Thursday, November 12, 2015

Sejuknya air Lautan Atlantik...

Selepas kejadian di Glen Moriston kami semakin berhati-hati. Apabila berhenti masing-masing akan sentiasa mengingatkan tentang untuk menarik handbrake.

Skye Bridge yang menghubungkan antara tanah besar 
Scotland dan Isle Of Skye. Jambatan ini juga melalui satu 
pulau kecil yang terletak antara Isle Of Skye dan 
tanah besar. Ada rumah api di situ.

Lewat petang... sedar tak sedar kami telahpun berada di atas skye bridge. Jambatan yang menghubungkan antara tanah besar Scotland dan Isle Of Skye. Tinggi dan panjang jambatan yang merentasi Loch Alsh ini dimana airnya mengalami pasang surut ekoran kedudukan Isle of Skye ini di kawasan perairan Lautan Atlantik Utara.

Owh! seakan rasa dalam mimpi... Aku telah melangkaui tanah besar Scotland dan Britain dan sampai di kawasan kepulauan Isle. Ada banyak pulau-pulau terpencil lagi tapi kami cuma sempat berada di Isle Of Skye... pulau yang paling besar dan paling hampir dengan tanah besar. Lagipun kalau untuk ke Isle of Harris, Isle of Lewis dan Uist dah tentu tak sempat dan kena bermalam di Isle Of Skye kerana kedudukannya jauh ketengah dan terpaksa menaiki bot.

Di belakang... Kapal kaca Atlantis yang membawa 
pelancong yang ingin menyaksikan hidupan laut.

Pada awalnya sebelum datang ke Scotland memang kami cuba cari hotel di sekitar Portree tapi semuanya sudah penuh. Ini kerana  Skye adalah salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Scotland dan pernah dinobatkan sebagai pulau keempat terbaik di dunia oleh majalah National Geographic.

Aku memanglah berangan untuk berjalan-jalan di pantai-pantai Scotland. Menyaksikan pelbagai habitat hidupan liar seperti burung laut, singa laut, ikan lumba-lumba dan paus. Merayau-rayau di Coastal Townnya. Malah Scotland memiliki beratus-ratus pulau terpencil, masing-masing mempunyai landskap yang unik kesan-kesan geografi purba akibat hakisan ombak. Dan di sini terdapat satu kolam yang di panggil Fairy Pools yang terletak di kaki gunung hitam Cuillin.

Pelancong yang ingin menyaksikan kehidupan laut pula akan di bawa dengan menaiki kapal Atlantis ke satu kawasan di mana terdapatnya hidupan liar ini. Ada harga yang di kenakan mengikut tempat yang ingin di lawati. Penumpang akan turun dan duduk di bahagian bawah kapal yang di perbuat daripada kaca dan dapat melihat seluruh pemandangan di dasar laut. Malah di bawa juga melihat kawasan dan kapal karam pada Perang Dunia ke 11.

Loch Alsh mengalami pasang surut kerana 
ia bersambung dengan Lautan Atlantik.

Kyleakin coastal town.

Rumah-rumah kediaman di kaki bukit 
dan menghadap ke laut.

Ketika kami sekeluarga berhenti di Kyleakin hujan rintik-rintik. Bukak saja pintu kereta angin sejuk menerpa. Anak-anak berlari ke gigi air. Mencelupkan kaki dan merasai kesejukkan air Lautan Atlantik. Sejuknya seperti air yang kita simpan di dalam peti ais.

Kerana hari telah lewat petang, kami tidak lama di sini. Kami harus pulang semula ke Edinburgh. Kedudukan Edinburgh dengan Isle Of Skye ini memang jauh. Jauh perjalanannya seperti jauhnya perjalanan ketika kami dari Sheffield ke Edinburgh. Macam tulah lebih kurang. Untungnya ketika ini musim panas jadi waktu siangnya lebih panjang. Tapi kedai-kedai dan premis perniagaan tetap di tutup pada pukul lima petang. Ketika aku dan abang masuk ke satu-satunya restoran yang ada di sini, pelayan restoran memberitahu mereka hampir menutup perniagaan. Cadangnya kami ingin makan seafood. Bila mereka kata perniagaan mereka hampir tamat kami masuk ke cafe yang terletak bersebelahannya.

