Wednesday, December 30, 2009

Membongkar kenangan lama...

"Apa dalam kotak ni mak?"

"Gambar-gambar lama."

"Mak nak buat apa dengan gambar-gambar ni?" Soal abang sambil menyelongkar barang-barang lama yang aku simpan. Kenangan masa sekolah, remaja dan masa anak dara.

"Mak nak susun dan masukkan dalam album baru."

(Dimana agaknya kawan-kawan ku ini sekarang?
Kalau kalian
terjumpa blog ni, hubungi saya ya.)

Selain dari gambar-gambar lama ada juga mesej-mesej lama yang aku simpan.

(Mesej dari seseorang, yang sekarang dah pun jadi suami.
Ojet kata "he! gatalnya abah!)


(Buat suamiku, jangan marah ya saya letak mesej ni
kat blog ni! Namanya pun Sweet Memory!



(Ni pulak rupa hiasan kek guna buttercream waktu
pertama kali hadiri kelas menghias kek).


Sunday, December 27, 2009

4 hari di PD..

"Dah kemaskan barang-barang. Jangan lupa baju
renang. Bawak dua tiga helai."

Rasanya lama betul tak pergi berenang dengan anak-anak. Entah-entah skil renang pun dah lupa. Anak-anak asyik berulit dengan buku. Kesempatan bercuti di PD sempena cuti krismas baru-baru ni kami manfaatkan sepuas-puasnya.

(Masa untuk riadah)

(Tiga anak dara menuju ke kolam renang)

(Ojet, Adik, Ain, Abang dan Shada).

(Ojet, Ain dan Abang posing pada kedalaman air 2.5 m,
sambil di perhatikan oleh Acik mereka).
(Adik dan isteri lelaki ni cuba mententeramkannya
selepas Abang selamatkannya).

Ada yang lemas? Abang tolong selamatkan seorang lelaki cina. Sebelum tu seorang perempuan punjabi juga hampir lemas, Ojet tolong selamatkan. Kebetulan pada hari tu life guard tak ada. Rasanya tak sia-sia ajar anak-anak berenang.

"Boleh buat part time ni!" dalam kalut-kalut tu Ain sempat lagi melawak.

(Masa untuk posing dalam jakuzi tepi pantai).

(Cuti-cuti juga, buku tetap tak lupa).

(Ojet kesejukkan lepas berenang).

(Ain kepenatan habis berenang).

(Santa Claus datang).

(Malam, berhibur di Cumulus bersama Darwin dan Melati).

(Istana pasir Abang).

(Shada dan istana pasirnya).

(Ojet, sedang menyiapkan istana pasirnya).

Tuesday, December 8, 2009

Masih segar diingatan...

Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR).

Masih segar diingatan
, dua tahun dulu (Mac 2008) ketika menghantar anak lelaki ku Abang ke SDAR, hati di buru kebimbangan. Macam-macam yang berlegar dan bermain di fikiran. Yang pertama sekali buli. Seluruh ahli keluarga berat hati nak melepaskan abang tinggal di asrama. Tapi atas kemahuan abang, hendak tak hendak kami seluruh keluarga terpaksa akur.

Sepanjang perjalanan pulang selepas menghantar abang hati sentiasa teringatkannya. Risau dan entah apa-apa lagi. Dan kerisauan itu hilang sebaik saja abang menalipon untuk pertama kalinya dari sekolah dengan cerita gembiranya.

”Mak, tadi ada ujian nak tentukan kelas BI. Abang masuk side A.” Alhamdulillah, permulaan yang baik.

Hari terbuka asrama 09.

Sepanjang tinggal di asrama, boleh dikatakan saban minggu kami semua melawatnya. Mendengar cerita dan melihat perkembangan diri dan pergaulannya. Inilah yang paling ditakuti sekali kerana dari kecil hinggalah usianya mencecah 15 tahun abang memang jarang keluar rumah bermain dengan kawan-kawan sebaya. Masanya banyak dihabiskan dengan membaca buku-buku.

Dan setiap kali melawat abang yang pertama akan ditanya macam mana belajar. Boleh ikut ke? Sebab waktu abang mendaftar diri masuk ke SDAR rasanya telah banyak silibus yang tertinggal. Sebulan selepas abang belajar di SDAR, dia mengadu tak boleh ikut pembelajaran dalam kelas add math sebab dah jauh sangat, tambahan pula abang masuk 2nd intake. Dan masih segar diingatan waktu aku melarikan abang dari asrama semata-mata nak jumpa cikgu tuisyen math-nya. (Maaf ya, guru warden, saya terpaksa melakukannya...).

