Thursday, July 17, 2014

Doa saja yang mampu....

Sekali lagi kita semua tersentak... belumpun reda trauma insiden kehilangan MH370 kali ini kita dikejutkan pula dengan kejadian pesawat MH17 di tembak jatuh di Ukraine. Betapa kejadian ini berlaku di bulan yang mulia ini dan tinggal tak berapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan 1 syawal. Aku turut bersimpati dan seakan dapat merasakan kesedihan waris-waris ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian ini.

Ketika menerima berita kejadian ini... abang berandaian dengan aku... "mungkin ada antara penumpangnya student yang belajar atau transit di Amsterdam dalam perjalanan pulang ke tanahair. Pasti di dalamnya penuh dengan rakyat Malaysia yang ingin pulang berhari raya." Bayangkan perasaan aku seorang emak yang ada anak belajar jauh di rantau belah sana... yang menggunakan pengangkutan itu untuk pulang semula. Risaunya aku... "

Sebagai emak memang aku tidak dapat menepis segala kerisauan ini. Ya Allah! kau lindungilah anak-anak aku dan kami semua dari segala bala bencana ini!.."

Menambahkan lagi kerisauan aku, penghujung bulan Ogos ini, Ojet akan terbang ke Indonesia sebagai wakil universiti (UiTM khususnya) untuk satu program yang di namakan... Indonesia, Malaysia, Thailand Growth Triangle (IMT - GT) di Medan. Dalam saat-saat yang pada aku amat getir ini... anak-anak pulak menggunakan pengangkutan udara... terbang ke sana kemari.

Hendak di larang atau tak benarkan dia sertai program tu tak boleh juga. Dia sudah di pilih sebagai salah seorang mewakili negara dan program tu besar manfaatnya pada dia nanti. Entahlah! Doa saja yang mampu aku panjatkan agar anak-anak aku sentiasa dilindungi dari sebarang kejadian yang tidak diingini. InsyaAllah!

(nota mak: Takziah buat waris-waris mangsa yang terlibat. Bersabarlah menghadapi segala dugaan ini. Hanya ini yang mampu aku titipkan walaupun aku sedar... ianya tidak semudah yang di ucapkan.)

Tuesday, July 1, 2014

Berdoa untuk anak-anak....

Tak kerja hari ni... Aku cuti... cuti menunggu abang balik! Di luar cuaca gelap. Angin kuat dan hujan lebat dengan petir dan kilat. Hati aku berdebar-debar. Satu kerja pun tak jadi. Mata pulak tak lari dari mengerling jam di screen talipon. Dah pukul 5 petang tapi aku tak prepare apa-apa pun untuk berbuka petang ni. Cadangnya aku nak buat cekodok pisang dengan milo panas saja berbuka nanti.

Abang sekarang dah dalam penerbangan balik ke M'sia. Pukul 2 petang tadi abang sms beritahu dia dah transit di Abu Dhabi dan tengah tunggu nak boarding... dan aku balas smsnya "mak tak sabar nak jumpa dan peluk abang!"

Dalam hati aku sekarang hanya doa untuk anak-anak.... Semoga abang selamat sampai... dan semoga Ojet mendapat kecemerlangan lagi dalam exam Sem 4 yang sedang di hadapainya sekarang ini.

Pukul 10 malam nanti abang akan sampai di KLIA. Lepas berbuka dan Isyak nanti aku sendiri yang akan pergi menjemput dia di airport. InsyaAllah!

(nota mak: dalam buku-buku sastera klasik yang pernah aku baca, seringkali aku terjumpa kata-kata begini, "ibarat tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah...)