(nota mak: Kalau menang loteri aku ingin datang lagi ke Isle Of Skye ini... khahah!)

22 comments:

  1. lautan atlantik walau sejuk airnya tapi masin juga kot...nampak pantainya berbatu xberselut r berpasir cantik sekali suasana alamnya...ada rezki bolehlh ke sana lagi xpayah nk tunggu menang loteri sweetie heh..heh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ya PI... terlupa pulak nak rasa... hehheh... Kat area saya pergi ni pantainya berbatu kalau pergi jauh sikit di bahagian utara atau sebelah barat pantainya berpasir halus dan gebu. Dan di setengah2 bahagian bertebing tinggi dan tak ada pantai.

      Kalau kumpul duit gaji, setahun mengumpul baru lepas duit tambang je PI... tulah harap2 menang loteri... hehhehe..

      Delete
  2. untungnya yang buat rumah kat situ..hari2 rasa tenang je lihat pemandangan macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemandangan keliling2nya cantik Diana... tapi mak ni tak expert, tak pandai dan cuma guna kamera cap ayam je... jadi itu jelah skop yang berjaya di abadikan. Tapi ada tengok satu iklan tu... house utk dijual... dalam 170 ribu pound.

      Delete
  3. Sweety tak naik ke kapal kaca tu?....bestnya dapat tengok hidupan laut depan mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak saniah... kami sampai ni dah petang sangat... itu yg frust tu... kami kena balik cepat ke Edinburgh semula sebab takut kalau dah gelap nanti sesat barat pulak di kawasan highland tu.

      Delete
  4. mau bgun tido bungkus badan, makan, lepas tu tido balik..sejukkk
    gemuk la duduk sn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak mandi pun 'segan' hehehhe... sungguh Zie, sejuk sangat padahal summer time ni... bahang panas pun tak rasa.

      Delete
  5. Kalau saya mesti bercinta nak mandi bila cuaca sejuk mcm tu, tp mmg seronok dpt pengalaman berjalan ke tempat orang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama aryan.. bukan setakat 'becinta' nak mandi... nak bukak selimut pun 'takut'

      Delete
  6. ayat last tuuu., camane mak nak menang loteri kalo mak tak beli ., mak kannns ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manalah tahu kot-kot dapat dalam peraduan gores dan menang.. hehhehe

      Delete
  7. membaca catatan sweetie ni.wahhh seronoknya.ky berasa nak menyimpan impian untuk kesana..tapi tercapai ke impian tu nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kakyon... kalau hasrat dah ada mesti impian tu tercapai.

      Delete
  8. bila bercuti lama di sana , satu London boleh terokai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan selalu boleh datang ke UK ni Nieda... Sementara tempat tinggal masih 'percuma' ni... baik ambik peluang ni sebaik-baiknya.

      Delete
  9. Replies
    1. Lia, dapat tengok-tengok negara orang terutama negara yang tak sebenua dan tak semusim negara kita... pemandangannya lain dari yang sering kita lihat di negara kita.

      Delete
  10. Damainya...boleh release stress 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rafidah tentu dah puas berjalan dan tengok tempat-tempat macam ni kan...

      Delete
  11. bestnya deskripsi ttg Isle of Skye..mesti cantik...tapi yang tak best..hari masih terang benderang tapi kedai2 banyak dah tutup..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isle of Skye ni tak sibuk... kenderaan mmg tak banyak... pelancongan di sini menawarkan scenery yg cantik termasuk di pulau-pulau lainnya... sebab tu mereka galakkan kita berjalan kaki saja... kalau ingin melancong di sini elok duduk dan bermalam di Portree.

      Delete