Friday, October 16, 2015

Sunyi...takut...lapar dan halal....

Waktu pagi di Church St dan bahagian pintu masuk
hadapan hotel. Dan yang warna merah biru tu... itulah kedai 
kebab yang aku maksudkan.

Saat melalui Church Street di Amesbury ketika jam di tangan menunjukkan hampir pukul 12 malam. Gelab... sunyi dan cahaya lampu yang menerangi jalan kelihatan suram. Semua dalam kereta senyap. Dalam hati memang berdebar-debar. Terbayang cerita-cerita seram dan triller.

Kami sampai dan memasuki satu pekan kecil. Juga sunyi dan hening. Semua premis perniagaan sekitarnya sudah di tutup. Hanya terdapat satu kedai kebab yang masih di buka. Ketika melewati kedai tersebut barulah anak-anak bersuara. Dan beberapa meter dari kedai tersebut barulah kami jumpa hotel yang di cari-cari. Antrobus nama hotel tu.

Dengan sewa bilik 70 pound satu malam...beserta dengan sarapan pagi... kami memang tiada pilihan lain. Hari pun sudah larut malam. Kakak aku sudah keletihan dan kami risaukan kesihatannya. Anak-anak sudah tidak tahan kelaparan dan sejuk.

Suasana dalam hotel sepi. Barangkali ketika itu semua penghuninya sudah di ulit mimpi. Dapat saja kunci kami bergegas ke bilik masing-masing. Bukak saja pintu... terkejut...  rasa seram menerpa melihat suasana dalamnya...

Berlatarkan warna maroon... dan cahaya lampu yang suram buat kami anak beranak tersentak... spontan je abang cakap “macam bilik dracula!”... buat umminya (kakak aku) terjerit. Atas permintaan umminya malam itu abang tidur sebilik dengan kakak aku.

Beginilah suasana dalam bilik hotel waktu kami masuk.

Selepas meletakkan beg dan barang-barang di bilik... aku, abang dan Ojet ke luar semula dan berjalan ke kedai kebab yang kami nampak. Keadaan dalam kedai sunyi. Hanya tiga orang pekerjanya sahaja yang serentak memandang ketika kami menolak pintu cermin kedai dan melangkah masuk.

Sebelum masuk aku cakap juga dengan anak-anak... “halal ke” sebab tak ada tanda halal yang di letakkan di pintu masuknya seperti mana kedai-kedai yang terdapat di Sheffield. Waktu itu anak-anak dan aku juga memang dah lapar sangat. Anak-anak cakap tak kisah... dah tak tahan lapar.

Sebelum buat order abang tanya jugak pada salah sorang pekerja kedai yang pada pandangan aku lebih baya dan mungkin juga pemilik kedai. Katanya halal! Dengar halal saja anak-anak terus minta ayam dan kentang goreng. Ketika kami makan pekerja kedai asyik memandang kami bertiga. Cuma kami bertiga sahaja... sehinggalah tak lama kemudian masuk beberapa orang lelaki tempatan. Agak riuh... Aku memang berdebar-debar saat dia datang ke meja aku anak beranak dan mengambil sos cili di atas meja kami. Bukan apa, aku takut mereka buat hal... hehehe... memang aku agak terpengaruh dengan cerita-cerita yang aku tengok kat tv...

Selesai makan kami berjalan pulang semula ke hotel. Sedar aku anak beranak keluar... sebaik kami masuk saja pekerja hotel terus menutup dan mengunci pintu. Malam itu sebab takut... aku tidur dengan semua lampu di bilik terpasang...

Ada taman di bahagian belakang hotel dan berhampiran 
ruang makan. Baru aku tahu cantik rupanya...

Pagi aku terbangun bila adik mengetuk pintu bilik dan mengajak turun untuk sarapan. Dalam takut-takut tu lena jugak aku tidur.

Ketika di ruang makan, seorang pekerja perempuan menyambut kehadiran kami dengan senyum dan bertanya... adakah kami semua muslim. Apabila kami kata 'ya' dia terus kata, kami boleh makan semua yang di hidangkan pagi itu... halal katanya.

(nota mak: Ketika di ruang makan barulah tahu rupanya ramai juga yang duduk menginap di hotel tu. Masing-masing bersama keluarga. Dan hiasan dalam hotel dan sekitarnya memang cantik... tentulah konsepnya Inggeris country. Seperti nama jalannya Church St. terdapat sebuah gereja berhampiran hotel dan juga kubur kristian... patutlah aku rasa seram dan takut... hehehhe).

16 comments:

  1. SERAM BACA N3 SWEETIE NI PANDAI BUAT SASPENS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala sori la PI... tapi mmg saya pun rasa seram masa berada di tempat tu... sebab malam... tapi bila pagi dan lalui semula jalan tu, suasananya contryside... mmg cantik!

      Delete
    2. YELA SWEETIE MMG CANTIK COUNTRYSIDE VIEW HOTEL TU...MCM CASTLE LAMA PUN YA JUGA..

      Delete
    3. Hiasan dalamnya pun cantik PI.

      Delete
  2. Replies
    1. Boleh lah kot saya jadi penulis skrip drama... hehehhe

      Delete
  3. Seram juga sya yang membacanya sweety.Yalah kalau dah abang yg biasa kat negeri omputih pun cakap bilek drakula...tapi sebenarnya mungkin bilek tu suram sebab nak penghuni nya tidur lena agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jadi... tapi apabila pagi hiasan dlm bilik tu cantik Saniah... warna maroon ni kan klasik... kita org Melayu jarang yang menggemari warna ni... dan hotel2 di M'sia kebanyakannya menggunakan warna pastel utk cadar dan langsir.

      Delete
  4. berdebar pula baca cerita sweetie .hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Nieda rasa berdebar, itu maknanya saya berjaya mengolah dan menulis catatan ini sehingga orang yang membacanya pun turut merasakan situasi yang saya alami ketika itu... hehehhe

      Delete
  5. Love d countryside.....sweetie masih kat sana ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah balik dah... ini cuma catatan kenangan je Mck. Masa di sana, Laptop tetiba rosak... tak boleh lah nak update.

      Delete
  6. Seram bila baca tp kak zai dah agak mesti countryside. Kak zai suka english style.

    Kalau nak pergi Stoneage memang jauh sweety. Nenek menantu kak Zai tinggal sebelah sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama kak Zai.. suka hiasan rumah dan laman ala Inggeris.

      Haah! mmg jauh...seharian kami memandu dari Sheffield baru sampai..

      Delete
  7. wahh..seram jg bilik hotelnya di waktu malam, tapi cantik diwaktu siang...bestnya..senang dapat makanan halal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dah banyak kedai kebab/arab di buka di kawasan countryside... penduduk countryside ni pun dah paham dah agaknya makanan orang muslim macam mana kot...

      Delete