Wednesday, October 31, 2012

Top 10 Best Speaker in Manchester...

Header lama

Pernah seorang folower aku tanya, kenapa aku asyik cerita pasal abang saja. Yang lain-lain tu (empat girls kat header blog aku tu) macam mana. Mereka tak jealous ke? Part jealous tu memang aku tak boleh jawab. Kena tanya girls tu. Lebih-lebih lagi Ojet. Yang tiga lagi tu anak saudara. Apapun aku pasti mereka tahu kenapa aku asyik cerita pasal abang mereka.

Aku banyak bercerita pasal abang sebab dia suka buat surprise. Seorang yang bercita-cita tinggi, yakin dengan kebolehan diri dan sentiasa mahu grand (meminjam kata-kata abang, he..he..he). Dalam kehidupannya sehari-hari ada saja perkara-perkara baru yang dilakukannya. Kadang-kadang tu pada perkara-perkara yang tidak aku jangkakan. 


Abang bersama team Sheffield di Manchester.

Semalam, dia postkan di akaun facebooknya "I'm listed as the Top 10 Best Speaker in Manchester...." dari 112 orang yang bertanding. Wow! pada aku hebatlah tu sebab abang baru dua bulan belajar di universiti Sheffield. Masa malam raya hari tu abang ada call dan beritahu dia akan menyertai debate universiti di Manchester. Dan dia antara wakil universiti Sheffield ke pertandingan itu. Sejak dari zaman persekolahan debate memang aktiviti kegemarannya. Menurut abang hanya dia satu-satunya pelajar Melayu dalam pertandingan itu.

Selepas ini abang dan teamnya akan ke Cardiff pulak. Mereka akan tour seluruh England untuk debate dan juga bakal ke German juga for debate tidak lama lagi.

Begitulah kalau hatinya suka dan moodnya tip top dia akan memberikan yang terbaik walau dalam apa perkara pun.

(Nota mak: Abang! debate ok, tapi study jangan lupa. Mak nak study pun grand juga.)

Sunday, October 28, 2012

Tak Tahu Nak Buat apa..

Gelab di luar rumah. Tanda-tanda hujan akan turun. Buntu tak tahu nak buat apa. Nak beraktiviti di luar rumah cuaca pulak mendung.

 Orkid yang aku tanam dah mula berbunga.

Pagi tadi jiran sebelah hulurkan sebungkus daging korban. Sejak tinggal di kawasan perumahan ini aku tak pernah dapat daging korban. Ini pertama kali. Dah cuci dan bersihkan aku simpan dalam peti ais. Tak tahulah nak masak apa. Banyak juga. Terima kasih!

Seminggu ni aku ada teman di rumah, Ojet. Dapatlah borak-borak walaupun dia nampaknya sibuk menyiapkan assigmentnya.

Ni salah satu buku yang abang minta aku postkan pada dia.

Dua hari lepas kami sempat skye dengan abang. Dan abang minta aku postkan beberapa buah bukunya ke UK. Dia dah pilih beberapa tajuk. Nilah aku tengah berkira-kira macam mana nak bungkus buku-buku ni. Ada empat buah semuanya. Tebal-tebal pulak tu. Entah berapa ringgitlah pulak kena stemnya ni. Haii!

Friday, October 26, 2012

Kari Daging Rempah Ikan...

Salam dan Selamat Hari Raya Aidiladha! Aku sedikit sedih. Rumah macam sepi, sunyi dan lengang. Untuk kali pertamanya aku berasa abang berada sangat jauh dari aku. Memang jauh pun.

Ketika memasak untuk juadah raya, ingatan sentiasa pada dia. Dia gemar makan dan suka memuji kalau apa yang aku masak tu sedap. Pernah dia talipon ketika sedang makan pie. Penuh je kedengaran mulutnya mengunyah. Aku tanya makan apa dan sedap ke? Abang kata makan pie. "Pie yang selalu mak buat tu tapi  rasanya tak sesedap yang mak buat". Bila dipuji begitu rasa kembang je diri ini. 

Untuk raya korban kali ni aku sekadar memasak pulut, rendang ayam, roti jala dan kari daging. Tak ada yang istimewa pun. Cuma ketika nak masak kari daging untuk dimakan dengan roti jala tu aku teringat kisah masa bulan puasa lepas. 

Roti Jala dan kari daging. Antara menu raya hari ini.

Kisahnya, aku nak buat kari daging, tapi rempah kari daging tak ada di rumah yang ada cuma rempah kari ikan. Si abang pun cadangkan masak je kari daging tu dengan rempah kari ikan. Ok, sedap!

