Wednesday, November 4, 2015

Edinburgh pengubat hati...

'Pekan lama' Edinburgh

Edinburgh Castle

'Menonton' Edinburgh buat pertama kali membuatkan aku seolah-olah berada di Perancis. Berusia ribuan tahun dan merupakan sebuah kota lama yang telah di bangunkan. Sejak abad ke tujuh hingga kesepuluh ia merupakan sebahagian daripada Anglian Kingdom of Northumbria. Kemudiannya menjadi kota kerajaan raja-raja Scotland. Edinburgh kemudiannya jatuh ke tangan Inggeris ketika Perang Kemerdekaan Scotland.

Kalau nak di tulis tentang sejarah Edinburgh ini memang tak cukup ruang... Terlalu panjang dan banyak kisahnya sehingga ia kelihatan seperti hari ini... tetapi sekurang-kurangnya berada di Edinburgh mengubat ‘kecewa’ hatiku kerana tidak berpeluang melawat Perancis.

Kebanyakan bangunan di Edinburgh tak tinggi. Begitu juga dengan rupa bentuknya. Masih dipelihara dan dikekalkan dari mula  ia di bangunkan pada abad ke-12. Ketika kami sampai... penghuni Edinburgh sedang berfestival. Memang ramai orang. Semuanya bertumpu di kawasan The Royal Mile. Di mana terdapatnya satu castle iaitu Edinburgh Castle dan tapak mulanya pembangunan bandar Edinburgh.

Masuk saja kawasan Royal Mile, perkara pertama yang menjadi masalah pada kami ialah tempat letak kereta. Susah sangat dan kalau ada pun jauh dari kawasan yang menjadi tumpuan pelancong yang menjadi lokasi tapak festival. Terletak di kawasan tinggi dan menjadi masalah pula pada kakak aku yang tak berdaya untuk berjalan jauh dan mendaki. Dan kami dapat surat saman dari majlis perbandaran Edinburgh kerana meletakkan kenderaan di tempat yang tidak di benarkan.

Kakak aku shopping souviner 
di deretan kedai-kedai di The Royal Mile.

Sepanjang The Royal Mile dan Castlehill hanya deretan kedai-kedai souviner. Dan jalan ini mendaki menuju ke satu castle yang betul-betul terletak di atas kawasan paling tinggi di Edinburgh dan ketika berada di situ boleh nampak keseluruhan bandar Edinburgh dan juga Laut Utara.

Pemandangan dari Edinburgh Castle. Kelihatan Laut Utara.

Inilah sebahagian dari bandar Edinburgh dan
nun jauh di belakang sana... itulah Edinburgh Castle.
(kreadit pix: British Travel Blog)

Tak pulak aku tahu ini bangunan apa.
Tapi cuma cafe saja di dalamnya.

18 comments:

  1. edinburdge ni bagai kota lama yg sarat dgn sejarahnya...suasana castke kama seram juga mandangnya...rupanya scotland dulu di bawah peranchis ya...sejarah dunia ni xberapa tahu sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya Perancis tidak pernah menjajah Scotland PI... tapi dalam sejarahnya, di Scotland ni banyak puak-puak yang mendiaminya dan sering berperang terutama dgn org2 Inggeris dan Scotland sering meminta bantuan dari Perancis. Begitulah lebih kurang.

      Hati saya terubat dtg ke Edinburgh sebab asalnya nak mengembara ke beberapa buah negara Eropah tapi hajat tak sampai sebab time ni RM semakin susut nilai... nilah jalan2 ke Scotland... tapi tak sangka kembara kami ke Scotland mmg tak mengecewakan.

      Delete
  2. Replies
    1. Bandar Edinburgh ni terbahagi pada dua Diana... lama dan baru... tapi yg jadi tumpuan di bandar lama ni lah. Bangunan2 tu semuanya dah ribuan tahun usianya tapi masih di pelihara.

      Delete
  3. Tengok pada gambar bangunan nya memang sangat klasik....kita kat mlsia ni payah nak jumpa bangunan2 lama kecuali di melaka .
    Hmmm...terror juga sweety bab2 sejarah ni ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah pandai Saniah... sejarah Tanah Melayu pun tak 'khatam' lagi inikan pulak sejarah dunia... tapi setiap kali saya ke satu2 tempat tu, tempat pertama saya pergi ialah tourist centernya... ambil brochure... baca-baca sikit.. baru seronok dan paham tentang apa yg saya tengok.

      Delete
  4. Bangunan lama penuh dengan sejarah. Itu yang menjadi kebanggaan kalau kita dapat jejak. Kak Zai suka tengok gambar yang bawah tu unik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time tegok bangunan tu saya ingatkan gereja kak Zai... bila masuk dalamnya cuma cafe dan tourist center. Ada satu lagi bangunan yang rupa bentuk macam ni... tapi saya tak dapat ambik gambar sebab jauh sangat nak berjalan ke tempat tu.

      Delete
  5. Bangunan lama kuat dan kukuh...kekal bediri zaman berzaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Binaan lama-lama ni mmg kukuh Nieda... Tengoknya jelah tembok besar China... sampai skrg masih kekal elok.

      Delete
  6. Dari dulu teringin nak gi sini..ntah bilalah boleh sampai hihihihi.... :) Nama pun sedap jekan..bangunan semua unik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dua 'pecahan' bandar Edinburgh ni Wa... tapi yang jadi tumpuan di kawasan Royal Mile ni lah. Bolehlah bawak anak-anak cuti sekolah ni...

      Delete
  7. cantik pemandangannya....... banyak shopping ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de Zana... Masa tu RM makin lama makin 'kecik' so nak beli apa-apa guna duit yang ada dalam tangan jelah... tak berani nak ambik lagi dlm bank... nanti keluarnya 'besar' tapi bila di convertkan jadi 'kecik' sangat.

      Delete
  8. tegok gambar pon seronok , kalau dpt pegi mesti lompat bintang ;)

    ReplyDelete
  9. kalau dlm bandar, depa lebih suka guna public transport, sbb tu susah nk cari tempat parking..memang jamu mata tengok castle dan bangunan2 lama di Scotland...festival apa tu, wahh..sonoknya shopping souvenirs..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami terpaksa bawak kereta nohas sebab kakak saya tu tak larat berjalan... jalan-jalannya pulak semua mendaki dan tinggi. Boleh semput kakak saya tu.

      Fringe festival... owh memang seronok dan kalau tak beringat mmg boleh kering poket.

      Delete