Sejuk, dingin dan berkabus...
Simpang... mana-mana boleh ikut tapi kami membelok ke kiri
menghala ke Spean Bridge. Journey kami kembali bermula...
Anak-anak telah di beritahu. Minta mereka bangun awal pagi untuk bersiap. Kakak aku pulak dah sediakan sandwich untuk di buat bekal dalam perjalanan. Hari ini kami ingin 'bersiar-siar' di kawasan highland. Dan dalam perjalanan ke Isle Of Skye. Masa perjalanan untuk sampai ke tempat yang di tuju pun tidak dapat di pastikan. Macam ketika kami datang ke Edinburgh. Kami mungkin berhenti di mana-mana atau mungkin juga sesat. Sepanjang memandu di UK memang kami tak guna GPS pun.
Dari Leith kami memandu menuju ke Queensferry dan melintasi jambatan Forth Road Bridge. Mulanya aku ingatkan akan memandu dan menaiki Forth Bridge dan bercadang nak berhenti di situ untuk mengabadikan kenangan. Rupanya Forth Bridge hanya untuk laluan keretapi saja. Forth Bridge ni jambatan yang berwarna merah yang merentasi muara sungai Forth dan airnya mengalir masuk ke Laut Utara.
Di kiri ialah Forth Road Bridge dan di sebelah kanan
yang berwarna merah ialah Forth Bridge. (Pix pinjam
dari Google).
Kawasan letak kereta Atholl Road, Pitlochry. Masing-masing
ambil peluang untuk makan bekalan yang di bawa.
Kenangan bersama anak-anak di Pitlochry.
Kami berhenti sekejap di tourist information, Pitlochry untuk mendapatkan peta. Cuaca sungguh sejuk walaupun summer. Udara terasa segar dan bernafas pun 'sedap'. Apa yang menariknya setiap April hingga penghujung September di Pitlochry ini ialah melihat ratusan ikan salmon melompat tangga-tangga yang dibina untuk melepasi empangan setinggi 86 meter dan menuju ke hulu sungai untuk bertelur.
Dari Pitlochry kami memandu ikut A86 menghala ke Spean Bridge. Journey kami kembali bermula... Dan selepas itu kami nampak banyak signboard tertulis perkataan 'loch'. Setelah beberapa kali terjumpa perkataan itu barulah aku faham ia merujuk kepada tasik... sebab setiap kali nampak signboard yang tertulis loch... pasti ada tasik berhampirannya.
Cantik sungguh pemandangan dan landskap di sepanjang perjalanan kami. Sungguh dramatik. Kami melewati kawasan pergunungan yang menghijau. Terdapat banyak tasik-tasik. Kecil dan besar. Dan tasik-tasik ini mengalami air pasang surut. Aku agak pelik macam mana ianya berlaku tapi itulah yang kami lihat ketika perjalanan pergi dan balik.
Semakin jauh kami 'meneroka' semakin cantik pemandangan di hadapan kami. Dari puncak-puncak gunung di kiri kanan jalan kami melihat aliran anak-anak sungai mengalir turun di celah-celah batu. Dan nun jauh di puncak gunung kami nampak glacier. Ada kalanya puncak-puncak gunung tersebut di selubungi kabus. Walaupun summer tapi suasana di kawasan tanah tinggi ini lembab dan sejuk.
Glacier... Kakak aku yang mula-mula nampak. Bila dia
kata ada salji kami cakap mana ada salji musim panas.
Tengok macam mana National Nature Reserve di tulis
dan di sebut dalam bahasa Gaelic.
Anak-anak sungai yang mengalir turun dari
celah-celah batu gunung.
MUSIM PANAS PUN SEJUK JUGA DI SANA HINGGA ADA GLASIER DI GUNUNG..INDAH SEKALI PEMANDANGANNYA...TULISAN GAELIC NI KENAL KAT PC JER UNIK JUGA..
ReplyDeleteIndah dan damai je PI...
DeleteSubhanallah....cantik sungguh pemandangannya...ciptaan Allah memang menakjubkan
ReplyDeleteKawasannya tenang dan lengang saja mama aryan. Kenderaan pun jarang-jarang saja lalu.
Deletedua jambatan yg berbeza bentuk..dua2 menarik...
ReplyDeleteloch n scotland..berpisah tiada..
nohas dulu study di scotland ke?
Deletebelajar di Birmingham..
DeleteSesekali mesti merindui tempat tu kan.
DeleteCanteknya pemandangan menghijau ...tengok gambar je pun dah terasa damai nya.
ReplyDeleteDua entry lepas yg saya ketinggalan keretapi pun saya dah baca...seronok baca pengembaraan sweety.
Saya bayangkan kalaulah time winter mesti gunung-gunung tu putih di selaputi snow...
DeleteTerima kasih Saniah...
Cantikkk sangat..bestkan bila kita drive kat desa2 diorang....
ReplyDeleteBestlah wa... dapat tengok benda-benda lain yang jarang dah tak pernah kita lihat.
Deletezie bayangkan kalau zie berada di sn mesti dah melompat terjah anak sungai tu, celup2 kaki. rasa air yang sejuk hihii ..berangan sungguh !!
ReplyDeleteSejuk airnya bukan sejuk biasa Zie... sejuk macam air yang kita simpan dalam peti sejuk tu... tapi jernih sangat sampai nampak ikan2 yang berenang dalamnya...
DeleteMula-mula mmg berangan dulu... lepas tu bolehlah pergi kan...
dari jauh nampak glasier tu
ReplyDeleteBesar jugak Nieda... selepas yang ini kami jumpa banyak lagi glacier. Kawasan yang kami lalu ni dah menghala ke utara Britain.
DeleteMusim summer pun boleh nampak glacier klau musim winter macamanalah agaknya. Dah tentu kawasan tu memutih kan sweetie.
ReplyDeleteWalau time ni summer tapi kawasan pergunungan ni mmg sejuk kak Zai sebab kedudukannya di utara Britain. Walaupun ada matahari tapi tak rasa pun... dingin jugak. Saya pun membayangkan benda yang sama... time winter mesti di selubungi snow.
Deletecantiknya pemandangan. kalau akak kesana mesti nak tengok ikan salmon melompat2 nak pindah tempat utk bertelor..
ReplyDeleteGeram nengoknya kakyon...
Delete