah abang. Lebih kurang 15 minit memandu kereta. Selain dari buah-buah ada juga sayur-sayuran seperti kobis dan broad beans juga kentang dan carrot. Epal pun ada tapi masih belum boleh di petik lagi.

Kerana kami sekeluarga peminat strawberry, jadi kami cuma petik strawberry saja. Sambil petik sambil masuk mulut. Anak-anak cakap... "eloknya tadi kita bawak sekali nutella".

Pemandangan di ladang strawberry Birchin 
Lee, Holmesfield.

20 comments:

  1. broadbeans goremg bercili tu sya tengok macam petai pulak sweety....hihiii
    tentunya sedap makan strawberry segar dari ladang kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...Saniah tengok macam petai, saya yang makan mcm rasa petai... Strawberry yg baru di petikrasa manis sgt.

      Delete
  2. seronoknya dpt petik buah n sayur segar dari ladang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PI.. masa dii kampung biasa jugak petik rambutan dan kutip pucuk ubi... tapi apa yang buat seronoknya di sini, sebab sayur dan buah2an tu tak ada di tanam di negara kita.. kalau ada pun di Cameron Highland. Tapi kita tak boleh masuk ke ladang.

      Delete
  3. Acik tak pernah tengok kacang tu yang fresh sweety..biasa nampak yang dah kering je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun inilah pertama kali tengok yg fresh acik.. itupun saya tak tahu ianya kacang parang... mula2 petik tu saya tertanya2 dlm hati mcm mana nak masaknya... rupanya pecahkan dan cuma ambil bijinya.

      Delete
  4. wowww... kak sweetie kt oversea ye skrg? Bestnyaaa... tgk buah2an n sayur2an kt mmg segar2 kan...take care ye kak sweetie...

    ReplyDelete
  5. Seronoknya..... bila balik malaysia

    ReplyDelete
  6. Kalau pergi ke luar negara benda yang paling seronok adalah dapat memetik buah2an yang segar, berbeza dinegara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Zai, kat negara kita payah sikit sebab kalau nak tgk sayur segar kena ke Cameron Highland... tapi kita tak dapat petik sendiri jugak. Di UK ni ladang-ladang sayur dan buah-buahan dekat-dekat... berjalan kaki pun boleh sampai.

      Delete
  7. kenangan!!..dulu kerja buruh, ambil upah petik gooseberry...stroberry n coklat..memang menjilat jari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat part time masa study dulu ke? hehehe... nohas ni banyak pengalaman ye... yes! stobery ngan coklat mmg yummy!

      Delete
    2. cuti summer, tak tau nak buat apa, cari kerja part time kt ladang..hehe..pengalaman tak byk sangat, cuma dua tahun saja kat sana..

      Delete
    3. Sekurang-kurangnya ada gak pengalaman dan cerita pernah jadi pemetik buah di ladang kat luar negara... hehehhe..

      Delete
  8. gooseberries tu cam belon kan?apa rasanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kulit dia rasa masam... isinya cam payau... tak sedap pada tekak saya Irfa.

      Ko jgn mengidamkan buah tu yo Irfa... tak dapek ese nak nolong doh yo...

      Delete