“Saya akan cuba kak” janji Fizal. Terima kasih Hafizal kerana membantu. Bersusah payah datang kerumah yang jaraknya bukan dekat. Dari Petaling Jaya ke Taman Keramat. Juga terima kasih cikgu Kamila dari SMTK yang juga sudi membantu abang waktu itu, mengajar dan menghadiahkan buku Fizik. Pengorbanan dan bantuan kalian amat saya hargai.

Dengan kecekalan dan kezamanan, abang akhirnya berjaya melepasi segala kepayahan dalam pembelajarannya. Dalam ujian pertama abang di SDAR dia dapat nombor 3. Dan masih segar diingatan waktu abang menghubungi aku dari sekolah memberitahu keputusan peperiksaan pertengahan tahunnya.

“Mak, abang dapat nombor 1!” suara abang riang di hujung talian.

“Iye? Dalam kelas?”

“Dalam tingkatan! Abang dapat strait A”

Congratulation sayang!” Hatiku berbunga gembira. Namun nun jauh di lubuk hati, aku mula cemas sebenarnya. Dia mula menjadi perhatian. Aku takut ini akan membuatkannya hilang tumpuan.

Abang dan rakan-rakan Olympiad Mathematic
SDAR di Hanoi, Vietnam.

Abang pada Hari Anugerah Kecemerlangan.

Tidak banyak yang berubah dalam diri abang sebenarnya. Dia masih kurang berkawan, gemar belajar bersendirian. Aktiviti sekolah pun kurang disertainya.

Setiap kali pulang bercuti, abang tak pernah lekang dengan buku. Dia masih pergi kesekolah lamanya. Mencelah masuk kelas-kelas tambahan yang diadakan oleh guru-guru sekolah tersebut.

Masuk tahun baru (2009) abang dalam tingkatan 5, rasanya terlalu banyak cabaran yang terpaksa aku sendiri tempuhi. Beberapa kali aku terpaksa berkejar dari KL ke Seremban. Masih segar diingatan, ketika wabak H1N1 merebak aku cemas bila abang menalipon dari asrama.

"Mak! abang demam" Seluruh keluarga cemas. Aku menangis. Macam mana nak pergi Seremban. Siapa yang nak temankan aku memandu malam-malam di highway.

"Sabar je la, aku temankan, tapi jangan bawak kereta laju sangat!" Kakak ku yang bersiap-siap untuk menghadiri majlis tahlil untuk arwah ibu mertuanya membatalkan niatnya untuk kemajlis tersebut sebaliknya bersetuju menemankan aku ke Seremban.

"Aku ikut!" Adikku memohon untuk ikut serta. Nasib baik Abang cuma demam biasa saja, tapi pengalaman mencari klinik malam itu sukar dilupakan.

Suasana asrama abang, blok Temenggung waktu malam.

Kembali dari cuti Hari Raya Aidilfitri abang telefon lagi.

"Mak! abang kena demam campak!" Aku bergegas lagi ke Seremban. Tak sampai seminggu duduk di rumah abang gelisah ingin balik ke sekolah. Dia takut tertinggal dalam pelajaran. Dia berkeras ingin kembali ke asrama walaupun parut bekas campaknya belum pulih lagi. Begitulah abang, anak lelakiku.

Abang dan beberapa orang rakan pada Hari Raya Korban.
Terpaksa berhari raya di asrama kerana SPM belum selesai lagi.

Hari ini, 8 Dis, SPM 09 dah berakhir. Ini juga bermakna tamatlah sudah dunia abang sebagai pelajar sekolah. Pasti dia merasa sedih meninggalkan kawan-kawan dan alam persekolahannya di SDAR. Seribu satu macam kenangan dan pengalaman yang telah ditempuhnya sepanjang dua tahun di SDAR aku harap dapat menjadi pengajaran dan mematangkannya dalam menempuh alam dewasa. Dan pastinya untuk jangkamasa tiga bulan akan datang penuh dengan debaran...

Dan pada warga SDAR terima kasih kerana menjaga dan mendidik anakku, Abang!.

Monday, December 7, 2009

Lagi hari minggu yang boring..

(Mug kesayangan)

Apa nak buat? Hai sunyinya... Keluh kesah pun tak ada gunanya. Aku buka kabinet dapur. Huh berserabut. Tunggang-langgang. Aku sarung apron, capai penyapu dan... Hampir jam 12 malam baru semuanya siap.

