Tuesday, August 11, 2015

"Mak tak suka ke..."


Tiga minggu dulu hati riang dan meriah ketika kami sekeluarga bertemu dan berkumpul di rumah abang di Sheffield ini. Sejuk dan sepanjang minggu pertama di sini cuaca sering mendung dan hujan. Kami sama-sama berjalan kaki menuju ke Octagon Centre untuk tengok majlis konvo. Kembang sangat hati aku waktu itu tengok abang dalam jubah konvonya. Rasa bangga tolong letakkan mortarboard tu atas kepalanya. Hujan-hujan pun kami masih berfoto-foto di Weston Park... satu taman yang berhampiran dengan universiti.

Hari ini terasa lengang dan sunyi sangat rumah abang. Kakak dan adik aku suami isteri dah bergerak ke London pukul 12 tengah hari tadi untuk pulang ke M'sia pukul 11 malam ini dengan British Airways. Dan mereka akan sampai di Malaysia pukul 7 malam esok. Kena keluar awal sebab takut jammed di highway. Perjalanan dari Sheffield ke Heatrow mungkin memakan masa 6 jam. Itupun kalau tak jammed.


Pukul 1 tengahari tadi dua orang pekerja SHIPPING2MALAYSIA.com sampai dan hantar 8 keping kotak yang di pesan oleh abang dan kawanya. Pekerja SHIPPING2MALAYSIA ni budak Melayu.

Pakai-pakaian abang semua dah dikemaskan oleh aciknya (adik aku) malam tadi. Dua beg besar. Satu beg akan di hantar dengan kargo laut dan satu beg lagi yang berisi baju-baju yang nak di pakai akan di tarik sendiri ke airport. Buku-buku dan peralatan lain semuanya juga akan di hantar dengan kargo laut.

Abang sebenarnya apply... dan dah dapat tawaran untuk sambung buat master dalam Politik dan Ekonomi di universiti UK ni. Selama di Sheffield ni, aku ada juga tanya-tanya dia. Yang mana satu pilihannya. Nak belajar lagi atau nak kerja...

Kalau tanya pendapat aku sebagai emak, aku mahu dia bekerja di Malaysia. Kakak aku pun sama. Ojet pulak... mencadangkan bekerja sambil belajar di UK ni... Abahnya, mana-mana pun boleh. Aku dengan kakak aku sependapat... kami dah lama berjauhan. Rindu tak boleh tahan.

Masa kami ke Amesbury baru-baru ini, abang ada tanya aku, "mak tak suka ke, abang sambung belajar!" Dan dia ada luahkan perasaannya pada kakak aku.., katanya dia tengok aku macam tak suka dia sambung belajar.

Aku ni sebenarnya ok je kalau dia belajar lagi... tapi sebagai emak... lebih suka kalau dia balik bekerja di Malaysia. Tak kisahlah kalau gajinya kecik pun... kemudian tu simpan duit sikit-sikit. Beli rumah... beli kereta...kawin dan membina keluarga.

Hai! entahlah... perasaan dan hati emak ini sukar nak jelaskan pada dia. Nanti kalau cakap lebih-lebih, nampak macam aku ni pentingkan diri sendiri pulak. Memaksa-maksa dia melakukan perkara yang dia tak suka. Aku tak ingin tengok dia kecewa. Pada Ojet pun sama... begitu jugak aku cakap.

Monday, August 10, 2015

Di belakang rumah je...

Di belakang rumah abang ni ada sebatang pokok epal dan pear. 
Aku memang exited la. Buah-buah ni biasa tengok kat supermaket je 
di Malaysia. Bila jumpa yang masih atas pokok memang tak lepas peluanglah 
nak bergambar. Tapi buahnya belum cukup besar lagi nak petik.

Di UK ni aku tengok, dalam semak tepi-tepi jalan / highway 
nampak sebatang dua pokok epal tumbuh meliar dan berbuah lebat. 

Saturday, August 8, 2015

"Eloknya tadi kita bawak nutella..."

Broad beans a.k.a kacang parang.
(kreadit pix: podgardening.co.nz)

Broad beans goreng bercili. Ini stail 
aku. Mat saleh depa rebus je.

Gooseberries. (kreadit pix: theballoontree.co.uk)

Untuk pertama kalinya... setelah tiga minggu di UK. Khususnya di Sheffield. Aku merasa cuaca betul-betul panas. Panas terik. Matahari terang bersinar. Kain-kain yang aku jemur depan rumah cantik keringnya. Pengering di rumah abang ni rosak jadi kenalah keringkan di luar rumah.

Abang ada jemputan jamuan hari raya yang di adakan oleh pelajar-pelajar Malaysia. Dia ajak aku pergi sama jam 2 petang nanti. Awalnya memang kami nak pergi... tapi 'last-lastnya' tak jadi.

Memandangkan cuaca cantik hari ni kami bercadang nak pergi memetik strawberry, raspberries dan gooseberries di Holmesfield. Dekat je dari rumah abang. Lebih kurang 15 minit memandu kereta. Selain dari buah-buah ada juga sayur-sayuran seperti kobis dan broad beans juga kentang dan carrot. Epal pun ada tapi masih belum boleh di petik lagi.

Kerana kami sekeluarga peminat strawberry, jadi kami cuma petik strawberry saja. Sambil petik sambil masuk mulut. Anak-anak cakap... "eloknya tadi kita bawak sekali nutella".

Pemandangan di ladang strawberry Birchin 
Lee, Holmesfield.

