Thursday, June 6, 2013

Abang kenapa tak tidur?...

Sudah menjadi kebiasaan, setiap pagi apabila sampai di tempat kerja aku akan on FB. Bukan berchating tapi nak tengok anak-anak, terutamanya abang. Kalau dia online aku akan tanya dia buat apa. Kenapa tak tidur... sebab kalau M'sia siang, bermakna UK malam.

Hari ni aku terpandang di wall FB si abang tertulis "Pushing myself to the limit. No sleep, no rest. I will 'destroy' this last paper. That's a promise to myself." Betul-betul buat aku risau. Dari pagi sampai petang (waktu M'sia, di UK malam) dia berjaga. Sehingga pukul 4 (waktu M'sia) petang tadi, bermakna pukul 8 pagi di UK dia masih study.

Bila aku tanya kenapa tak tidur? Masa exam ni tidur kena cukup. Aku takut dia pening ke, pengsan ke masa exam tu sebab tak cukup tidur. Abang kata dia ok. Menurut abang dia nekad nak dapat markah tinggi untuk paper hari ni. Aku tak boleh nak cakap apa dah. Apa yang mampu aku lakukan cuma berdoa saja.

Macamni lah hati emak, kalau anak tak belajar, leka dan tak serius dalam pengajian, risau, Tapi kalau anak terlalu sangat study sampai tak ingat makan minum dan abaikan kesihatan, berjaga sampai larut malam dan tak tidur pun risau juga.

Lepas maghrib tadi (aku pasti ketika aku solat tu abang tengah menjawab soalan di dewan peperiksaan) aku doa panjang-panjang buat abang agar dia tenang, sihat dan segalanya di permudahkan baginya... dan semoga dia mendapat markah yang tinggi seperti yang hajatinya. Menurut abang dua paper yang lepas aku tak ingat paper apa sebab masa abang call semalam sebutannya tak berapa clear, dia mendapat markah tinggi, 98 peratus. Syukur, alhamdulillah!

10 comments:

  1. assalam sweetie..hati ibu macam tu lah kan..alhamdulillah abang dapat markah tingi dan semoga abang dapat lagi seperti idamannya dengan berkat doa ibu..amiin

    ReplyDelete
  2. Wah!...bertuah you Sweety dpt anak yg tau tanggungjawabnya walaupun jauh dari ibu.
    Jadi jgn risau lagi...insyallah your son will do just fine!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, semangat Abang cukup kuat. Moga dia terus cemerlang..

    ReplyDelete
  4. tahniah...abang dpt markah tinggi. syukur

    ReplyDelete
  5. Tahniah...berbaloi dengan usaha yang dia buat. Lepasnie boleh la rest.. :D
    Semoga sentiasa menjadi anak yg cemerlang...Amin

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Acik, Leez, Sal, Nieda dan Ratu atas ucapan dan doa kalian.

    ReplyDelete
  7. terbaik tu..wajib bersyukur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Etuza, memang saya bersyukur sangat-sangat! Terutamanya buat anak saya tu yg tak leka dengan persekitaran barunya di rantau orang... tau masa bila untuk berseronok dan masa bila untuk tumpukan pada study!... syukur!

      Delete
  8. biar berbaloi berjauhan.moga dpt result bagus ye abang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus Irfa... dia belajar tu dengan duit kita semua... - duit cukai yang di kutip dari kita rakyat M'sia setiap tahun... tul tak?

      Delete