Sunday, November 1, 2015

144, The Moorings, Leith...


Selama tiga hari di Edinburgh aku dan keluarga menginap di apartmen Diana yang terletak berhampiran dengan pelabuhan Leith. Cantik apartmentnya... serba lengkap dan selesa. Ada tempat letak kenderaan. Percuma dan tak perlu permit. Dan juga tak jauh dari pusat bandar Edinburgh. Berdekatan dengan stesen bas. Kedai makan dan barang keperluan juga ada berhampiran. Cuma dengan berjalan kaki sahaja.

Apartmen ini asalnya sebuah gudang penyimpanan yang telah di ubah suai menjadi tempat kediaman. Ada tiga bilik tidur dan 2 bilik air. Dan dapur lengkap dengan mesin basuh dan pengering, mesin basuh pinggan mangkuk, oven dan microwave serta peti ais.

Petak letak kereta juga banyak di sediakan 
untuk penghuni apartment ini.

Ruang tamu yang luas dan lengkap dengan sofa, 
tv dan pemain video.

 Dapur yang serba lengkap. Semuanya kemas dan rapi.

Ruang makan

Masuk ke ruang dapur semuanya telah di sediakan. Bukan saja pinggan mangkuk, periuk dan kuali malah biskut, kopi, teh, gula dan keperluan lain juga di sediakan.

Mulanya kami menyangka mungkin Diana tidak menerima penyewa atau pelanggan dari kalangan orang Islam tapi sangkaan kami meleset malah Diana sendiri menegaskan penyewa tidak dibenarkan membawa minuman keras. Dan dia juga menerima dan menyewakan apartmentnya ini untuk orang-orang Islam.

Bilik-bilik tidur.

Selain dari rumah yang cantik ia juga di lengkapi dengan kemudahan wifi. Sepanjang tiga hari aku sekeluarga menginap di sini, kami memang puas hati dan terasa sayang nak meninggalkannnya. Malah sebelum keluar kami mengemaskan dan mengelap lantainya. Membasuh dan menyusun kembali periuk belanga dan pinggan mangkuk yang kami gunakan dan kami tinggalkannya seperti mana keadaannya ketika kami masuk.

(nota mak:)
1,2 & 3


1. Ruang tamu dan bilik tidur 3 bersebelahan. Gambar ini aku ambil dari pintu dapur.
2. Bangku yang di letakkan di laluan masuk ke bilik satu dan dua.
3. Armcair yang di letakkan berhampiran pintu masuk.

20 comments:

  1. nampak cantik dan kemas apartment tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami yang tinggal sini 3 hari pun sayang nak sepah2kan.

      Delete
  2. wow siap ada wifi lagi, baik Diana tu walaupun tidak seagamakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sewanya pun murah kalau nak bandingkan dengan segala kemudahan yang di sediakan Zie. Cakap juga dgn anak-anak, next time kalau adalah lagi peluang dtg ke Scotland, nak sewa apartment ni jugak.

      Delete
  3. kalau kita selesa dgn penginapan yg kita sewa selalunya kita akan menyewa di tempat yg sama kalau ke situ lagi...kak juga selalu buat gitu tapi setakat dlm negara saja lh kat luar negara xpernah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PI... saya kalau ke Arau Perlis selalu sewa satu homestay kat Jejawi... dah selesa duduk situ.

      Delete
  4. Cantek dan kemas nmpk bilek apartment Diana ni...memang terbaik lah jika gitu sikapnya pada peghuni Islam...lain kali sweety pergi taklah payah nak cari tempat tinggal kan...
    Kreatif sungguh omputih ni ya sweety...gudang pun boleh jadikan apartment yg cantek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar apartment ni Saniah. Selain dari bilik-bilik tidur ada juga stor tempat menyimpan barang-barang mcm penyapu, mop, papan tempat mengosok seterika dll... takdelah bersepah2... bila tak digunakan.

      Ada beberapa pintu... setiap pintu atau tangga ada 4 unit. Yalah Saniah, depa tak runtuhkan sebaliknya di buat pengubahsuaian dan di jadikan apartment. Kalau kat M'sia ni dah dlm kategori apartment mewah ni.

      Delete
  5. lawa deco rumahnya..tilam pun empuk boleh tenggelam bila tidur...nanti abang dan ojet cari mana mamanya hilang ...hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... simple je. Mana maknya boleh hilang di 'telan' tilam... maknya ni lebih besar dari tilam... hehhehe

      Delete
  6. cantik dan lengkap apartmentnya..tak sangka dulu ni gudang, bila dah direnovate jd menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepanjang saya di UK ni nohas, saya perhatikan depa tak runtuhkan bangunan lama tapi di baik pulih dan di jadikan pusat perniagaan atau tempat tinggal.

      Delete
  7. cantik dan kemas. tu lah kak, kalau ika pun mesti kemas dulu mcm keadaan asal mula2 masuk. macam mana kita dapat mcm tu la kita pulangkan. heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang boleh baca peribadi kita dari apa yang kita buat dan lakukan ika... walaupun lepas tu tuan rumah tak mungkin jumpa lagi kita tapi saya tetap tak mahu dia mengingati kita sebagai sorang yang pengotor.

      Delete
  8. Kalau dapat bilik macam ini memang puas hati bersih dan kemas. Itulah kelebihan negara kita semua bangunan lama diroboh untuk pembaharuan. Manakala kat luar negara bangunan lama dikekalkan tapi diubah menjadi sesuatu yang boleh digunakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah kak Zai.. kadang-kadang kita sendiri tak paham kenapa mesti nak robohkan sesuatu bangunan tu yang kalau ditengok boleh di baikpulih dan ada nilai 'sejarah' jugak. contohnya penjara pudu tu...

      Delete
  9. Cantiknyaaaaa....bersih pula tu..memang puas hati.kalau duduk rumah macam ni...bestttttt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau wa sekeluarga ke Edinburgh nanti bolehlah menginap di sini... murah jugak satu malam.

      Delete
  10. Lengkap dan selesa....pasti seronok kalu lebih lama pun kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lebih lama... banyak pulak duitnya KN... dari rasa selesa jadi tak selesa pulak... hehehhe

      Delete