Thursday, January 31, 2013

London sama macam KL...

Ikut abang balik ke Sheffield.

Menukar train dari Hammersmith di sini untuk 
ke Victoria station.

"Boleh ke duk ramai-ramai dalam satu bilik?"

"Seludup la... buat tak tahu je..."

"Abang bawak tak sleeping beg?"

"Bawak..."

He..he.. Selamba je aku 'angkut' abang masuk bilik aku malam tu... tak kuasalah nak booking lagi satu bilik. Lagipun nak tidur semalam je pun... Esok pagi-pagi dah nak keluar dan ikut abang balik ke Sheffield. Sebenarnya memang aku dah rancang dari Malaysia pun nak kongsi je bilik dengan abang bila dia datang jumpa dan ambik aku di London. Nak jimat belanja. 

Malam tu kami berempat (aku, adik, abang dan kawannya) satu bilik. Pihak hotel tahu dan nampak abang dan kawannya menumpang di bilik aku tapi mereka tak tegur pun... esoknya waktu nak check out baru mereka beritahu... sebenarnya tak boleh... Alasannya bilik rosak dan kotor kalau masuk ramai-ramai... eleh... nak tidur je pun.

Mulanya memang nak stay semalam lagi di London... tapi abang beritahu salji masih lebat di Sheffield... awal-awal lagi masa di M'sia aku dah cakap dengan abang... aku nak tengok salji... jadi aku ambik keputusan ajak abang balik ke Sheffield... di London salji sudah cair waktu aku sampai... alang-alang dah datang masa winter... tentulah aku nak main salji. Abang pun tak suka sangat duduk lama-lama di London... bising katanya. "Abang dah duduk KL, bising dan sibuk... London ni samalah macam KL... abang suka duk di Sheffield... tenang dan tak sibuk macam London."

Lepas serahkan kunci... kami berempat naik train di Hammersmith dan turun di Green Park untuk menukar train menuju ke Victoria station, Central London. Dari stesen Victoria, kami menaiki bas untuk ke Sheffield. Aku ikut saja... semuanya abang yang cadang dan uruskan. Sementara menunggu bas bertolak... kami berempat berjalan-jalan kawasan sekitarnya dan membeli souviner untuk di bawa balik ke M'sia nanti.

Dalam bas aku duduk sebelah abang... ketika dia terlena di tempat duduknya aku pandang abang dengan perasaan kagum.. terharu dan bangga... dalam hati berkata... masa kecilnya dulu aku yang dukung dan pimpin tangannya bila berjalan kemana-mana... sekarang dia pula pimpin dan bawak aku berjalan di sebuah negara lain... yang amat asing dengan bahasa yang lain dan yang tidak pernah aku jejak...

Hari dah gelab waktu kami sampai di Sheffield...

Ketika bas berhenti di Chesterfield, salji memutih 
di kiri kanan jalan.

Highway menuju ke Sheffield. Dari London ke Sheffield 
masa perjalanan lebih kurang 5 jam.

Wednesday, January 30, 2013

..dan rindu pun terubat...

Waktu yang ditunggu-tunggu tiba juga... abang talipon dan beritahu dia dah sampai dan sedang menunggu aku di hotel dengan kawannya. Apalagi kami (aku, adik dan Adrian) bergegas ke train station untuk kembali semula ke Hammersmith. Tak sempat berposing di Parliment House... lagipun badan dah sejuk sangat sebab dah beberapa jam kami berada di luar dan terdedah pada cuaca sejuk... yang paling tak tahan sekali bila angin bertiup...kuat pulak... seakan-akan nak terbang dibuatnya. Hidung dan pipi aku jadi merah dan kebas.

Yang sentiasa dirindui...

Sebaik saja turun dan keluar dari bangunan station Hammersmith... kami berlari-lari menuju ke hotel... dari luar tingkap aku dah nampak abang... aku dan adik berlari masuk... dan kami berpeluk-pelukan.. aku macam nak menangis... "mak rindukan abang!" Pekerja hotel, Adrian dan kawan abang Farhan memerhatikan gelagat kami sambil tersenyum.

