'Pekan lama' Edinburgh
Edinburgh Castle
'Menonton' Edinburgh buat pertama kali membuatkan aku seolah-olah berada di Perancis. Berusia ribuan tahun dan merupakan sebuah kota lama yang telah di bangunkan. Sejak abad ke tujuh hingga kesepuluh ia merupakan sebahagian daripada Anglian Kingdom of Northumbria. Kemudiannya menjadi kota kerajaan raja-raja Scotland. Edinburgh kemudiannya jatuh ke tangan Inggeris ketika Perang Kemerdekaan Scotland.
Kalau nak di tulis tentang sejarah Edinburgh ini memang tak cukup ruang... Terlalu panjang dan banyak kisahnya sehingga ia kelihatan seperti hari ini... tetapi sekurang-kurangnya berada di Edinburgh mengubat ‘kecewa’ hatiku kerana tidak berpeluang melawat Perancis.
Kebanyakan bangunan di Edinburgh tak tinggi. Begitu juga dengan rupa bentuknya. Masih dipelihara dan dikekalkan dari mula ia di bangunkan pada abad ke-12. Ketika kami sampai... penghuni Edinburgh sedang berfestival. Memang ramai orang. Semuanya bertumpu di kawasan The Royal Mile. Di mana terdapatnya satu castle iaitu Edinburgh Castle dan tapak mulanya pembangunan bandar Edinburgh.
Masuk saja kawasan Royal Mile, perkara pertama yang menjadi masalah pada kami ialah tempat letak kereta. Susah sangat dan kalau ada pun jauh dari kawasan yang menjadi tumpuan pelancong yang menjadi lokasi tapak festival. Terletak di kawasan tinggi dan menjadi masalah pula pada kakak aku yang tak berdaya untuk berjalan jauh dan mendaki. Dan kami dapat surat saman dari majlis perbandaran Edinburgh kerana meletakkan kenderaan di tempat yang tidak di benarkan.
Kakak aku shopping souviner
di deretan kedai-kedai di The Royal Mile.
Pemandangan dari Edinburgh Castle. Kelihatan Laut Utara.
Inilah sebahagian dari bandar Edinburgh dan
nun jauh di belakang sana... itulah Edinburgh Castle.
(kreadit pix: British Travel Blog)
nun jauh di belakang sana... itulah Edinburgh Castle.
(kreadit pix: British Travel Blog)
edinburdge ni bagai kota lama yg sarat dgn sejarahnya...suasana castke kama seram juga mandangnya...rupanya scotland dulu di bawah peranchis ya...sejarah dunia ni xberapa tahu sgt..
ReplyDeleteSetahu saya Perancis tidak pernah menjajah Scotland PI... tapi dalam sejarahnya, di Scotland ni banyak puak-puak yang mendiaminya dan sering berperang terutama dgn org2 Inggeris dan Scotland sering meminta bantuan dari Perancis. Begitulah lebih kurang.
DeleteHati saya terubat dtg ke Edinburgh sebab asalnya nak mengembara ke beberapa buah negara Eropah tapi hajat tak sampai sebab time ni RM semakin susut nilai... nilah jalan2 ke Scotland... tapi tak sangka kembara kami ke Scotland mmg tak mengecewakan.
Tengok pada gambar bangunan nya memang sangat klasik....kita kat mlsia ni payah nak jumpa bangunan2 lama kecuali di melaka .
ReplyDeleteHmmm...terror juga sweety bab2 sejarah ni ya.
Taklah pandai Saniah... sejarah Tanah Melayu pun tak 'khatam' lagi inikan pulak sejarah dunia... tapi setiap kali saya ke satu2 tempat tu, tempat pertama saya pergi ialah tourist centernya... ambil brochure... baca-baca sikit.. baru seronok dan paham tentang apa yg saya tengok.
DeleteBangunan lama penuh dengan sejarah. Itu yang menjadi kebanggaan kalau kita dapat jejak. Kak Zai suka tengok gambar yang bawah tu unik.
ReplyDeleteFirst time tegok bangunan tu saya ingatkan gereja kak Zai... bila masuk dalamnya cuma cafe dan tourist center. Ada satu lagi bangunan yang rupa bentuk macam ni... tapi saya tak dapat ambik gambar sebab jauh sangat nak berjalan ke tempat tu.
DeleteBangunan lama kuat dan kukuh...kekal bediri zaman berzaman
ReplyDeleteBinaan lama-lama ni mmg kukuh Nieda... Tengoknya jelah tembok besar China... sampai skrg masih kekal elok.
DeleteDari dulu teringin nak gi sini..ntah bilalah boleh sampai hihihihi.... :) Nama pun sedap jekan..bangunan semua unik2..
ReplyDeleteAda dua 'pecahan' bandar Edinburgh ni Wa... tapi yang jadi tumpuan di kawasan Royal Mile ni lah. Bolehlah bawak anak-anak cuti sekolah ni...
Deletecantik pemandangannya....... banyak shopping ker
ReplyDeleteTak de Zana... Masa tu RM makin lama makin 'kecik' so nak beli apa-apa guna duit yang ada dalam tangan jelah... tak berani nak ambik lagi dlm bank... nanti keluarnya 'besar' tapi bila di convertkan jadi 'kecik' sangat.
DeleteBandar Edinburgh ni terbahagi pada dua Diana... lama dan baru... tapi yg jadi tumpuan di bandar lama ni lah. Bangunan2 tu semuanya dah ribuan tahun usianya tapi masih di pelihara.
ReplyDeletetegok gambar pon seronok , kalau dpt pegi mesti lompat bintang ;)
ReplyDeleteTakkan nak tengok je cik Bunga...
Deletekalau dlm bandar, depa lebih suka guna public transport, sbb tu susah nk cari tempat parking..memang jamu mata tengok castle dan bangunan2 lama di Scotland...festival apa tu, wahh..sonoknya shopping souvenirs..
ReplyDeleteKami terpaksa bawak kereta nohas sebab kakak saya tu tak larat berjalan... jalan-jalannya pulak semua mendaki dan tinggi. Boleh semput kakak saya tu.
DeleteFringe festival... owh memang seronok dan kalau tak beringat mmg boleh kering poket.