Tadi bila nak masak kari daging aku gunakan rempah kari ikan. Tak ada sesiapa pun yang komplen, Kakak dan adiku kata sedap.

Friday, October 19, 2012

Puding favorite anak-anak....

 Ini puding favorite anak-anak, Puding Cinta aka Puding Karamel.

Puding Roti Karamel yang pecah. Silap sendiri, 
aku terbalikkan masa masih panas. Untuk mencantikkannya 
semula aku hias dengan potongan buah peach. 

...dan seminggu lagi Raya Korban. Dalam fikiran mula berkira-kira nak masa apa. Menunya dah tentulah yang menjadi kesukaan anak-anak. Tapi raya korban kali ni hanya Ojet saja yang balik. Abang tak mungkinlah balik sebab dia baru saja sebulan di UK, jadi aku kena fikirkan yang menjadi kesukaan Ojet.

Tuesday, October 16, 2012

Demi Anak-anak...


Tidak tahu apa yang mendorong aku hari ini, tiba-tiba buat keputusan untuk ambik dua polisi insurans. Setelah menyaksikan seorang rakan pejabat menerima sejumlah pampasan yang di ambil untuk isterinya yang ketika ini sedang menerima rawatan kanser.

Menyaksikan itu, aku terus terkenangkan anak-anak terutamanya Ojet yang ketika ini sedang menuntut di universiti tanpa tajaan atau biasiswa. Andai kata aku pergi dulu atau hilang upaya untuk bekerja dalam waktu Ojet masih belajar, bagaimana nanti. Aku tidak mahu pengajiannya tergendala di tengah jalan. Doaku padaNya, janganlah itu terjadi. “Lanjutkanlah usiaku, sihatkan tubuh badanku, aku ingin menyaksikan kejayaan anak-anak!.... Aminnnn!”


Sebelum ini pandangan aku terhadap polisi insurans agak ‘teruk’ dan berbagai. Agak negatif! Kenapa nak ambil polisi insurans sedangkan kita boleh menyimpan setiap bulan. Jika ada ejen insurans yang datang cepat-cepat aku kata 'tidak". Curiga dan fobia seolah-olah mengharapkan sesuatu yang buruk berlaku. Oh! minta dijauhkan semua itu.

Tapi keputusan hari ini bukanlah bermakna semua yang aku fikirkan selama ini tentang polisi insurans sudah positif. Tidak! Aku lakukan demi anak-anak! Ya, demi anak-anak!

Friday, October 12, 2012

Kenapa nak belajar di luar negara?...


Bagi lepasan SPM, mendapat peluang dan tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara adalah satu bonus selepas berhempas pulas mengulangkaji pelajaran dan tanpa jemu untuk mencapai strait A’s.

Itu jawapannya bila di tanya kenapa memilih universiti luar negara. Tidak dapat dipastikan sejak bila dia menyimpan hasrat itu. Siapa yang mendorongnya kearah itu juga tidak aku ketahui. Yang aku tahu, sebaik saja dia mendapat 8A dalam PMR, dia berharap akan mendapat tempat di mana-mana MRSM. Katanya, hanya di MRSM saja impiannya untuk keluar negara bakal terlaksana. Tidak pulak aku tanya, kenapa dan bagaimana.

Apabila nama-nama pelajar yang ditawarkan ke MRSM di umumkan, namanya tidak tersenarai. Dia kecewa. Ejekan dari kawan-kawan menambahkan lagi kecewanya dia. Melihat dia kecewa aku juga turut kecewa, bagaimana aku terpaksa menghadapi situasi itu, dimana dia menangis dan memaksa aku memindahkannya ke sekolah lain. Apa yang dapat aku katakan padanya saat itu, "sabar! Sedangkan aku sendiri tidak tahu bagaimana aku mahu melakukannya untuk memenuhi impian dan cita-citanya.

Tika itu aku runsing dan susah hati dengan apa yang dilaluinya. Aku takut dia patah semangat dan hilang keyakinan diri. Apa yang mampu aku lakukan saat itu hanyalah berdoa agar ketika pengambilan kedua dijalankan, namanya akan tersenarai.

Syukur! untuk sesi pengambilan kedua pelajar ke asrama namanya terpilih masuk ke salah sebuah sekolah SBP (link).  Pada hal dia tidak pun mengisi borang untuk ke SBP. Dia kembali bersemangat dan berazam untuk melakukan yang terbaik. Alhamdulillah, dia berjaya..

