Wednesday, February 18, 2015

Ada sebab untuk tersenyum...

Hari ini mungkin aku ada sebab untuk tersenyum lebar dan makan nasi dengan banyak hingga mengah. Sungguh kenyang. Tak pernah aku makan nasi begitu banyak seperti hari ini. Aku sungguh gembira sebenarnya.

Pertamanya, result exam Sem 5 Ojet dah keluar... keputusannya sungguh cantik. Jadi completelah lima semester Ojet menerima anugerah dekan. Aku macam nak berteriak satu alam beritahu semuanya A. Ada enam subjek semuanya.

Keduanya, tadi Ojet telah hadiri satu temuduga untuk tempat dia buat praktikal, research dan siapkan tesisnya nanti di salah satu syarikat GLC Malaysia. Kedudukannya di tengah-tengah bandar dan berhampiran dengan rumah. Hanya lima stesen LRT untuk sampai.

Menurut Ojet, antara soalan yang ditanya oleh penemuduga, “bagaimana awak membahagikan masa untuk study dan mengekalkan keputusan exam awak dengan pointer yang tinggi ini pada setiap semester di samping tugas-tugas sebagai ahli MPP dan menjadi wakil itu dan ini di universiti?”

Sementara itu pada sebelah pagi tadi, abang call dan beritahu tarikh graduation daynya. Untuk itu aku telah pun menempah tiket penerbangan untuk ke United Kingdom dan baju untuk dipakai pada hari bersejarah itu.

(nota mak: Kejayaan anak-anak adalah kebahagian aku... kerana itu aku suka menulis tentangnya. Maaf jika ada yang merasa ianya sebagai berlebih-lebihan tapi aku tidak dapat menyembunyikannya bersendirian... TAHNIAH! wahai permata-permata hatiku.)

Tuesday, February 3, 2015

Bersua juga...

Empat hari terlantar demam. Lembik dan terlentang atas katil. Makan minum semua tak lalu walaupun perut terasa pedih dan lapar. Ada tidaknya suap juga sesudu nasi kosong. Abang talipon pun aku tak mampu nak melayannya berborak.

Demam kali ini aku menangis sendiri atas katil di bilik. Tengok... semakin usia meningkat dah mula nak mengada-ngada. Ojet datang dan tolong picit-picit kaki dan tangan. Hantarkan air dan ubat.

Pagi ni dah rasa segar sikit dan start kerja. Walaupun masih ada rasa mamai-mamai lagi. Memandu tadi pun rasa macam khayal je.

-----------------------------------------------------

Pemberian kak Noor. Sayangnya kak Noor  
terlupa agaknya nak turunkan tandatangan... Yelah faham  
'Selebriti baru'... nervous lebih sikit... hehehe.

Sabtu lepas aku ke karnival Karangkraf. Cuaca hari tu panas kering. Tekak terasa haus tapi aku lupa pulak nak beli air mineral waktu singgah di stesen minyak. Selalulah macam tu... dah tua... banyak benda jadi lupa walau kadang-kadang perkara tu agak penting.

Untuk pertama kalinya bertemu dengan kak Noor yang membuat demo masakannya di Masakthon sempena karnival tu. Setelah sekian lama berborak, memberi komen dan mengusik di dunia maya akhirnya bersua juga.

Mulanya aku cuma berdiri saja memerhati dari jauh. Lemak dan manja je suara kak Noor menerangkan bahan-bahan yang di gunakannya. Penonton yang menyaksikan demo tu dapatlah merasa tiap resipi yang di masak oleh para chef yang di jemput. Kak Noor masak Pasta Aglio Olio dan Apple Fritters. Sedap!

Selain dari bersua dengan kak Noor, aku berkenalan juga dengan beberapa orang pengunjung lain yang datang ke karnival tu. Kebanyakkannya emak-emak yang mencari-cari buku resipi. "Geram betul!" tengok buku-buku dijual dengan harga yang murah. Sedar tak sedar hampir pukul 3 petang baru aku beredar.

Perjalanan balik sekali lagi aku terpaksa mengharungi cuaca yang panas dan trafik yang sesak di Lebuh raya. Inilah agaknya penyumbang terbesar yang membawa kepada demam tu. Sebab sebaik saja sampai di rumah aku dah tak berdaya dan badan rasa panas dan terus tertidur.

(nota mak: Terima kasih kak Noor atas permberian dua buah buku tu. Ojet nampaknya berminat dan teringin nak mencuba resipi-resipi yang ada di dalamnya.)