Monday, August 4, 2014

Mood, memang ke laut....

Salam raya... dah seminggu kita di bulan syawal... Seminggu juga aku duk bergolek-golek je di rumah. Tak buat apa-apa pun. Nasib baik tak kuat makan... kalau tak mahu montel jadinya. Tak tahulah kenapa raya tahun ni aku jadi macam penat dan lesu.

Hari ni start kerja semula... Mood memang zero. Malas sangat... rasa macam nak ‘memencenkan’ diri je. Nak buat kerja pun malas... Dari pagi sampai la ni (dah petang dah ni) satu apa pun tak jalan... duduk melayan Internet je...  hahaha...

Salam Aidilfitri semua (follower dan yang mungkin singgah di blog sweetmemory ni) Maaf zahir dan batin!

12 comments:

  1. Selamat hari raya maaf zahir batin sweetie..
    Anak sweetie abang dah balik ke..buat ma dia tak de mood ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-samalah kita bermaaf-maafan ya acik. Mana tahu dalam kita 'berborak-borak, komen mengomen' di dunia maya ni ada terlepas cakap secara tak sengaja kan.

      Abang masih bercuti lagi sampai bulan sembilan nanti... saja mood ke laut pasal badan tak berapa sihat sebelum raya aritu lagi... Dah duduk cuti lama2 kat rumah jadi pemalas pulak...

      Delete
  2. selamat hariraya sweetie, mood dah kelaut??? lagi bestt tangkap banyak2 ikan disana tu haha jgn marah hah, salam utk anak2 semua ya suatu hari entah bila kalau di izinkan allah boleh lah kita berjumpa ya sweetie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya kak Noor. Kalau betul2 boleh dapat tangkap ikan saya hantarkan ke rumah kak Noor tolong masakkan sedap-sedap... jgn marah ha.. kosong-kosong!

      Ya mungkin suatu hari kita terserempak di mana-mana... masa ramadan aritu saya ikut asben berbuka puasa di Karangkraf... saya jumpalah rakan-rakan kak Noor tu!

      Delete
  3. salam lebaran sweetie moga gembira beraya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam lebaran paridah... Tahun ni saya happy sebab anak-anak semua ada di sisi... tapi saya pulak kurang sihat sejak ramadan tu lagi. Empat hari sebelum raya saya 'tumbang' kat office sampai rakan-rakan pimpin dah hantar saya balik rumah.

      Delete
  4. selamat hari raya maaf zahir dan batin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Nieda... sama lah kita bermaaf-maafan. Kalau ada salah dan silap saya masa meninggalkan komen di blog Nieda saya mohon kemaafan dari Nieda... mungkin tidak di sengajakan.

      Delete
  5. Selamat hari raya Sweety, maaf zahir dan batin. Memang hari raya tahun ini agak sedikit lesu, mungkin kerana banyak ujian untuk negara kita agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Zila... ketika saya memandu arah ke Seremban dan Kuala Pilah pada 1 Syawal tu... jalan raya tidak sesesak seperti raya-raya sebelum ini... Selamat Hari Raya Zila!

      Delete
  6. linda pun dah rasa xde mood nak keje Sweetie...rasa nak pencen awal jek huk huk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Linda... semakin berumur semakin cepat rasa letih dan penat... kreativiti pun semakin kurang.

      Delete