Sunday, February 24, 2013

Tak datang tak tahu, shopping....

Cuci-cuci mata je... ratus-ratus pound harganya...
tak ingat nama shopping center ni, area Mable Arch,
Central London kalau tak silap.

Pejam celik... pejam celik... dah nak masuk bulan Mac. Rasanya baru je masuk tahun baru... tahun 2013... dan diam tak diam dah dua minggu aku kembali dari UK. Bila dikenang-kenangkan kembali... lama juga aku bercuti... sampai ada kawan-kawan di pejabat cakap... mengalahkan cuti orang kahwin... pun tak sampai lama macam tu... Dahhh, bukannya selalu dapat pergi, tambangnya pulak ribu riban...perjalananya berjam-jam... satu hari masa habis di situ saja... kalau pergi dua tiga hari... rugilah kan... alang-alang pergi biar puas dan berbaloi. Lagipun dah lama menyimpan hasrat... macam yang aku cakap... kalau tak kerana si abang tu study di sana... belum tentu aku lepas menjejakkan kaki ke kota London yang terkenal di kalangan kaki shopping tu.

Ramai juga yang bertanya, aku shopping tak di sana... malah sebelum berangkat  tu... ramai yang mengingatkan, "jangan lupa shopping, dia punya diskaun, gila-gila.." Terus terang, aku memang tak berminat untuk bershopping... Tujuan aku pergi tu pun sebab nak jumpa dengan abang selain dari memenuhi impian menjejakkan kaki di kota metropolitan tu. Aku tak bawak duit banyak pun... Bila si abang tanya, berapa banyak aku bawak duit, aku cakaplah sekian-sekian. Pun abang kata banyak... kalau untuk makan saja... jumlah duit yang aku bawak tu memang melebihi dari cukup sebab makan di London/UK terutamanya di Sheffield murah. Ya, setelah mengalami sendiri... aku akui memang murah.

Hasil minggu pertama.

 Murah 6 pound.

...dan apa yang terjadi sungguh di luar jangkaan... aku 'tershopping' macam-macam. Setiap kali keluar ada saja benda yang aku 'angkut' bawa balik. Sampai si abang cakap... "ha... membeli lagi. Berapa banyak mak bawak duit ni." Aku cakap souviner untuk diri sendiri. Dia ketawa dan cakap, "banyaknya souvenir untuk diri sendiri..." Dan setiap kali aku dan adik beli barang, kami akan cakap, souvenir untuk diri sendiri. Aku postkan gambar-gambar tu semua di FB, apa Ojet komen, "shoppinggggg je. Beli itula, inila. sakan btul, hehe." Mak lepas geram Dik Da..

Waktu aku masuk Waitrose supermarket di Sheffield, aku terjumpa satu breadmaker. Barang-barang letrik di situ murah-murah... setelah di convertkan ke RM pun masih murah lagi. Aku cakap dengan abang aku berkenan dengan breadmaker tu... abang cakap "macam mana mak nak bawak balik..." Hmm! nampaknya pendam jelah dalam hati impian untuk memiliki breadmaker tu. Betul juga kata abang, macam mana aku nak bawa balik... kalau hantar dengan kargo... tak berbaloi pulak... satu barang je. Tapi dalam hati masih memasang angan-angan ingin memilikinya.

Ketika balik semula ke London dari Sheffield, kesian kawan abang, terpaksa menolong mengangkat dan membawa barang-barang 'souvenir' aku tu. Yang kelakarnya, barang-barang tu aku isi dalam jumbo laundry beg... Dalam hati berkata-kata juga, macam mana nanti aku nak bawa sendiri ke airport agaknya... Beg pun dah 'beranak pinak'. Abang ada offer beg pakaian yang dia bawa masa nak 'fly' dulu. Besar beg tu... boleh isi semua barang-barang yang aku beli... jadi tak perlulah menjinjit dua tiga beg. Tapi masalahnya.. bila dah isi semua barang-barang termasuk baju-baju yang dibawa, beg tu dah terlebih berat... dah lebih 20 kg. Misinya tak boleh lebih 20 kg. Habis macam mana...

Malam sebelum balik ke Malaysia, aku repack semula barang-barang. Tertonggeng-tonggeng aku mengerjakannya. Bukak.. susun.. bukak susun... Adik yang memerhatikan aku terkekek-kekek ketawa melihat aku ber'puli-puli' menyusun semula barang-barang tu. Lepas tu aku berlatih pulak menarik dan mengangkat semua beg-beg tu... Macam mana gaya dan caranya aku nak berjalan turun dan naik tangga di setesen underground nanti. Handbag aku gantung kat leher... haha.. kalau you all tengok keadaan saya masa tu mesti korang ketawa pecah perut... Seboleh-bolehnya aku memang tak mahu ambil teksi untuk ke airport... sajalah nak adventure sikit...

Adik: "Haritu ke Bandung, tempat murah kau tak beli apa pun..."

Aku: "...ehhh! ini barang London.. (haha..) Baju-baju ni aku pakai masa di airport."

Adik: "Semua? Berlapis-lapis...baju-baju ni berat jugak ni."

Aku: "Haah! Kalau kat KLIA, lebih satu kg kena tambah RM100. Kat Heathrow tak tau berapa pulak... dalam pound tu.. so aku pegang je beg-beg ni bawak masuk dalam flight."