Minggu ni abang habis periksa. Aku nak pastikan rumah kemas sebelum dia balik. Okey! tra....

(Rempah ratus dan tin-tin kek dah kemas tersusun)

(Dapur pun dah kemas)

Jom jengok kat laman plak..

(Musim hujan pokok-pokok rimbun menghijau)

(Kiambang)

(Pokok kesum yang ku tanam rimbun dalam pasu. Boleh
masak asam pedas, abang suka.)

(Kolam ikan mini, dah lama aku tak jenguk penghuninya. Ada pertambahan penduduk. Ikan tu ada yang bertelur dan dah menetas. Surprise tul.)

(Sebahagian dari koleksi masa anak dara. Aku susun atas rak khas di luar rumah)

(Ruang santai-santai dengan famili, pun dah kemas. Nanti
nak lepak-lepak dengan ojet dan abang sambil dengar cerita-cerita mereka).

Alamak! Katil abang berselerak lagi.... Bila nak kemaskan ni!!!



Sunday, November 29, 2009

Sepetang di Tasik Titiwangsa


Sendirian di rumah. Tak tau apa nak buat. Baking? tak ada mood. Berkebun, berkemas? Malas. Segala macam alasan datang bertandang dalam diri.

"Dik! jom pergi Bukit Tinggi?"

"Dah petang sangat ni"

"Alaa, aku boringlah. Rasa nak jalan-jalan, jomla.."

"Aaa.. ok! kita pergi Tasik Titiwangsa, aku nak jogging." adik ku mencadangkan. Aku menerima saja cadangannya.

Entah kenapa hatiku terasa sunyi sangat. Bagaimanalah agaknya nanti bila anak-anak ku, (abang dan ojet) dewasa. Mereka tentu ada kehidupan sendiri dan sibuk dengan urusan masing-masing. Aku...?

Monday, November 23, 2009

Birthday!....


(HAPPY BIRTHDAY SHADA AND BELL! Mak tak sempat nak buat kek, pasal hati mak gundah gulana teringatkan abang yang sedang bertungkus lumus di dewan peperiksaan SPM. Doakan kejayaan abang setiap kali lepas sembahyang ya!)

(Gadis National Geographic)


"Mak! Happy Birthday!"

"Hadiahnya?"

"Tak ada."

"Kalau birthday kawan susah payah pi cari hadiah. Birthday mak tak ada apa-apa. Agh! malaslah nak layan..." aku pura-pura merajuk. Ojet cuma tersengeh-sengeh.

"Jangan lupa balik nanti masak nasi tau!" Pesanku sebelum dia turun kereta waktu aku hantar dia kesekolah pagi tadi.
Walaupun cuti sekolah dah bermula tapi anak gadis ku ni tak jemu-jemu ke sekolah. Ada kelas tambahan. Tahun depan bakal ambil SPM.

"Ong beli je lah nasi bungkus nanti."

"Balik kerja petang nanti mak nak makan" saja aku memaksa dia memasak. Sebenarnya aku tak harap pun. Padaku dia masih kecil lagi walaupun umurnya dah masuk 16 tahun.

Thursday, November 19, 2009

Sejarah SENANG...!


Senang hati bila mendapat sms abang dari sekolah. Lega perasaan tahu dia ceria menghadapi peperiksaan.

"Hati-hati dan kawal perasaan!" hanya itulah yang sempat aku titipkan buatnya.

"Abang kenal Rizqin?" sempat lagi aku hulurkan pertanyaan.

"Kenal"

"Mak baru je berkenalan dengan mak dia dalam blog. Kami janji nak bertemu di SDAR raya ni."

"Rizqin tu duduk sebelah abang time exam." Ha.. aku senyum sendirian. Diluar dua ibu saling bercating walaupun tidak mengenali antara satu sama lain. Disekolah rupanya dua buah hati kami duduk bersebelahan.

Wednesday, November 18, 2009

SPM 09 hari ni..

"Mak sentiasa doakan kejayaan buat abang, tenang jangan gopoh and don't over confident!" SMS aku pada abang malam tadi. Pagi ni aku bangun dengan ingatan dan doa yang panjang buat anak lelaki ku yang akan menghadapi SPM bermula hari ini. Dan SMS dari guru tuisyennya dan salah seorang mak kawan abang masa di sekolah rendah dulu buat aku rasa terharu.

"Thanks, Fizal, thanks Jihan!"

