Tidaklah aku tahu macam mana lelaki
dalam costum witch ni boleh terapung.
Hari di mana aku sekeluarga sampai, sedang berlangsung Fringe festival di Edinburgh. Festival Fringe di Edinburgh ini adalah perayaan seni terbesar di dunia dan berlangsung pada setiap bulan Ogos selama tiga minggu. Dan kawasan yang menjadi tumpuan ialah di sekitar ‘old town’ dan sepanjang jalan Royal Mile. Macam-macam pertunjukkan, pameran dan acara di adakan. Muzikal dan opera, tarian, pertunjukkan circus, pidato jalanan, teater, komedi serta rancangan untuk kanak-kanak.
Di sepanjang Royal Mile hingga ke Castlehill terdapat pertunjukkan orang-orang yang mengenakan pelbagai kostum dan tergantung. Berpakaian ala gladiator, ahli sihir, pupet dan macam-macam lagi.
Menonton orang tergantung-gantung kami agak 'gayat' dan tertanya-tanya dalam hati... macam mana mereka boleh tergantung. Anak-anak cuba 'meraba-raba' di bawah tempat mereka tergantung... kosong dan tidak ada apa-apa pun. Juga tidak ada tali yang mengikat badan mereka.
Lagi orang 'tergantung-gantung'.
Orang yang berpakaian dalam pelbagai kostum
dan jadi tumpuan pelancong untuk bergambar.
Lelaki 'berskirt' peniup bagpipe. Teringat dulu-dulu masa
'belum kenal Scotland' nak tergelak bila ada pelawat dari UK
pakai begini datang office.
'belum kenal Scotland' nak tergelak bila ada pelawat dari UK
pakai begini datang office.
(nota mak: Rupanya maksud fringe ini merujuk kepada wadah untuk seni persembahan. Terus terang aku ni tak teror sangat dalam bab BI ni... kalau di translatekan fringe bermaksud pinggir... hehehheh..)
sonoknyerr uoolss ., ;p
ReplyDeleteMestiii TL.. ;)
Deletemenariknya..kreatif betul depa, tulahh..nak tau jg mcmana boleh tergantung mcm tu kan..
ReplyDeleteMacam-macam pesen lagi dorang pakai nohas. Tapi saya paling minat dengan pakaian witch tu...
DeleteItu yang menjadi musykilnya... mungkin dorang guna kuasa medan magnet... kan kalau cas positif dan positif atau negatif dgn negatif bila di dekatkan ia akan menolak antara satu sama lain. Lagipun masa tergantung tu depa diam dan bergerak-gerak.
hmm pelik juga boleh tergantung-gantung gitu...nampaknya xperlu tali kalau nk shoot filem org tergantun ya...pandai depa.
ReplyDeleteHmmm kannn... pandai dorang buat trick..
DeleteDia pakai besi tu n then ada platform kecik atach kat tiang besi tu. Costume depa pakai tu cover besinya. Kami tau sbb anak sy dulu gatal tangan pergi selak. Huhuhu
ReplyDeleteohh, macam tu, kantoi dah taktik dia..hahaha
DeleteTapi tiang besi untuk sangkutkan platform tu kecik je Naflyna... boleh tahan pulak support berat depa...
DeleteHajar, Tq singgah di blog saya...
DeleteMacam silap mata pernah kak zai tengok kat TV macamana diaorang buat trick bila buat silap mata. Agaknya betul juga Kata naflyna tu.
ReplyDeleteBukannya agak lagi kak Zai... dah memang betul sebab anak dia sendiri yang pergi mengintai dan menyelak kostumnya tu.hehhehhe...
DeleteHi Sweetie, my bahasa is out of tune, but enjoyed your well taken pics here. Love that pic of the Highlander with the bagpipes. He must be very tall! And wondering about that 'tergantung' pic...cannot figure out how.
ReplyDeleteAnyway, have fun and simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
Hi Lee... ya peniup begpipe tu mmg tinggi... dan saya pulak 'sangat comel' hehehhe... Pasal tergantung tu... rupanya mereka berdiri atas satu platform yang disambungkan pada besi yang mereka pegang.
Deleteorg betul ke patung tu?
ReplyDeleteOrang betul Zie.
DeleteUniknyaaaa....kat sana macam macam kita boleh tengok mende2 pelik kan...
ReplyDeleteKalau Wa bawak anak-anak ke sini mesti anak2 wa suka.
Deletepelikkan ? Macam mana lah manusia boleh tergantung tu kan...tertanya2 sejak dulu lagi
ReplyDeleteSaya pun... tapi tu blogger Naflyna dah merungkai kemusykilannya Nieda.
Delete