Adik: Macam mana kalau masa check-in tu, orang tu cakap dia tak nak timbang beg, tapi nak timbang dengan kau sekali... (ketawa bagai nak pecah perut).

Sampai airport, aku timbang dan repack lagi barang-barang dengan adik. Aku pakai baju dua lapis, sweater selapis dan trench coat. Boleh bayangkan rupa aku macam mana... nasib baik winter... kebetulan hari itu snow ada turun sikit-sikit... Akhirnya hand luggage aku lebih 10 kg tidak termasuk handbag yang juga ada macam-macam dalamnya. Dalam kapal terbang semua tukar, baju pakai selapis saja dan kasut pun tukar yang sesuai dengan cuaca di negara kita.

Itulah kenangan manisnya... tak datang tak tahu... tak sangka aku boleh tershopping sakan di London. Dan sesiapa yang nak ke London bershopping tu jangan lupa minta resit dan isi borang VAT. Kalau ada lebih duit syiling harga 2 pound dan 50 pence tu belanjakanlah di London. Sebab bila di airport duit tu dah tak sahlaku walaupun duit tu duit negara mereka.

18 comments:

  1. salam Sweetie
    aduh banyak nya shopping tu, memang best kan gila2 kalau kesana shopping tk hingat dunia lagi,tapi kalau time summer atau boxing day christmas tu mmg sales habisan2 tu akak sempat jugak pergi menunggu kat Westfield belum kedai buka dah tunggu kat luar haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. nampaknya kak Noor lagi dahsyat... tolong 'bukak kedai' sekali...kheh...kheh..kheh...

      Delete
    2. memang dasat tapi best dpt merasa cemana beratur sampai lenguh lutut kaki letih hahaa, pergi tak Westfield hari tu Sweetie, ada restoren jom makan orang Malaysia punya tu

      Delete
    3. Tak sempat kak Noor, lagipun saya jauh di Sheffield. Jadi saya banyak berjalan-jalan di Peak Districk... itupun tak habis rayau pun... tempat2 tu sungguh menenangkan fikiran. Saya bayangkan kalau pergi masa spring, summer ataupun autum mesti lagi cantik...

      Masa di UK saya tak berapa makan sangat kak Noor... Hati suka, perut pun kenyaaaang je... nanti kita cerita lagi dalam segmen 'tak datang tak tahu...' pasal makan pulak ya.

      Delete
    4. yg akak ni kuat makan pulak sbb sejuk kan makin berselera makan, lagipun umah anak akak tesco hari2 shopping barang suruh mama masak so apa lagi mama pun tumpang 2 kaki lah,add akak kat fb boleh tak??
      Noorian Dan Naim heee boleh msg kt sana

      Delete
    5. OK Kak Noor, tgh try ni nak masuk server FB... Internet slow sgt ni... Servernya tak dapat... asyik2 putus... try kat office td pun sama.... tunggu ya!

      Eh! Noorian ke Nooriah.

      Delete
  2. Sweetie...
    Walaupun kalut u mengendalikan brg2 shopping....u puas hati n happy kan.
    Teringat I masa ke sana dulu....dek kerana membeli pinggan mangkuk royal albert habis semua yg ikut trip dgn kami kena tlg bawak dlm hand luggage!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh happy Leez, aduhai... kawan2 dalam trip u tak bising ke? itu nasib baik mereka tak membeli juga... kalau mereka pun sakan juga macam u... habiss! sapa nak 'jawab' tu... tp I pun tak sangka boleh terbeli gitu sekali... Padahal sebelum berangkat tu dah janji dengan diri sendiri, xnak shopping!

      Nak minta tlg dgn adik I, dia pun sama... tp tak la sampai pakai baju berlapis-lapis... hehe.. kenangan betul la Leez.

      Delete
  3. Haha.sakit perut sy mmbygkan akak pkai baju berlapis dgn heret beg besar tu..adoi.
    Tp itulah kenangan ye kak
    syiling tu mmg xlaku so guna je buat beli air @ Fm.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ... dan panas... masa di Heathrow ok lagi, cuaca sejuk... tapi di luar la... kat ruang legar dan boarding areanya panas... berpeluh-peluh saya... tak tahulah org pandang saya macam mana... ya Irfa... pada saya kenangan tu mmg manis...

      Delete
  4. bestnya...shoping sakan, siap melancung tu jauh..lama menghilang tiba2 muncul..ok tq visiting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya melawat anak saya yg belajar di Universiti of Sheffield... sambil melancung Etuza.

      Saya selalu menjengah dan membaca n3 blog Etuza cuma tak tinggalkan jejak je...

      Delete
  5. Bak kata budak-budak muda sekarang:
    "Fuyooooh!" Hehe. Syoknya tengok tu Sweetie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat beli lagi syok ckLah... hati puas dapat memilikinya....

      Delete
  6. BACA ENTRY NI PUN DAH GELAK GULING2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huh! seksa tau Nieda... rupa saya pulak kelakar... kepala kecik badan besar, nak berjalan pun susah...

      Delete
  7. Salam.. Nk tnye,, awak ade pegi Meadowhall x? murah ke bj2 kt ctu? Tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Yat! Sorry saya baru jumpa komen awak ni.

      Ada pergi Meadowhall.. tak delah murah... kalau nak buat perbandingan standard dia macam kat JJ atau Sogo di M'sia ni.

      Delete