Selepas meletakkan beg pakaian abang dan Farhan di bilik.. kami berlima keluar makan malam bersama di restoran yang berhampiran...seharian berjalan sampai makan tengahari pun terlupa... lagipun perut tak rasa lapar... kesian Adrian yang tak makan seharian dan terpaksa balik lambat ke rumahnya di Southampton.

Adrian.. yang menemani dan membawa
meronda-ronda kota London.

Makan malam kami Fish n Chips... sungguh sedap 
dengan tartar sos, green pees paste dan kentang goreng. Untuk 
lima orang makan cuma 34.97 pound - jangan convertkan 
ke dalam ringgit... nanti pengsan...

Tuesday, January 29, 2013

Hari Pertama di London...

Pagi hari pertama di London... malam pertama sampai memang aku tidur lena habis sampai tak perasan pintu bilik tidak berkunci sampai pagi... bila bangun waktu nak ke bilik air baru sedar pintu tak berkunci. Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku... macam mana aku boleh terlupa nak mengunci pintu...

Bunga-bunga segar yang dijual di station Hammersmith...

Suratkhabar percuma... boleh dapat 
di setiap station.

Walaupun suhu 2 darjah celcius tapi aku tetap mandi dan bersiap-siap untuk memulakan langkah pertama di kota London... Hari ini nak bertemu seseorang... siapa lagi kalau bukan si abang... tapi temu janji kami pukul 4 petang sebab dari Sheffield abang akan terus ke Heathrow untuk menjemput kawannya yang akan sampai dari Egypt. Untuk melengah-lengahkan masa dan menenangkan hati aku keluar berjalan-jalan sekitar Hammersmith... kemudian menaiki train untuk ke Central London.

Tapi hari ini aku sudah ada teman, adik dan kawannya Adrian, seorang lelaki Inggeris yang berjanji akan membawa kami (aku dan adik) meronda-ronda kota London. Sebenarnya Adrian ni pernah bekerja di Malaysia dua tahun lepas dan dia juga sudah mengenali seluruh keluarga aku... dan juga baik dengan Ojet. Malah dia banyak membelikan buku-buku tesl untuk Ojet masa Ojet buat Asasi tesl di UiTM.

Tempat pertama yang kami tuju sudah tentunya Buckingham Palace... tapi sayangnya kami tak sempat tengok upacara pertukaran pengawalnya... sebelum sampai ke Buckingham tu sempat juga kami menyinggah di beberapa tempat menjual barang-barang souvenir...tapi aku cuma tengok-tengok saja... lagi pun tujuan masuk ke dalam kedai tu cuma untuk memanaskan badan saja. Kalau kat M'sia kita masuk ke dalam kedai untuk menyejukan badan tapi di UK kita masuk kedalam kedai untuk memanaskan badan.

Dari Buckingham Palace... kami melintasi satu taman di hadapan istana untuk sampai ke Trafalgar Square. Tiada apa pun di Trafalgar Square... padaku tempat tu lebih kurang macam Dataran Merdeka. Kalau dulu banyak burung merpati di situ tapi kini tiada lagi. Majlis perbandaran telah menghalau mereka tapi masih boleh jumpa seekor dua lagi... malah sebenarnya kemana saja kita pergi di London kita akan jumpa banyak burung merpati cuma kita dilarang memberi mereka makan. Kalau tertangkap ketika memberi mereka makan kita boleh didenda.

Longgokkan salji dan merpati di taman berhampiran 
Buckingham Palace.

Deretan basikal untuk di sewa di laluan pejalan
kaki tepi sungai Thames.

