Wednesday, November 25, 2015

Little Venice dan Camden Lock Market...

Di sinilah untuk menunggu bot ke Camden. Cuma 15 minit 
berjalan kaki dari stesen tube Edgware Road.

Bersiar-siar dengan bot di London Little Venice.

Melengkapkan kembara perjalanan dan percutian kami... dah tentulah membeli serba sedikit barang sebagai kenang-kenangan tanda kami dah sampai United Kingdom. Tak ada apapun.. cuma anak-anak terutamanya Ojet yang membeli lebih ‘sikit'.

Tapi kami tak ‘bershopping’ di Oxford Street tu. Dah tentu mahal... kawasan tumpuan pelancong. Kami pergi tempat yang jarang orang M’sia pergi.... Camden Lock Market. Malah ketika kami berada di Camden... tak jumpa pun orang Malaysia.

Baki empat hari di London sebelum pulang ke tanahair aku anak beranak berjalan-jalan di beberapa tempat. Bergambar kenangan sana sini. Dan paling tak lupa kami ke London Little Venice.

Melalui kawasan Regent Park.

 Melalui Zoo London.

Pemandangan sepanjang laluan menuju ke Camden. 
Musim panas ketika ini... pokok rendang menghijau di kiri 
dan kanan terusan.

Terletak di utara Paddington di mana Grand Union dan Terusan Regent bertemu. Dengan harga tiket lapan pound seorang kami bersiar-siar menaiki narrowboat menikmati jalan air menyusuri terusan menghala ke Camden. Tenang dan jauh dari kesibukan. Di kiri kanan terdapat cafe dan rumah-rumah bot.

Sepanjang lebih kurang satu jam ‘pelayaran’ kami melalui terowong air, Regent Park dan Zoo London. Ada juga penumpang bot yang ingin ke zoo menggunakan pengangkutan air ini.

Melalui terowong yang sempit dan panjang. Sebelum 
memasuki terowong ini bot yang datang dari arah bertentangan akan 
berhenti untuk memberi laluan kepada bot kita naiki.

Sebelum sampai di terminalnya di Camden, bot akan 
melalui satu castle yang di panggil Castle Pirates.

Berhenti dan turun saja di Camden aku terpinga-pinga. Orang sungguh ramai dan sesak. Tak tahu ke mana hala nak di tuju. Ikut saja langkah kaki. Bersesak-sesak. Macam-macam bangsa ada. Tapi tak jumpa pun orang Malaysia. Mungkin tempat ni tak famous di kalangan orang Malaysia.

Kalau suka dan pandai tawar menawar bolehlah 
datang ke Camden Lock.

Dan berada di Camden Lock... kita merasakan seolah-olah berada di negara lain... bukan di UK. Begitulah... Peniaga-peniaganya ada yang dari Korea, India dan Middle East. Begitu juga para pengunjungnya. Gerai-gerai makanan juga berlambak-lambak. Barang-barang jualannya dari kain baju hinggalah kepada hiasan rumah.

Suasana di Camden Lock Market ini lebih kurang macam Petaling Street di KL. Ala-ala pasar malam. Boleh tawar menawar. Baju yang berharga 25 pound boleh di tawar sampai 5 pound. Kalau pandai memilih boleh dapat cantik-cantik.

23 comments:

  1. bestnya naik bot gi shopping..sambil tu boleh layan view di sepjg terusan..mesti byk makanan halal disini sbb ada peniaga Middle East..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti pulak tentang makanan tu nohas... sebab cuma jalan-jalan dan tengok-tengok saja. Banyak gerai-gerai... tapi tak tahu halal ke tidak.

      Delete
  2. Seronok akak baca entri ni sweety..
    Terasa akak pun sama dlm bot tu hihihi..
    Ramai sungguh org di Candem tu ..
    Mungkin barang yg boleh ditawar dgn serendah 5 pound tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barangkali juga... boleh di tawar-tawar... alah stail pasar malam. Kedai-kedai besar ada jugak.

      Delete
  3. kalau dapat berjalan ke tempat sebegini sukanya saya...boleh kenal berbagai bangsa dan barang jualan yg pelbagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka tengok-tengok je Nieda... nak beli-beli sangat tu tak lah sebab memikirkan nak bawak balik... kalau boleh tak nak terlebih kg bila timbang di airport.

      Delete
  4. Bertuah sweety dapat menjelajah semua ceruk ,betul2 hargai kesempatan yang ada menikmati pengalaman indah bercuti disana.
    Tengok gambar tu air nya nampak bersih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlanjur dapat datang... cuma bayar duit tiket dan makan je saniah... penginapan dah tak payah pikir... ada peluang tu merayaulah segala ceruk rantau... nak dapat dtg lagi tak mungkinlah kot... kosnya mahal.

      Taklah bersih sangat airnya cuma tak da sampah sarap je.

      Delete
  5. Seronoknye sis.. Jalan2.. 😁😁😁😁

    ReplyDelete
  6. naik bot melalui terusan cantik sekali view yg dpt dipandang...seronok juga membeli belah kalau dpt tawar menawar di camden

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tawar menawar kena org yang pandai memujuk dan 'pakar' jugak PI. Saya taklah kot... sebab malas nak memujuk dan merayu2 peniaga tu.

      Delete
  7. Orang Msia ramai ke Oxffort Road sweetie. Klau barang yg sama boleh dapat murah why not.
    Melalui terusan boleh tengok view yang cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oxfort Road saya dah pergi dua tahun sudah kak Zai. Mahal-mahal barngnya... padahal saya nak beli souviner mcm keychain dan fridge magnet je untuk kawan-kawan.

      Delete
  8. Seronok ya jalan2, paling seronok dapat bawa anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, Raihanah... sesekali dapat berjalan bersama anak-anak... mmg seronok.

      Delete
  9. Macam bestt sangat Camden Lock market tu Sweetie...mesti banyak shopping ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuma tengok-tengok je wa... anak perempuan saya saja yang membeli. Camden Lock ni sesak dan tak sesuai rasanya bawak anak-anak kecik.

      Delete
  10. Replies
    1. Jurukamera amatur... itulah saja hasilnya Yan.

      Delete
  11. Mesti banyak borong anak beranak tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak KN... anak-anak saja yang seronok nampaknya membeli... saya cuma menemankan saja... sungguh tak tipu.. hehhehe.

      Delete
  12. seronoknya dapat berjalan-jalan menikmati pemandangan

    ReplyDelete