Kawasan Shielbridge...sepanjang jalan-jalan yang
kami lalui memang lengang dan tak banyak kenderaan.
Melihat gunung-gunung yang menjulang tinggi di kiri dan kanan jalan sepanjang perjalanan kami ke Isle of Skye... aku berborak-borak dengan kakak aku.
“Agak-agak kalau aku panjat berapa hari agaknya boleh sampai atas sana ye long!”
“Aku rasa.... kalau kau... hmmmm sebulan kot!”
“Eh! takkan lah!”
“Tinggi tu... lagipun batu-batu je. Mesti licin. Ntah-ntah kau tak sampai langsung atas sana!”
Dalam perjalanan ini kami ‘jumpa’ empangan.
Kalau tak silap empangan ini pernah dijadikan lokasi
penggambaran filem James Bond.
Di sinilah kereta kami menggelongsor ke depan
ketika sedang mengisi minyak.
ketika sedang mengisi minyak.
Entah berapa lama kami memandu dan berada di kawasan pergunungan ini. Seingat aku... sepanjang perjalanan sebelum menyeberangi Skye Bridge... kami berhenti dua kali untuk mengisi minyak. Dan satu kejadian yang tak akan aku lupakan seumur hidup ketika ‘mengembara’ di tanah tinggi Scotland apabila kereta kami menggelongsor laju masa mengisi minyak di Glen Moriston. Gara-gara terlupa menarik handbrake.
Aku menjerit sekuat hati. Cemas kerana ketika itu anak-anak dan kakak aku berada di dalam kereta. Aku berdiri kaku... tak tahu apa yang perlu dibuat. Hanya mampu memandang abang dan Ojet terseret sama ketika cuba keluar dari kereta. Sepasang suami isteri kulit putih yang ada di tempat kejadian juga terdiri kaku melihat kejadian di depan mata mereka.
Daryl suami adik aku juga turut terseret ketika cuba mengejar dan masuk ke dalam kereta untuk menghentikannya. Alhamdulillah Daryl sempat menarik handbreak dan mendapat tepukan dari sepasang suami isteri kulit putih yang menyaksikan kejadian itu.
pengalaman ngeri tu .yg membacanya pun kecut perut apalagi yg alaminya...syukur alhamdulillah selamat semuanya.
ReplyDeleteSemuanya kerana kecuaian... Lama saya menggigil lepas kejadian ni PI... kalaulah terjadi apa-apa pada anak-anak meraung seumur hidup saya...
DeleteSaya cuma dengar suara saya saja yang menjerit sekuat hati Diana... Kalau tak kegembiraan ini berakhir dengan tragedi. Kereta tu menggelongsor ke depan. Di depan masa tu ada satu kereta parking. Saya mmg menggigil takut.
ReplyDeleteMacam dalam filem pulaknya sweety ..hiss ngeri juga ,nasib baik semuanya selamat...Alhamdulillah.
ReplyDeleteBukan ini saja saniah... ada beberapa kejadian lagi.. ngeri, cemas, kelakar, takut... semua lengkap... kalau nak dijadikan skrip filem mmg boleh.
Deleteya Allah ngerinya. nasib baik tak berlaku kejadian yg tak diingini..alhamdhulillah..
ReplyDeleteKecuaian kakyon... kalau dikenangkan semula mmg menggigil badan. Saya nampak anak lelaki saya bergayut kat pintu kereta cuba nak keluar.
Deletesweetie, mcm dlm filem james bond. kalau sy pun panik xtau nak buat pe.mampu jerit je la..
ReplyDeleteMasa tu saya tengah pegang kamera Zie... tapi tak mampu saya nak mengambil gambar semasa kejadian tu... takut sangat.
DeleteAlhamdulillah sweetie dan keluarga tidak mengalami sebarangan kecederaan. Ngeri kak Zai membacanya.
ReplyDeleteSaya menggigil kak zai... kawasan tu menurun... laju kereta tu perginya. Tulah macam-macam kisah yang kami alami... tayar kereta pancit masa gi Amesbury dan yang ni menggelongsor masa mengisi minyak.
Deletekereta manual ke? huhu2 ngeri je kanns
ReplyDeleteHaah, kereta manual.
Deletebila tergamam tak tahu nak buat apa...nasib baik semua selamat
ReplyDeleteTulah cuai...
Deletebahaya..tapi Alhamdulillah, semuanya selamat...
ReplyDelete