Wednesday, July 6, 2011

Happy Birthday Dik Da...

Hari ini Ojet genab 18 tahun. Sudah anak dara. Pagi tadi aku dah hantar sms ucap “epi besday”. Kalau tidak nanti menangis, sebab lupakan birthday dia.

Kalau dikenang-kenang kembali masa kecilnya dulu, Ojet ni memang menguji kesabaran aku. Kuat menangis dan meragam. Pernah aku kata aku nak buang dia sebab dah tak tahan lagi dengan ragamnya, asyik menangis dan aku sendiri tak tahu apa nak buat. Tapi sekadar cakap je lah, sayang sebenarnya.

Tapi yang peliknya bila pak ngahnya (arwah) belai dan layan dia elok pulak. Kalau pak ngahnya beri dia susu, mahu pulak dia menghisapnya. Alih-alih aku pulak balik yang kena marah dengan arwah abang. Anak tu menangis sebab lapar. Tapi masalahnya bila aku yang beri susu dia tak mahu menghisapnya.

Sampai sekarang pun, aku dengan Ojet ni tak berapa nak ngam. Selalu saja berbalah pendapat.

Sunday, July 3, 2011

Rindukan anak-anak..

(Jeti Umbai untuk ke Pulau Besar.)

(Teringatkan anak-anak masa menjamah makanan ni.)

Sunyinya! Sejak Ojet masuk U dan tinggal di kolej aku jadi kesepian. Petang bila pulang dari kerja tiada lagi yang menyambut kepulangan aku di rumah. Tiada lagi yang bertanya, “awalnya mak balik hari ni?” Waktu abang dapat tawaran belajar luar negeri dulu aku tidaklah rasa sunyi sangat sebab masih ada Ojet di sisi.

Suasana di rumah pun terbiar dan tak terurus. Aku jadi malas dan lebih suka tidur untuk menghilang rasa sepi dan rindu pada anak-anak. Atau paling tidak setiap hujung minggu aku melepak je di rumah kakak. Adalah juga teman untuk borak-borak.

Ada juga aku suarakan rasa hatiku yang dilanda kesunyian pada husband, tapi tak ada respond pun. Sedih dan geram aku pada sifat tak kisahnya.

“Jo kita g Umbai!” bagai pucuk di cita ulam mendatang. Bila adik mengajak aku tidak menolak. Sekurang-kurangnya terhibur juga sikit hati. Dan kami bercadang nak makan ikan bakar di sana. Tapi dalam perjalanan topik perbualan kami tak lari dari kenangan dan cerita-cerita tetang anak-anak ku, abang dan Ojet. Sememangnya aku tidak akan jemu-jemu bercerita tentang anak-anak. Mereka seperti denyut nadi jantungku.

(Pemandangan dari jeti.)