Tuesday, November 17, 2015

Menunggu dan mengintai Nessi...

Sama ada ianya benar atau fiksyen atau sekadar mitos. Selain daripada wiski, bagpipe dan kilt ia juga merupakan satu tarikan ke kawasan tanah tinggi Scotland malah terkenal ke seluruh dunia. Di katakan menjadi penghuni Loch Ness setiap pelancong yang datang pasti mengharapkan kelibatnya.

Beginilah rupa nessi menurut gambaran penduduk 
tempatan yang dikatakan menghuni Loch Ness.
(Pix pinjam Google)

Di kelilingi oleh gunung-gunung... Loch Ness paling
panjang dan dalam di antara puluhan tasik yang terdapat di kawasan 
highland ini. Airnya juga sangat jernih.

Salah seorang pemburu Nessi.. hehhehe... 

Selama 70 tahun ‘pemburu’ tidak berhenti-henti dan berputus asa mencarinya. Malah satu dokumentari mengenainya di terbitkan pada tahun 2003 dan usaha itu dijalankan oleh satu pasukan penyelidik yang ditaja Perbadanan Penyiaran British (BBC). Seluruh tasik di rayau menggunakan sonar dan navigasi satelit.

Malah terdapat sekumpulan orang-orang yang yakin tentang kewujudannya telah memohon satu undang-undang bagi melindunginya. Walaupun hanya sekadar simbolik pelancongan. Loch Ness adalah satu tasik yang memiliki keindahannya yang tersendiri. Paling dalam di antara tasik-tasik yang terdapat di tanah tinggi ini dan panjang. Di penuhi berbagai jenis ikan, belut dan hidupan bawah air lainnya termasuk seekor raksaksa/dinosour yang di panggil Nessi oleh penduduk tempatan.

Digambar sebagai haiwan gergasi yang berleher panjang dan menurut mitos gereja Katolik... kononya ia pernah mengancam seorang lelaki di Sungai Ness. Walaupun ia sekadar catatan untuk mengiakan tentang kewujudan binatang itu.

Mengintai-ngintai nessi.

Bersedia dengan kamera untuk mengambil 
gambar nessi kalau ia timbul. Hehehheh..

Tidak susah untuk mencari lokasi Loch Ness ini. Tanyalah pada penduduk tempatan sekitar perkampungan tanah tinggi Scotland ini. Pasti mereka akan tunjukkan arahnya. Walaupun hari telah lewat benar tapi aku dan keluarga masih berlegar-legar di kawasan highland ini dan berharap untuk bertemu dengan Nessi yang di gembar-gemburkan sekian lama.

Dari Invermoriston akan jumpa simpang, kiri dan kanan. Kedua-duanya boleh ikut kalau hendak ke Loch Ness kerana kedua-dua simpang dan jalan ini menyusuri tebing Loch Ness. Satu simpang menghala ke Fort Augustus. Satu pekan kecil yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang ingin bermalam di kawasan ini dan jeti bagi yang ingin menaiki bot untuk bersiar-siar di atas Loch Ness. Satu simpang lagi menuju ke urquhart castle. Dari urquhart castle ini pemandangan ke Loch Ness sungguh cantik. Anginnya segar dan sejuk sekali.

Urquhart castle yang menghadap 
ke Loch Ness... hanya tinggal runtuhan.

15 comments:

  1. Replies
    1. Ambik gambar dulu dan buktikan pada 'donia' saya orang pertama yang menemuinya... lepas tu apa lagi cabut lari la Nieda...

      Delete
  2. pernah tengok nessi dalam satu filem omputih..

    mungkin betul ada tapi susah untuk dijumpa agaknya kan, kalau nessi muncul masa swetie dekat situ mesti seronokkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe... mama aryan percaya ke nessi ni ada. Saya rasa ia sengaja di ada-adakan untuk menarik pelancong ke sini. Dalam The Inverness Kuries melaporkan kocakan air yang di lihat hanyalah dua ekor itik berlaga.

      Tapi kalau ia muncul masa saya ada kat situ tentulah seronok dan barangkali saya jadi terkenal seluruh dunia sebagai saksi kewujudan nessi.

      Delete
  3. cantiknya tasek ni..cerita dinosor yg tinggal di tasek ni mmg femes...mungkin ada kebenarannya hanya Allah yg mengetahui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah PI. Beberapa tahun sudah kecoh lagi tentangnya... Kata pernah muncul lagi tapi belum ada sesiapa yang terserempak dengannya.

      Delete
  4. Tenang aje airnya pemandangan pun cantik. Siapa tahu satu hari ia muncul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan-kawan saya ada jugak yg bertanya... masa ada di Loch Ness ni ada tak rasa seram-seram dan takut. Kalau ada.. itu tandanya 'benda' tu mmg ada lah... hehhhe... tapi saya tak rasa apa-apa pun... siap bukak kasut dan meredah air tepi2 tasik tu. Sejukkkkk!

      Delete
  5. Kalau ia betul2 muncul depan mata ,sanggup ke sweety tunggu....hihii
    Menakutkan tu.
    Mungkin juga lagenda tasek tu agaknya seperti pulau2 di langkawi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan saya dah pegang kamera tu Saniah... snaplah gambar lepas tu apalagi... cabutlah... hehhehe..

      Boleh jadilah... cuma mitos je...

      Delete
  6. ada filem citer omputeh Nessi ni, sy layan cte ni smpai habis. Tak tahu pula ia sebuah cerita dongeng @ lagenda dan kewujudan tempt ni..best kan sweetie dpt jln sampai sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak tengok citer tu Zie... tapi keinginan saya untuk dtg tempat ni bila membaca satu berita yang keluar beberapa tahun sudah tentang kewujudan nessi ni... Terlanjur dan sampai tanah tinggi Scotland ni... cari jugaklah tempat ni.

      Delete
  7. setenang-tenang air di tasik, jgn sangka takde Nessi..hihi..Loch Ness ni memang sangat popular...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nohas pun percaya ke nessi ni wujud? hehehhe... tipu je omputih ni... mereka-reka cerita utk mempublisitikan Loch Ness ni.

      Delete
  8. Hai Diana... terpengaruh jugak ye... hehehhe...

    ReplyDelete