Sunday, November 15, 2015

Eilean Donan Castle...

Selamat tinggal Isle of Skye. Akan jadi kenangan selamanya...

Lewat petang... kami tinggalkan Isle Of Skye dengan hati yang berat. Gerimis makin lebat. Suasana persekitaran kosong dan sunyi. Memang tidak ada kenderaan yang bergerak di  jalanrayanya. Hanya kereta kami saja. Di sini pelancong di sarankan berjalan kaki untuk menikmati keindahan alam semulajadinya.

Untungnya ketika ini summer. Waktu siangnya panjang. Dalam perjalanan balik ke Edinburgh dapat juga kami singgah di beberapa tempat lagi. Sekadar bergambar untuk ‘mengutip’ kenangan. Sebaik masuk semula ke tanah besar Scotland kami singgah di Eilean Donan Castle.

Eilean Donan Castle. Istana paling cantik di Scotland.


 Nampak rumpai-rumpai tasek terdampar.  
Ketika ini air tasek sedang surut. (Model: kakak aku dan 
'anak-anaknya') hehehh.

Terbina di atas sebuah pulau di mana tiga tasik laut yang besar bertemu dan kerana itu airnya mengalami arus pasang surut. Air tasik-tasik ini masuk dari Lautan Atlantik Utara. Terletak di perkampungan Dornie dan ia merupakan laluan utama pelancong ke Isle of Skye.

Eilean Donan Castle merupakan salah satu imej paling ikonik di Scotland. Pemandangan di sekitarnya sungguh cantik dan merupakan tarikan utama pelancong di kawasan tanah tinggi Scotland.

Sedikit tentang ringkasan sejarahnya, ia dibina dan didiami pada abad ke-6 dan menjadi tempat kediaman pemerintah tanah Kintail. Sebahagiannya pernah musnah dalam satu pemberontakan pada tahun 1719. Sehinggalah seorang Leftenan Kolonel membeli pulau itu dan membaikpulih castle tersebut selama dua puluh tahun.

Untuk masuk ke dalam castle ada jambatan yang menghubungkannya dengan tanah daratan. Tapi apabila air laut surut air tasik ini juga turut surut dan akan kelihatan daratan. Oleh kerana kedudukannya di kawasan tanah tinggi dan di kelilingi oleh gunung-gunung persekitarannya sejuk dan berkabus.



Denai pejalan kaki menuju ke Dornie village.

Pun kami tidak lama di sini. Hari semakin lewat dan hujan kian lebat. Dalam basah-basah dan kesejukkan itu kami bergambar-gambar jugak.

19 comments:

  1. di UK ujan tk lebat sngt kan Sweetie, biasa renyai2 je kan, tk mcm tempt kita kalau ujan mmg tk berani kuaq umah lebat selebatnya.
    Wah selamba je nunggu ambik gmbr utk mengutip kenangan heheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lebat tapi sejuk kak Noor. Ujan selalunya turun bila nak beralih musim. Time ni dah nak masuk autumm. Kalau time winter ujan, tu tandanya snow nak turun... Dah pandai saya baca ramalan kaji cuacanya.. hehhehe...

      Ei! bukan boleh 'lepas' lagi ke tempat ni kak noor... ujan pun ujanlah... janji bergambar.

      Delete
  2. castle macam dalam cerita omputih...menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya kalau dalam cerita-cerita dongeng omputih mereka simpan puteri raja atas menara castle kan.

      Delete
  3. damainya tak de kenderaan di jalanan...tentu udaranya segar kan..Lagi satu memang banyak ke castle di sana sweety?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang segar je saniah! Isle of Skye ni pulau kebanyakan pelancong yang datang sini lebih suka berjalan kaki. Payah nak jumpa kenderaan di jalanraya.

      Ada beratus-ratus castle di UK ni. Masih dipelihara.. ada dijadikan hotel dan ada yang dikekalkan sebagai muzium.

      Delete
  4. Itu kelebihan luar negara. Castle, tugu semua dipelihara. Sebagai pelancong ada keinginan untuk melawat dan mengetahui lebih lanjut tapi tidak dinegara kita.
    Sweetie pernah pergi Kelley's Castle diBatu Gajah Perak. Dulu ianya terbiar baru sekarang dipelihara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Zai. Bukan saja struktur binaannya di perlihara malah hiasan dalamannya juga dijaga dan terletak di situ seperti mana ketika ia didiami beratus-ratus tahun dulu. Saya suka masuk bahagian dapurnya dan tengok macammana keadaannya mereka dulu-dulu memasak.

      Belum pernah lagi kak Zai. Teringin jugak nak ke sana tapi belum berkesempatan lagi. Tulah castle kat tempat orang dah tengok.. tempat sendiri belum lagi.

      Delete
  5. SUKANYA JALAN2 MENGUTIP KENANGAN WALAU DLM GERIMIS...BUKAN SELALU DPT ALAMINYA KAN SWEETIE...BAGI KAK LAH TU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun gitu jugak PI.. tak mungkin lagilah saya boleh sampai tempat ni. Inilah menumpang tuah anak lelaki saya. Dia yang dapat tawaran belajar di UK... Dapat saya sekeluarga berpeluang berjalan di sana.

      Delete
  6. Auww... best Sweetie jalan2 ya, InsyaAllah luas pandangan lebih banyak pergaulankan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Mak Wardah... jalan-jalan dan sempat duduk sebulan lebih di UK. Tengok konvo anak saya.

      Mak Wardah apakhabar? lama menyepi.

      Delete
  7. Salam kenal ,
    Sayang kalau dah sampai sana tak bergambar ye Sweety..
    Tahanlah juga kesejukan dek hujan tu..

    Akak follow #209, jemputlah ke blog kecik akak tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berkenalan Yati... terima kasih jadi rakan blog saya.

      Betul... bukan boleh dtg selalu atau dtg lagi...tambangnya mahal... perjalanan pun makan masa berjam-jam... empat buah kamera yang kami bawak... semua penuh dengan gambar... hehhehhe...

      Delete
  8. Replies
    1. Kalau dia tahu mahu tersengih memanjang ni Nieda... terperasan lebih nanti... hehehhe.

      Delete
  9. Begitulah yang saya baca ttg sejarahnya Diana. Boleh masuk ke dalam... dah jadi muzium castle ni tapi tak di benarkan mengambil gambar. Nak masuk kena beli tiket.

    ReplyDelete
  10. Scottish village + castle...menarik..harap2 jumpa Prince Charming..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prince Charming dah kawin dengan Kate Middelton...

      Delete