Monday, March 15, 2010

Berlalu sudah debaran...

(Saling mengucapkan tahniah!)

Akukah yang paling over? Huh! bila dikenang-kenangkan balik malu pun ada. Mak orang lain tak de pun terjerit bila keputusan SPM anak mereka diumumkan. Paling tidak sekadar peluk dan cium pipi.

Eii... aku lupa diri seketika. Aku tak akan lupa detik itu. Hari dimana abang melakar sejarah buat dirinya sendiri.

"Congratulations!” abang melompat-lompat. Lepas tu sorang kawan abang datang dan datang lagi ikut sama melompat-lompat kegembiraan.

Penantian selama dua bulan sudah berakhir. Yang ditunggu-tunggu sampai juga. Selepas ini apa lagi...?

“Apapun tahniah buat abang. Mak tetap dan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan sentiasa mendampingi abang!”

Monday, March 1, 2010

Benum, Kelang dan Jeti Pantai Kelanang....

(Cafe kem PLKN Benum, Raub, Pahang)

H1N1 lagi, Abang call dari kem PLKN,tapi kali ini aku tak gelabah sangat. Dah ada pengalaman menghadapinya masa abang di SDAR tahun lepas. Abang pun sama, cuma dia minta ‘kurier’kan vitamin C.

“Jangan datang, sekarang ni beberapa orang dah dijangkiti H1N1”, pesan abang dalam talipon. Tapi aku tak sampai hati, apa-apa pun mesti tengok keadaannya.

Pagi-pagi lagi lepas sembahyang subuh ditemani kakak, aku memandu menuju ke Raub. Sebelumnya aku singgah di restoran KFC pekan Bentung. Hmm.. tentunya buah tangan buat abang... (favourite dia tu).

“Kenapa mak datang, kurier je”. Melihat abang tersenyum hati rasa lega.

“Saja”.

Sambil menemani abang makan KFC kami berbual-bual.

“Result SPM dua minggu lagi, abang rasa macam mana?” Saja aku menduga.

“Entah, suspend gak”. Dan abang lebih banyak bercerita tentang latihannya di kem. Tentang keseronokkannya mengikuti latihan menembak, flying fox dan macam-macam lagi. Tak macam waktu mula-mula datang dua bulan dulu. Semuanya negatif...

“Mak tahu, yang paling seronok sekali latihan menembak! Mula-mula tu abang takut gak, tapi lepas tu best! Flying fox pun best. Rasa takut masa nak keluar dari pelantar tapi bila dah tergantung ditengah-tengah tu yang best. Abang siap pusing-pusingkan badan lagi.” Dalam hati ku, abang mesti berangan jadi ultraman. Umur dah menjangkau 18 tahun tapi masih keanak-anakkan dan manja.

Alhamdulillah! anak lelaki ku sudah membuktikan, dia juga boleh melakukan aktiviti lasak yang selama ini tak pernah dilakukannya. Cuma abang risaukan jerawat yang dah banyak tumbuh di wajahnya.

“Oklah abang, mak lepas ni nak gi Kelang ngan Umi!”

“Buat apa?”

“Jemputan kahwin di Taman Sri Andalas, lepas tu mak nak pi Banting pulak”

“Sempat ke Mak!”

“Sempat...”

“Mak jangan bawak kereta laju sangat!” Pesan abang. Mungkin kegemaran aku memandu laju sejak akhir-akhir ni merisaukannya.

“Ok!” Lepas cium pipi abang kiri kanan aku kembali semula ke KL.

Singgah di rumah sekejap sekadar menukar baju dan sembahyang zohor, aku memandu pula menuju ke Kelang. Cuaca panas dan jalan yang sibuk buat aku rimas dan mengantuk.

Di majlis kenduri aku jumpa kawan-kawan lama waktu sekolah dulu. Masing-masing dah berubah malah ada yang aku sendiri dah tak ‘cam’ lagi. Ada yang dah bermenantu dan bercucu. Aku?... anak yang sulung baru habis SPM. Lepas makan di majlis kenduri kahwin, aku terus memandu menuju ke Banting. Destinasinya jeti Pantai Kelanang.

(Jeti Pantai Kelanang dengan ikan-ikan segarnya)

Wow! udang-udang segar baru naik dari bot RM30 sekilo. Ikan tenggiri dan parang sekilo RM17 ringgit. Tentunya jika ada kesempatan aku akan datang lagi membeli ikan-ikan segar di sini. Atau paling tidak ajak suami memancing. Bila berdiri di jeti nampak ikan-ikan kecil melompat-lompat di permukaan air. Nampak macam best sangat.

Seharian memandu, bayangkan letihnya. Aku sampai semula kerumah pukul 8.30 malam. Kesian Ojet tinggal sendirian di rumah.