Beginilah... gambar yang goyang dah cukup
memberitahu macam mana keadaan aku di belakang
yang terkejar-kejar mengikut abang dan Ojet.
Termengah-mengah aku mengikut langkah anak-anak. Di tambah lagi dengan turun naik... turun naik tangga di stesen tube. Longgar lutut. Nasib baik beg pakaian aku di tarik oleh abang. Kalau tak mau semput di buatnya.
Dari Bayswater kami turun di Edgware Road dan menukar laluan untuk ke King Cross St. Pancras. Keretapi dari St. Pancras ke Sheffield akan bergerak pukul dua belas lima puluh tengahari nanti. Sesekali aku berlari-lari mengejar abang dan Ojet yang dah jauh ke depan. Abang kata nak cepat sebab nak print tiket. Tiketnya dah booking online. Abang ambik tiket first class. Katanya nak bagi aku selesa. Tambangnya 26 pound tapi kalau ikut harga sebenar tiket ialah 90 pound.
Tiket...
Abang beritahu, kena selalu tengok website East Midland trains ni... kadang-kadang mereka buat offer tambang murah. Masa itulah booking.
Dua tahun dulu, pertama kali aku datang UK, abang bawa naik bas untuk ke Sheffield. Masa tu winter. Cuma snow saja yang memutih. Kali ni dia bawak aku naik keretapi. Janjinya, pemandangan sepanjang perjalanan cantik. Melalui ladang-ladang pertanian dan ternakan. Juga sungai-sungai, tasik dan rumah-rumah penduduk Lagipun perjalanan dengan keretapi dari London ke Sheffield cuma dua jam berbanding bas iaitu lima jam.
Itu trainnya. Sambil berlari aku snap gambar ni.
Coffee dan biskut yang di berikan oleh
pelayan keretapi. Percuma.. mintalah berapa kali pun.
Tak lama menunggu... keretapi sampai tepat pada masanya. Sekali lagi aku berkejar-kejar mengikut abang. Koc kami depan sekali. Sebaik dapat tempat duduk, trains mula bergerak meninggalkan stesen St. Pancras.
Pelayan trains datang sambil menolak troli dan bertanyakan sama ada kami ingin minum dan makan. Kami cuma ambil coffee dan shortbread. Makanan lain dah tentu tak halal.
Di luar cuaca mendung. Langit kelam dan hujan mula turun. Pergerakkan trains terasa pantas. Anak-anak sibuk berFB. Ada wifi dalam trains. Penumpang-penumpang lain pun sama aku tengok. Malah kalau bercakap melalui talipon dari atas keretapi yang bergerak pun jelas taliannya. Waktu itu aku cuba bercakap dengan Iqa anak angkat aku di Kuala Kangsar. Jelas kedengaran suara Iqa di hujung talian.
Sepanjang perjalanan kamera memang tak lepas dari tangan aku. Tapi oleh kerana cuaca di luar hujan dan pergerakkan trains agak laju, fokusnya tak begitu jelas. Tapi hati puas dapat menikmati pemandangan dan selesa sepanjang perjalanan hingga ke Sheffield.
Inilah rupa gambar dapat aku snap ketika train bergerak laju
dan tengok tu bintik-bintik air di cermin tingkap train.
(nota mak)
Ketika train berhenti di stesen Derby ini aku terkenang
dua tahun dulu aku pernah tersilap menaiki keretapi untuk
ke Matlock. Dan itu bangku yang aku duduk dulu.
aduh masih ingat ke sweetie step by step masa gi sheffield tu tabik spring lah, kaknoor pulak bila sdg berjalan tu malu dngn anak2 nak ambik gambar sbb dah lah berlari2 mengejar train kita lagi sibuk nak bergambar, tapi dlm hati mmg adusss..
ReplyDeleteSaya buat catatan sepanjang saya berada di UK kak Noor. Buku nota tu sentiasa ada dlm beg. Anak-anak pulak tak kisah dan paham kak Noor peel maknya ni... hehehhe.