Keluar dari Trafalgar Square... kami berjalan menghala ke Sungai Thames. Sepanjang menyusuri Sungai Thames aku nampak ramai orang berjogging... Perjalanan kami tentunya menghala ke London Bridge untuk berfoto di hadapan Tower Bridge yang terkenal tu. Walaupun kami dah berjalan beberapa kilometer tapi tak rasa penat dan berpeluh pun. Cuma yang tak tahannya bila angin bertiup... sejuknya macam nak tertanggal kulit dari badan... Adrian mulanya mencadangkan kami ambik train tapi aku sendiri yang mencadangkan supaya kami berjalan kaki saja...

Lepas bergambar-gambar di London Bridge.. kami berpatah semula menghala ke Parliment House... waktu ni abang dah talipon dan beritahu dia dah on the way to hotel penginapan aku... jadi kami tak sempat memetik kamera di situ.. Adik pulak dah tak tahan kesejukkan... jadi kami mengambil keputusan kembali semula ke Hammersmith untuk bertemu dengan abang.

Monday, January 28, 2013

Menjerit kesejukkan...

Pemandangan dari ruang udara sebelum MH004 yang 
aku naiki mendarat di Heathrow. Salji memutih...

Sampai juga ke London akhirnya... salah satu impian masa kecilku telahpun direalisasikan... kalau tak kerana si abang study di UK ni, belum tentu aku dapat menjejakkan kaki di kota metropolitan yang terkenal ini. Suhu 2 darjah celcius ketika MH004 mendarat di Heathrow. Dari luar tingkap kapal nampak longgokan-longgokkan salji.

Oyster kad... perlu ada ini kalau datang ke London.. 
senang nak bergerak...

Selepas pemeriksaan imegresen dan mendapatkan bagasi dan membeli oyster kad, aku terus menaiki keretapi di Picadally Line untuk ke Hammersmith. Ketika di kaunter tiket aku bertemu dan berbual dengan sepasang suami isteri dari Malaysia...mereka agak terkejut bila aku beritahu inilah pertama kali aku datang ke UK.

Mereka kata berani aku lakukan semua itu berpandukan pada peta... aku kata nak takut apa... cuma yang jadi masalah bahasa saja...Ikut saja panduan yang telah diberikan... mesti sampai. Lagipun sebelum 'fly' aku dah google hotel penginapan dan tempat-tempat yang aku nak pergi... Sebenarnya keberanian itu datang bila memikirkan dan membayangkan untuk bertemu dengan si abang... Demi rindu yang membara aku jadi yakin dan berani...

Apapun aku agak cemas juga bila sampai pada satu station yang tertulis Hammersmith, train tak berhenti. Aku dah mula fikirkan yang bukan-bukan tapi seorang pelancong Australia yang sama-sama menaiki train beritahu... jangan risau... station di hadapan nanti dia suruh turun tapi jangan keluar... cuba tanya pada petugas-petugas yang ada di situ... Tapi memang aku bernasib baik... sebab station yang di hadapan itulah station Hammersmith yang sebenar... dan train berhenti di situ..

Keluar saja dari bangunan station Hammersmith... udara sejuk menerpa dan angin bertiup kuat... suasana pulak gelab seolah-olah sudah pukul 10.00 malam... padahal waktu itu baru pukul 6.00 petang. Dengan susah payahnya aku menarik beg yang berat sambil melihat tunjuk arah untuk ke hotel penginapan yang beberapa meter saja dari train station. Setiap kali angin bertiup aku menjerit kesejukkan malah langkah kaki seakan terhenti.

Malam pertama di UK, aku tidor lena sampai ke pagi tanpa menukar baju dan membersihkan diri... huh penat giler setelah mengharungi penerbangan selama 13 jam. Tengok apa yang telah aku buat...

Wednesday, January 23, 2013

"London I'm coming..!"

