Tuesday, February 18, 2014

Menunggu Hari Langsung dan puding abang...

Ya! kad jemputan telah pun di edarkan semalam. Kaum keluarga di kampung sudahpun di beritahu dan di jemput. Persiapan pun hampir 80 peratus berjalan lancar. Dalam serba kekalutan ni dapat juga aku ‘rapikan’ majlis yang bakal berlangsung awal March ni. Pada kawan-kawan blog, saya minta maaf sebab tak dapat nak bagi jemputan. Majlis ni kecil-kecilan saja.

Penat! usah cerita... tapi ini je satu-satunya adik perempuan yang tinggal dan belum berkahwin lagi. Kalau arwah mak, abah dan abang ngah masih ada lagi pasti merekapun melakukan perkara yang sama seperti yang aku dan kakak aku buat sekarang ni. Walaupun mungkin tidak seratus peratus perfect tapi aku cuba sedaya upaya untuk menunaikan impian adik aku tu.

Sabtu kelmarin aku singgah di kedai yang menjahit baju untuk majlis akad dan ‘ingatkan’ tukang jahit. Risau juga kot-kot dia terlupa. Dua minggu lagi baju tu nak di pakai. Baju untuk pengantin lelakinya sudah aku ambil dari tukang jahitnya semalam. Minggu ni nak hantar dobi. Aku tolong pergi ambil sebab Daryl di Kerteh sekarang. Minggu depan baru balik KL.

Bekas untuk buah tangan tetamu yang datang nanti pun sudah hampir siap. Masa Ojet ada di rumah sempena cuti semesternya hari tu dialah yang tolong buat. Ni masih ada sikit-sikit lagi yang nak di settlekan.

Abang pun ada juga call dan tanya. Bagaimana persiapan dan ajak gosip-gosip jugak. Kesian dia... tak dapat balik kawin aciknya. Padahal dulu dia sering cakap-cakap dengan aciknya, nanti kalau kawin, ‘acik pakailah macam ni... macam tu!’ tapi bila sampai ‘hari itu’ dia tak pulak dapat balik.

Kata abang dia boleh dapat cuti... tapi sekejap. Rugilah pulak... balik dua tiga hari je. Dahlah tambangnya mahal... masa perjalannnya pun lama... buat penat je balik. Jadi aku kata tak payahlah balik. Study lebih penting. Nanti-nanti boleh jumpa uncle Daryl.  Dalam perancangan adik aku... dia dan Daryl bercadang menjenguk abang lepas kawin nanti.

Beberapa malam lepas abang call lagi... tak ada apa cuma nak beritahu aku dia tengah buat Puding Batik. Puding kegemarannya tu. Wahh! sekarang dah pandai buat rendang dan puding...

Abang: Mak buat apa tu!

Aku: Mak dah nak tido.

Abang: Pukul berapa kat Malaysia sekarang ni?

Aku: Pukul 12 abang!

Abang: Ooo (hehehe) Sorrylah abang ganggu... abang nak beritahu mak, abang tengah masak kek. Abang buat puding batik.

Mak: Ooo iye ke? Nanti tunjuk gambar... mak nak tengok!

Nilah rupa puding batik abang. Katanya hancur sikit 
masa potong sebab dia simpan dalam peti ais... puding ni 
jadi keraslah sikit.

(Nota mak: Sedih pulak menengoknya... nak makan... pandai dia cari resipi dan buat sendiri.)

15 comments:

  1. tahniah kaksweetie nk menerima ahli keluarga baru..amboi pandai ye abang wat kek batik..sure mamanye terharu kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ina... harap2 semuanya berjalan lancar dan jodoh mereka kekal hingga ke syurga...

      Terharu dan bergenang2 airmata bila mengenangkan dan menengok gambar pudingnya ni... kesian.

      Delete
  2. Alhamdulillah..pandai pun buat sendiri ya... kesiannya dia tak de masa kenduri nanti..tengok on line je la nampaknya he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih saya bila mengenangkan dia tak dapat hadir di majlis kawin aciknya tu. Mereka berdua ni mmg rapat...

      Ya che mid... sejak jauh di perantauan ni dah pandai masak rendang dan makanan2 kegemarannya sikit-sikit.

      Delete
  3. Tahniah nak menerima ahli keluarga baru......... pandai abang masak dah ya!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zana... tinggal tak beberapa hari je lagi ni...

      Aah! sejak jauh di perantauan ni pandai dah masak-masak... bila dia cerita dan tunjukkan gambar masakannya... kita ni mak pulak yang rasa hiba.

      Delete
  4. tahniah Sweetie...puding tu nampak sedap..tetiba rasa teringin pulak nak makan puding batik hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Linda... sempoi je puding tu... tapi sebab anak lelaki yang membuatnya, yang selama ni tak pernah buat dan masak kat rumah... tu nampak 'hebatlah' pulak... mak pulak rasa pilu dan kesian.

      Delete
  5. semoga majlis berjalan lancar seperti yg dirancang..

    duduk oversea mcm tulah kan..lelaki, perempuan kena berdikari, tapi takpe, tambah satu skill..memasak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, harap-harap pun macam tulah.

      Tul Nohas.... dah jauh dari mak... tak kira lelaki ke perempuan pandai akhirnya berdikari kan. Dulu kalau nak makan... cakap je ngan mak... minta buatkan.

      Delete
  6. Hai! terima kasih... ok nanti saya singgah bila ada kelapangan.

    ReplyDelete
  7. Rajin abang masak/buat sendiri..lama2 nanti lagi banyak yang abang boleh buat.mak nya jangan risau ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua tahun lagi habis belajar dan bila balik nanti bolehlah tolong2 maknya ni masak kat dapur. Sekarang ni tak yah tunggu anak perempuan ke dapur anak lelaki pun boleh... ooo sweeetnya memasak dengan anak lelaki di rumah.

      Delete
  8. hebatlah tu, sy pun tak pandai wat kek batik
    tak pandai + malas mencuba
    hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa ini cabaran Irfa... sempoi je bwat kek batik tu.

      Delete