Sunday, November 8, 2015

Kalau tak di kenangkan...

Penatnya usah cerita. Separuh hari kami menghabiskan masa di Royal Mile dan kawasan-kawasan sekitarnya. Masing-masing pun dah berpecah-pecah. Aku berjalan dengan Ojet. Abang pulak dengan umminya. Menyusur sepanjang kaki lima kedai. Keluar masuk... Rasa macam nak beli semua barang yang di tengok. Kalau tak dikenangkan pasal nilai ringgit yang kian ‘jatuh’... tak tahulah. Macam-macam ada. Dari kasut, beg, baju, payung dan macam-macam lagi... semua ber'trademark'kan corak pakaian Scotland tu. Cantik-cantik.

Gerai Malaysia. Ada sate, laksa, 
rojak dan macam-macam lagi.

Pelabuhan Leith waktu malam. Kelihatan kapal-kapal 
besar sedang berlabuh. Ocean terminal ini cuma di hadapan 
homestay yang aku duduk.

Aku juga di sapa oleh sorang lelaki kulit putih... dengan ucapan ‘assalamualaikum!’ Begitu fasih sekali. Kami berbual-bual sekejap. Katanya dia pernah datang ke Malaysia. Pergi Cameron Highland, Taman Negara dan singgah di Menara Berkembar Petronas. Seronok dan bangga aku bila dia memuji tentang keindahan Malaysia.

Ketika sedang leka mengambil gambar aku tercium bau yang sedap sangat. Rasa-rasa macam ‘kenal’ je dengan bau tu. Tapi aku buat tak endah saja. Bila berpaling ke belakang rupanya gerai-gerai yang menjual makanan sempena fringe festival tu. Dan betul-betul di belakang aku gerai Malaysia yang menjual laksa. Mula-mulanya teringin sangat nak makan tapi ntah kenapa bila tengok peniaganya lelaki China aku tak jadi beli. Takut tak halal...

Nampak macam 'grand' sangat... tapi cuma gulai sardin.

Hidangan ringkas yang sempat aku sediakan untuk
makan malam setelah seharian berjalan.

Sebelum balik ke homestay aku singgah di mini market. Masing-masing dah mengeluh lapar. Malam tu penat-penat pun memasak jugak. Mungkin kerana terlalu letih berjalan... malam aku tak boleh tidur. Seluruh badan sakit-sakit. Kaki rasa lenguh-lenguh. Entah dari mana datangnya idea... aku rendamkan kaki dengan air suam di dalam bilik air. Aghhh!

Merendamkan kaki dengan air suam dalam bathtab.

18 comments:

  1. nmpak mcm sotong kering gulai tu, jauh nou tersasarnya, hahah

    rendam kaki dgn air suam sedapnya sweetie..dpt relexkan minda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana nak cari sotong kering kat Edinburgh ni Zie... Kalau adapun tak 'sempat' nak memasaknya.

      Rendam dalam bathtab ni boleh banyak-banyak sikit airnya... bila dah sejuk buang dan bukak paip air panas semula... hehhehe

      Delete
  2. JAUH SGT MERONDA-RONDA TU SAMPAI KAKI PENAT N LETIH...MUJUR DPT ILHAM MERENDAM KAKI DLM AIR SUAM...TENTU LEGA RASANYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maunya tak penat PI. Keadaan tanah dan permukaan bandar Edinburgh ni berbukit-bukit. Ada kalanya mendaki dan kemudian menurun. Orang pulak ramai... Kereta pulak parking jauh... itu yang buat letih. Memang lepas rendamkan kaki dlm air suam tu rasa lega.

      Delete
  3. Dapat makan gulai sardin memang grandlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni makanan orang dalam musafir mama aryan... seperiuk masak nasi habis... anak-anak memang suka sardin dari kecik-kecik lagi.

      Delete
  4. Replies
    1. Strawberry di UK mmg besar-besar dan manis Nieda... Saya satu family mmg suka.. apalagi sepanjang sebulan di UK... itulah jelah buah yang selalu saya beli.. murah. Satu peket cuma 1 pound.

      Delete
  5. hi sis ☺
    I'm newbie and please support me
    hv a nice day~♥~
    smartiesmoo.blogsport.kr

    ReplyDelete
  6. badan penat, dapat makan nasi panas dgn gulai sardin pun mesti berselera...kalau ada kicap lg best kan..

    berendam dlm air suam, memang dapat melegakan otot2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuaca pun sejuk time ni di Scotland, walaupun summer. Memang sedaplah makan. Adaaaa kicap... siap bawak dari M'sia, Nohas.

      Delete
  7. syok nya jadi sweetie kan, kuat ingtan kalau kaknoor dah lama balik mmg lupa semua.. kaknoor sarankan buat la buku mengenai travel ni sweetie haha kann

    kaknoor pun pernah disapa jugak oleh omputih masa di bath dulu( haha tk mau kalah jugak ni)
    siap ckp assalamualaikum lgi, mmg dia pernah kerja malaysia jugak ktanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah apalah sangat travel saya ni kak Noor.

      Ai! kita kan 'wartawan' mustilah kena kuat ingatan dan buat catitan setiap apa yang di buat... kalau tak macam mana nak menulis.

      Rasa seronok bila ada omputih atau orang luar yang tahu ttg negara kita... saya mcm tu kak Noor.

      Delete
  8. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  9. seronoknye jalan2.. walaupun penat tapi mesti rasa puas ati kan :)

    http://prettyvrach.blogspot.my/2015/11/review-breena-beauty-luxe-brush.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai puan doc! sudah semestinya... bukan selalu dapat merasa begini kan... 'Meronda' sampai lelah! hehehhe...

      Delete