Semuanya sudah siap di kemas... baju-baju sudah dimasukkan kedalam beg... Aku cuma bawa pakaian satu beg kecil saja. Kalau bawa beg besar aku takut tak larat nak angkat dan tarik nanti sebab dari Heathrow aku akan ambil tube untuk ke Central London... dan aku akan turun di Hammersmith station... kemudian berjalan beberapa meter untuk sampai ke hotel penginapan. Cuaca mungkin sudah gelap waktu itu kerana menurut abang waktu maghrib di UK sekarang ini ialah pukul 3 petang. Penerbangan aku pula akan mendarat di Heathrow pukul 4.15 petang waktu UK..

Winter coat , sekarang tengah musim sejuk...

Memanglah dalam hati aku sekarang ini ada rasa berdebar, risau dan takut... Boleh ke aku lakukan semua itu... di satu tempat yang sangat asing pada aku...

 "Berapa jam lagi flight mak?" Dekat-dekat nak 'fly' ni si abang asyik call saja... cakap itu ini... pesan itu ini... menurutnya dia dah tak sabar nak jumpa aku... dan minta bawakan serunding kegemarannya. Kalau dia tak cakap pun memang aku dah sediakan...Serunding tu aku beli yang dah siap saja.. kalau nak buat memang tak sempat. Hari minggu lepas aku pergi merayau-rayau di  Central Market cari 'benda-benda' yang aku nak bawak ke UK. Serunding ayam kegemaran abang, kuih ros/loyang dan placemat yang dianyam dari mengkuang untuk sorang kawan mat saleh

Ok! tak mahu cerita banyak... dah nak masuk tidur... esok pagi-pagi lagi dah nak ke KLIA... Penerbangan aku pukul 10 pagi... Masa yang diambil untuk sampai ke UK ialah 13 jam... apa ya aku nak buat duduk lama-lama dalam flight?

Tuesday, January 15, 2013

Exam dan temujanji di London...

Anak-anak sedang menghadapi exam waktu ni. Ojet dah bermula awal iaitu pada Isnin minggu lepas dan last papernya hari Jumaat ni sementara abang pulak baru bermula semalam. Doaku agar keduanya cekal dan akan memperoleh keputusan yang baik. InsyaAllah! Berbual dengan Ojet di talipon... kedengaran suaranya ceria dan seronok bercerita tentang exam yang sedang dihadapinya... Nadanya penuh yakin... Aku pun seronok mendengarnya. Dalam pada itu sempat lagi dia bertanya, "mak dah tengok gambar abang!"

Habis saja exam... cuti semester... dan Selasa pagi 21hb Ojet akan sampai KL. Macam biasalah... aku akan ingatkan dia macam-macam... hati-hati... balik nanti berkawan... pegang barang baik-baik... terutamanya beg duit, laptop... jangan itu..jangan ini... haih macam-macam lagilah...yelah.. maunya tak risau... Bimbang memikirkan keselamatannya. Selagi tak nampak mukanya selagi itulah aku diburu kebimbangan. Dalam hatiku pun tak sabar nak jumpa dengannya... pun tak sabar nak bertemu dengan abang. Ada dua situasi di situ... menunggu Ojet dan bertemu dengan abang. Kiranya aku sedang membilang hari untuk berdating dengan anak-anak.

Gambar abang di Sheffield yang membuat aku teruja...

“Mak salji dah turun...”  Dalam sibuk-sibuk study untuk exam si abang sempat lagi menalipon dan hantar gambar... "Sejuk sangat... mak jangan lupa bawak baju tebal dan kasut yang bertutup."

Sebenarnya aku pun dah teruja ni... minggu depan 24hb aku akan terbang ke UK untuk bertemu dengan abang. Abang habis exam pada 24hb hari aku sampai... dan kami janji akan bertemu di London. Dari perbualan kami di talipon, abang beritahu dia tak sabar menanti kedatangan aku di London. Kami merancang untuk berjalan-jalan sekitar London sebelum sama-sama ke Sheffield, Manchester, Liverpool dan beberapa tempat lagi. Aku akan menghabiskan masa bersama abang di UK selama 20 hari.. dan abang janji nak belanja dan bawa aku makan di restoran yang selalu dikunjunginya di Sheffield.