Sebaik saja keputusan SPM (link) diumumkan, cita-cita untuk 'fly' tu kian bersemarak. Terkenang bagaimana kami sama-sama mengisi borang permohonan secara on line itu di pejabat aku. Kami berteka-teki, MARA ke JPA. Akhirnya kami sama-sama sepakat memilih JPA. Sebab frust tak dapat MRSM. Adalah alasannya di situ. He..he.. karut!

Tidak tahu bagaimana perasaan dia menunggu jawapan permohonan itu, tapi yang pasti aku paling berdebar. Pada hari pengumuman itu dibuka, aku lah yang paling exited sangat...dan dia terpilih untuk jalani sesi temuduga di PICC Putrajaya. Kerana terlalu gembira aku sanggup meredah kesibukkan waktu lunch untuk balik kerumah semata-mata nak beritahu dia tentang berita itu. Padahal boleh talipon saja.

Ya, kalau difikir-fikirkan balik macam-macam juga yang dilalui abang sebelum impiannya untuk belajar ke luar negara terlaksana. Bagaimana pada hari interview, pak ngahnya meninggal. Kemudian pada hari keputusan diumumkan, nama abang tidak tersenarai. Sekali lagi dia kecewa. Aku juga kecewa dan risau dia patah semangat.

Tiap detik aku sentiasa berdoa pada-Nya agar tiba-tiba datang keajaiban. Hmm! ya, siapa sangka memang keajaiban itu betul-betul terjadi. Aku baru balik dari Sungai Petani, bila surat dari Bahagian Penganjuran Pendidikan Mara sampai. Kami mengisi borang JPA tapi tawaran MARA pula yang tiba. Dan berita gembira (link) itu aku beritahu padanya yang ketika itu sudahpun sebulan belajar di Pusat Asasi Universiti Malaya (PASUM).

Alhamdulillah! kini dah hampir sebulan abang berada di UK, setelah dua tahun mengharung segala macam dugaan dan cabaran sebelum layak dihantar belajar ke universiti luar negara. Apa yang aku perhatikan tentang abang ini ialah, pantang dicabar atau diperlekehkan. Jika ada orang yang melakukan itu padanya dia akan berusaha membuktikan kebolehannya. Bila diberi peluang, dia akan bersungguh-sungguh dan tidak mensia-siakan peluang yang diberi. Itulah dia, anak lelakiku yang aku panggil Abang!

(nota mak: Doaku agar abang sentiasa gembira, bersungguh-sungguh, tidak leka dengan keindahan dan keseronokan tempat orang, tiada lagi kecewa dan pulang dengan kejayaan!)


Monday, October 1, 2012

Aku sedang 'bahagia'...


Saat ini berita yang paling aku tunggu-tunggu adalah berita dari anak-anak! Dan aku paling seronok kalau dapat mesej, talipon atau sms dari mereka.  Kerana itu aku sekarang ‘berhantu’ dengan facebook. Boleh dikatakan saban waktu aku sentiasa on dengan laman sosial tu. Kalau talipon berdering aku akan bergegas menjawabnya. Tidur pun jadi tak berapa nak ‘lena’. Ha! ha!

Permata hatiku.

Aku suka dengar kalau anak-anak talipon beritahu, mereka happy dengan course yang mereka pilih. Mereka ‘berseronok’ dengan persekitaran mereka. Padaku ini adalah sedikit bahagian daripada faktor yang menyumbang kepada kejayaan. Sedikit tapi memberi kesan yang banyak.

Di dalam kuliah mereka sering memberi pendapat dan diri sering menjadi tempat rujukan kawan-kawan sealiran. Lecturer pula suka bertanya dan meminta pendapat dari mereka. Aku dapat rasakan mereka selesa dan amat memahami apa yang sedang mereka pelajari. Getaran di jiwaku seakan memberitahu, "mak, kamilah yang paling pandai sekarang!" Sepertinya kejayaan itu boleh digapai dengan mudah. Jangan blame aku dengan entry yang agak mengangkat diri sendiri ini. Aku tidak dapat menipu diri aku sendiri dan mengatakan yang aku bahagia dengan pencapaian anak-anakku.

Rasanya tiada apa yang aku harap dari mereka tika ini selain dari menanti kepulangan keduanya, Abang dan Ojet kepangkuan ku tiga tahun lagi dengan segulung ijazah kelas pertama. Aku memang menaruh harapan di situ. Sungguh!


Temanku, komputer riba pemberian dari anak lelakiku si Abang 
sebelum dia berangkat ke UK aritu. Sebenarnya komputer ni adalah 
hadiah dari aku untuk Abang masa  dia dapat 9A dalam SPM. 
Kini dia hadiahkan balik pada aku sebab dia dah dapat 
yang baru dari penajanya.