Deletepastu masa train tu terpandang pemandangan yg cantik2 diluar dengan kehijauan rumput dan ladang yg sangat terjaga tu, macam nak suruh driver train benti je kejab maktok nak amik gmbar hahahaaa jakun sungguh kan
ReplyDeleteTak pernah tengok suasana begitu... mestilah jakun kak Noor. Saya tak peduli... ala kalau omputih tu dtg tempat kita.. depa pun cam tu jugak. Malah kalau tengok kita berposing2 sana sini, kekadang depa volunteer pulak nak jadi cameraman-nya.
DeleteSya dapat bayangkan sweety termengah2 mengejar anak2 yg berjalan pantas maklumlah org muda staminanya lebih.
ReplyDeleteTentu puas dapat melihat pemandangan dari dalam train kan sweety.
Ya Saniah mereka muda, stamina lebih malah langkah mereka panjang2... satu langkah dorang 2 langkah kita...
DeleteBetul saniah, saya suka scenery... mata sejuk dan tenang nampak pemandangan ladang2 pertanian yang saujana mata luasnya.
pemandangan countryside memang cantik...3 jam, memang puas naik keretapi..
ReplyDeleteBetul nohas... kalau kat M'sia ni saya suka hala-hala ke utara terutama kawasan Pendang Kedah...
Deletewahhh...untungnya Sweetie....linda tumpang happy :) mesti seronok kan dapat melawat negara orang...
ReplyDeleteSesekali berjalan negara orang Linda, seronok. Ini kebetulan saya menghadiri majlis konvo si abang tu..
Deleterezeki anak....kan mak. dapat jejak negara orang sambil ronda-ronda , tak payah pakai tour guide
ReplyDeleteYa Nieda, kalau pakai tour guide tak boleh nak 'merawang' ke sana kemari. Semua dah di atur... kena ikut jadual. Tapi kalau sendiri2 dgn anak-anak... dapat merayau2.
Deletekesukaan ambil gambar tika berada dlm mana2 situasi baru mengujakan sekali sweetie...rugi kalau xsnap gambar yg dirakam sbg kenangan apalagi boleh dijadikan iringan kpd catatan di blog...yg nak tergelak tu terpaksa terkejar-kejar dgn langkah anak2 yg laju saja...mujur xtertinggal heh..heh..gurau jer sweetie.
ReplyDeleteSesekali bila saya tertinggal jauh di belakang, Ojet yang akan berpusing mencari2 saya. Kalau dah jauh sangat tu.. dua2 berhenti menunggu saya... Walau penat mengekori mereka tapi hati puas PI.
DeleteBetul PI, bila buat catatan di blog beserta dgn gambar sekali baru ada 'feel' hehehhe...
Best nye ye dpt spend time dgn ank2
ReplyDeleteBukannya selalu dapat bersama dengan mereka macam ni Kopiolimauice.
Deleteseronokkan dapat spend time dengan anak-anak. Kat oversea lagi tu.....
ReplyDeleteSeronok jalan dengan anak-anak ni Zana. Macam jalan dengan kawan-kawan je...
DeleteWaaa.. seronok nyer dapat jenjalan bersama family ke luar negara.. tak sabar nk tgk gmbar kat destinasi yg di tuju.. :D
ReplyDeleteSalam kenal :D
Betul... berjalan dengan famili mmg seronok.
Deletemasa kesana dulu kami duk kat homestay area Edgware Road
ReplyDeletesitu banyak halal food sbb ramai Arab
Mula2 sampai ni saya duk area Queensway Irfa... Oraitlah, dan harganya pun boleh tahan...
Deleteseronoknya dapat ronda2 UK.... best! naik train pulak tu... teringat pula masa kami anak beranak naik train di jepun yg sememangnya on time!!
ReplyDeleteIni kali kedua saya melancong bersama dua orang anak saya Nora. Seronok berjalan dengan anak-anak ni... lebih-lebih lagi mereka dah besar2, rasa macam kawan-kawan je..
Delete