Dalam perjalanan ke tempat kerja, abang sms... Message nya membuat aku senyum sendirian sambil memandu ke tempat kerja.

Dan doa mak sentiasa mengiringi abang! Good luck dear!

Thursday, November 5, 2009

Kek Coklat Kukus


"Mak nak buat kek apa pulak ni. Untuk jual ke untuk makan-makan je?"

"Kek Coklat Kukus. Saja-saja. Bahannya mak dah sukat lama. Masa abang balik cuti Depavali hari tu. Tapi tak jadi buat!"

"Alaaa..., tak best la. Asyik kek ni je. Mak, nanti birthday Ong, mak buat la kek buah yang macam mak buat masa kenduri Ong hari tu ya!" pinta Ojet. 'Ong' macam tu la dia membahasakan dirinya. Entah dari mana timbulnya 'ong' tu tak tau la pulak.

"Ok la!"

Sementara menunggu kek masak, aku bersiap untuk ke JJ yang berhampiran. "Mak nak gi mana?"

"JJ, mak beli strawbery. Adik tolong tengokkan kek tu ya, nanti bila cukup masanya, tutup api, ok!"

Tapi memang bukan musim strawbery agaknya. Tak ada pulak strawbery di JJ. Apa aku nak letak hiasan kek tu. Fikir punya fikir, aku dapat idea. Apa kata aku letak pic atasnya. Ok kot!

"Tak ada strawberyla kat JJ".

"Habis mak nak letak apa?"

"Buah pic dalam tin".

"Ha, boleh ke?"

"Janji hias" ujar ku.

Memang, masak je kek, Ojet langsung tak berminat nak menjamahnya. Sebab dah selalu sangat buat. Tapi aku potongkan juga sikit untuk dia sebelum aku bawa kek ni ke office. Tak tau la pulak samada dia makan atau tak kek tu. Tapi semalam aku tengok kek tu dah tak ada dalam peti ais didapur. Dia makanlah agaknya tu...

Kek Kukus Masam Manis


"Ha! Jangan ambik flakes tu, nanti mak tak cukup nak melapis kek ni nanti" Ojet tersengeh-sengeh. Tak jadi tangannya nak mencapai asam haw flakes yang aku letak dalam piring. "Mak nak letak dalam kek yang mak buat ni ke?" Soalnya kembali.

"Iyalah, Mak nak cuba buat resipi baru ni. Kalau cantik jadinya nanti mak cadang nak buat jualan kek ni".

"Ooo!" Ojet kembali ke meja studynya. Peperiksaan akhir tahun sekolahnya masih belum habis lagi. Seminggu dua ni leka berulit dengan buku-buku. Pastinya 10A1 jadi idaman.

Hampir tiga jam mengadun, menggaul, melapis dan mengukus, siaplah kek Kek Kukus Masam Manis ni. Ojet macam biasa, tak sabar-sabar nak memotongnya. Memang rasanya tak mengecewakan.

Monday, October 26, 2009

Mak! Jangan bawak kereta laju sangat..


''Mak, kenapa laju sangat ni?'' Soal abang bila jarum meter kereta menunjukkan 140 km/j. ''Mak nak cepat! Sekarang dah pukul 1.30 tengah hari. Mak cuma ada setengah jam je lagi nak memecut balik ke KL.''

Sampai di SDAR jam sudah pun 1.45 pm. Sambil menunggu abang menurunkan barang-barangnya, aku duduk berehat di wakaf tepi dewan makan asrama. Abang lesu saja. Tak taulah samada dia penat atau sengaja melengah-lengahkan masa aku.

Habis saja abang membawa barang-barangnya naik ke bilik, jam dah pukul 2.00 petang. ''Ok!, abang, mak balik.'' Aku cium pipi abang kiri kanan. "Mak, jangan bawak kereta laju sangat." Sempat abang berpesan sebelum aku melangkah masuk ke kereta.Aku terdiam. Tak tahu apa nak kata. Terasa diri ini disayangi.

Tuesday, October 20, 2009

Sepanjang Syawal...

15 Okt - Majlis raya di office... .

11 Okt - Hubby sambut birthdaynya yang ke ...

10 Okt - Aideel sambut birthdaynya yang ke -3


25 Sept - Nasi himpit, kuah kacang, makaroni goreng, kek butter dan kek chiffon, untuk jamuan raya dengan keluarga di rumah.

Warna tema kasut raya tahun ni, putih.

Kasut sapa paling cantik!

Kasut raya sapa ni woi, tak buang tanda harganya lagi!