Wednesday, November 18, 2015

Bermimpilah...

Perjalanan pulang... hari kian senja... Gunung-gunung 
sudah berselimut kabus. Barangkali juga ingin mengucapkan 
selamat malam pada kami...

Seharian memandu sambil menyusuri kaki gunung, meredah segenap sudut di kawasan tanah tinggi Scotland. Menyaksikan scenary alamnya yang menakjubkan. Terbentang di depan mata satu pemandangan yang sungguh berbeza dari kebiasaan yang aku lalui hari-hari.

Kawasan alam semulajadi yang langsung tidak terusik. Ketika ini musim panas, pokok-pokok menghijau subur. Aliran air sungai yang jernih.. sejuk dan jadi tempat ikan-ikan salmon bertelur apabila tiba musimnya.

Tasik-tasik yang di penuhi air... di kelilingi gunung-gunung dan tetap utuh tanpa di cemari sebarang aktiviti yang boleh merosakkan ekologinya. Hutan-hutan pokok pine yang cantik dan tumbuh tersusun. Glacier dan berkabus serta bongkah-bongkah batu besar seakan melengkapkan seni alamnya. Merenung puncak gunung-gunung yang menjulang tinggi seakan menggamit rasa untuk cuba mendakinya.

Udaranya pun segar. Apabila berhenti dan dapat keluar dari kereta aku sedut nafas dalam-dalam. Terasa sejuk dan terbau keharuman daun-daun.

Terdapat banyak rumah-rumah penginapan dan hotel 
di kawasan highland ini... salah satunya Atholl Arms Hotel 
yang terletak di jalan B8079. 


Singgah sebentar di Atholl Arms menumpang
untuk 'membersihkan' diri.

Kami tinggalkan kawasan tanah tinggi ni dengan seribu kenangan. Bermimpilah untuk sampai ke sini lagi. Dalam perjalanan balik laju kereta kami membelah keheningan senja. Meliuk lintuk dedaunan tumbuhan kecil di kiri kanan jalan apabila terkena angin pecutan kenderaan kami seakan melambai dan mengucapkan selamat jalan.

14 comments:

  1. scotland bagai sebuah negara dulukala yg terpelihara alam sekitarnya drpd pencemaran yg merosakan ya sweetie...kagum sekali dgn cara sweetie menulis gambaran tentangnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scotland ni kaya dengan hasil buminya terutama minyak. Pembangunan pun kurang... itulah yang mengecewakan pendudukanya... hasil minyak darinya jadi sumber pendapatan negara (UK) tapi pembangunan banyak tertumpu di bahagian selatan... Dlm pilihanraya mereka tahun lepas sudah ada ura-ura Scotland mahu keluar dari UK tapi pihak yang ini kalah. Mereka inginkan pembangunan tapi kita sebagai pelancong suka tengok keindahan alamnya yang tak terusik...

      Terima kasih atas pujian tu PI... serba sedikit blog ini jadi tempat saya mengasah bakat sebagai penulis ya...

      Delete
  2. Alangkah damainya jika tempat kita ni ada suasana segar dan alam sekitar yang terpelihara seperti disana....
    Mestinya satu kepuasan pada sweety hadir ditempat ini dengan bangunan yang unik juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketika berada di sini fikiran terasa lapang. Indah, tenang... bersih dan segar... Dah lama tak merasai semua ni tambahan saya tinggal di tengah-tengah bandar KL. Bising dan hiruk pikuk. Bunyi bising kenderaan dan motor bederum deram...

      Taman perumahan pulak jiran2 bela ayamlah, rumah dibuat kedai runcit dan kedai ikanlah walaupun semua tu sebenarnya tak boleh. Jadi rumah dengan pasar takda beza.. berserabut... dan otak kita pun jadi berserabut jugak... Kebetulan dtg tgk anak konvo... ambil peluang jalan2... 'terpergi' pulak ke tempat2 yang mmg cantik dan tenteram... relax kejap fikiran dan mata.

      Delete
  3. rasa sedih pulak baca endingnye..yelah, setiap permulaan ade pengakhirannye kan..yang penting kenangan dalam ingatan tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Rafidah. Kenangan manis kami sekeluarga ini akan di kenang sampai bila-bila.

      Delete
  4. Penulisan sweetie dapat kak Zai gambarkan betapa indahnya Scotland. Siapa tahu sweetie dapat ke sana lagi satu hari nanti.

    Kak Zai belum pernah ke Scotland walau sudah jejak UK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkesan jugak ke di hati kak Zai? owh! tak mungkin lagi saya boleh ke sana lagi... bermimpilah siang malam... jauh tu. Banyak pulak duitnya utk sampai ke sana.

      Saya pun tak terfikir nak pergi ke Scotland sebenarnya kak Zai... tapi kerana nilai ringgi yang jatuh aritu... itu yang buat kami sekeluarga terpaksa menukar agenda perjalanan kami.

      Delete
  5. Bc coretan ni rs dah berada di sane.. Dpt bygkan.. Bestnye dpt nikmati keindahan semulajadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah saya jadi penulis buku pelancongan lepas ni ya LB.

      Delete
  6. Betul tu ...baca saja coretan sweety ni seakan dah berada disana... sambil pejam mata membayangkan nya...

    Untuk benar2 sampai kesana , mungkin hanya dalam mimpi aja lah...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KN boleh pergi... ajaknya doktor muda tu jalan-jalan ke sana...

      Delete
  7. Assalamualaikum Sweetie.. Lama tak menjengah ke sini. Teruja baca catatan perjalanan Sweetie ni. Terasa bagai turut sama di sepanjang perjalanan.

    ReplyDelete