Friday, August 7, 2015

"Nasib baik mak ada..."

Abang ada hobi suka mengumpul tin-tin 
biskut. Ini sebahagian dari koleksinya. Semua ni 
mahu di bawanya balik M'sia.

Dah tiga minggu aku di Sheffield. Suasana sunyi dan lengang. Kebanyakkan yang tinggal di kawasan rumah sewa abang ini adalah pelajar universiti. Masing-masing ada yang sedang bercuti dan ada juga yang dah grad dan balik ke negara masing-masing.

Ada hari-harinya aku anak beranak keluar berjalan-jalan. Kalau tak ke mana-mana kami hanya duduk saja di rumah. Setakat ni banyak juga tempat-tempat yang aku dah pergi dan tengok. Tapi belum sempat nak buat catatan di blog.

Aku tolong abang kemaskan barang-barangnya. Dan pilih-pilih mana yang nak di bawa balik dan yang mana nak di tinggal dan di dermakan di tempat kebajikan. Dan sebahagian besar baju-baju musim sejuk, t-shirt dan kemeja, abang cakap nak dermakan kepada orang-orang di Syria.

Koleksi majalah dan novel abang masih berlambak dan belum di kemaskan. Belum di 'packing'. Bila aku tanya... katanya tunggu dulu. Aku pulak yang risau. Tiket penerbangan balik pun belum di tempah. Yang buat aku risau tu, ramai rakan-rakannya yang sama-sama datang ke UK ni empat tahun dulu semuanya dah balik ke M'sia. Cuma tinggal dia dan rakan serumahnya.

Dari pagi tadi sampai sekarang aku masih berkemas. Peralatan skrin kumputer dan printer semuanya dah di masukkan ke dalam kotak asalnya. Nasib baik abang simpan kotak-kotak tu.

Tengah hari tadi land lordnya datang dan beritahu, Kalau boleh mulalah berkemas sikit-sikit sebelum keluar hujung bulan ni. Dan sampah asing-asingkan dan masukkan dalam plastik hitam dan buang sikit-sikit. Jangan longgokkan. Kalau tunggu nanti... banyak sangat dan susah nak buang. Di UK ni sampah yang di buang dalam tong biru dan tong hitam di kutip pada hari yang berlainan.

Dapur sudah aku kemaskan minggu lepas. Rempah-rempah masakan yang dah di buka aku kumpulkan dan dah di buang oleh kawan serumah abang, Joseph. Joseph ni budak cina asal dari Kuantan. Familynya dah balik Malaysia minggu lepas.

Sayur dan makanan dalam peti ais yang dah rosak, semuanya di buang oleh adik aku. Yang tinggal periuk belanga dan pinggan mangkuk... tak tahu nak buat macam mana. Joseph nak agihkan pada rakan-rakan dari Malaysia yang masih lagi menuntut di universiti Sheffield ni.

(nota mak: Abang cakap, "nasib baik ada mak... kalau tak, tak tahu abang nak buat macam mana. Tak reti abang nak kemaskan!" :)...)

Sunday, August 2, 2015

"Mak mesti suka..."

Bunga tiga bulan atau hydrangea di tepi pagar 
rumah jiran abang. Ada macam-macam warna dan 
besar-besar gugusannya.

Membayangkan dari M'sia lagi, cuaca di UK sekarang ini summer. Tentulah suam-suam panas. Dan bunga-bunga pasti berkembang segar. Tapi sebaik kaki jejak bumi UK ni aku rasa sejuk dan dingin jugak. Walaupun matahari terpancar terang. Suhu sekitar 17 darjah celcius. Menyesal pulak tak bawa baju panas.

Minggu pertama sampai di Sheffield, cuaca redup dan kadang-kadang hujan. Taklah lebat cuma hujan renyai-renyai tapi menambahkan lagi rasa sejuk. Buat aku rasa malas nak keluar rumah.

Di persekitaran rumah abang pokok-pokok bunga berbagai jenis segar berkembang dan lebat. Geram aku tengok. Lebih-lebih lagi bunga rose. Besar-besar. Dan setiap kali aku keluar rumah samada untuk ke kedai atau ke pasar raya aku akan bawa kamera. Dan leka mengambil gambar berbagai jenis bunga yang aku jumpa sepanjang jalan... dan berangan,.. kalaulah aku boleh bawa balik dan tanam dan buat taman Inggeris pulak di rumah.

Barisan rose pink yang merimbun. Sebaik saja 
melintasinya semerbak bau haruman rose.

Sehari selepas majlis konvo abang di universiti kami ke Bakewell. Walaupun aku pernah ke sana dua tahun dulu (link entry). Tapi masa tu winter. Cuma sejuk dan pokok-pokok tidak berdaun. Kali ni abang ajak aku ke Bakewell kerana katanya pemandangan lebih cantik. Bunga-bunga rose berkembang segar dan besar-besar. "Mak mesti suka!" katanya.

Betul macam abang cakap,.. geram sungguh tengok pokok-pokok rose berbagai warna... merah, kuning, putih, orange dan pink... dan aku suka cium keharumannya. Begitu juga rama-rama dan lebah madu bertebangan dan hinggap di kelopak-kelopaknya.

Aku duduk di bangku kayu yang di sediakan. Dibawah sinaran matahari yang langsung tidak terasa bahangnya. Khayal dan leka sejenak menikmati keindahan taman. Rasanya seperti tidak mahu meninggalkan tempat ini.

Kuning

Orange kemerah-merahan.