Castle di bina bertujuan untuk pertahanan dari peperangan dan pencerobohan. Dan selalunya ia di bina di atas kawasan tanah tinggi yang boleh nampak pemandangan di sekelilingnya. Ada juga yang dibina di kawasan strategik yang menjadi laluan penduduk kampung sekitarnya. Seperti di laluan-laluan sungai. Di UK ini terdapat beratus-ratus castle dan kebanyakannya masih terpelihara lagi hingga kini. Ada yang di kekalkan sebagai muzium pelancongan dan ada juga yang telah di jadikan country house hotel.
Sepanjang pengetahuan aku Scotland terkenal kerana castle-castlenya. Dan castle yang terbesar sekali di UK terletak di Scotland iaitu Aberdeenshire Castle. Luasnya lebih satu hektar. Malah dalam perancangan perjalanan kami ke Scotland memang aku bercadang untuk melawat castle dan mencari satu castle yang telah di jadikan lokasi untuk pengambaran filem Harry Potter. Tetapi kerana ingin mengejar masa tidak semua castle sempat kami singgah dan lawati.
Dan dalam perjalanan ke Jedburgh kami singgah di Otterburn Castle. Terletak di Northumberland, England iaitu sudah hampir ke sempadan Scotland. Berhampiran dengan sungai Rede ia di kelilingi oleh hutan-hutan kecil dan menghadap ke kawasan kampung Otterburn. Kerana kedudukannya berhampiran dengan jalan raya menuju ke Jedburgh kami berhenti sekejap itu pun sebab masing-masing ingin ke rest room.
Melihat castle in lebih dekat membuat aku terbayangkan
cerita-cerita seperti Robinhood dan Merlin.
Bunga popi dan daisy yang terdapat
di taman Otterburn Castle.
Gugusan hydrangea (bunga tiga bulan) yang besar-besar
di taman Otterburn Castle.
Hiasan dalam Otterburn Castle. Castle ini telah di ubah
suai menjadi country house hotel.
Hampir sejam juga kami menghabiskan masa di sekitar kawasan Otterburn Castle. Suasana sekitarnya yang ‘redup’ dan bunga-bunga hydrangea yang berbagai warna berkembang mekar di lamannya membuatkan aku terleka sejenak. Kerana ada temujanji dengan seseorang di Jedburgh kami tidak dapat berlama-lama di sini. Kami sampai di Jedburgh waktu tengahari.
castle yg telah lama dibina tapi masih teguh kelihatannya....seram pula bila terkenangkan citer2 seram yg berlaku dlm castle lama yg difilemkan...
ReplyDeleteMemang banyak kisah-kisah yang berlaku dalam castle2 ni PI. Ia bukan saja di bina untuk tujuan pertahanan tapi juga di jadikan tempat kurungan dan penyiksaan.
DeleteNama pun bangunan lama...walaupun castle...macam2 benda dan perkara boleh berlaku dan menghuni disitu.
ReplyDeleteSeram lah pulak...
Betul KN... mula-mula sampai tu agak takut-takut jugak sebab suasananya sepi. Tapi bila masuk dalam... cantik.
DeleteCantiknya bunga hydrangea macam2 warna. Memang boleh terleka dibuatnya.
ReplyDeleteDari luar nampak seram kalau kat dalam macamana agaknya tapi klau English selalunya cantik. Kak Zai pernah masuk Kelley's Castle kat Perak tu ajelah hihi...
Dekat ruang tamunya macam dalam gambar tulah kak zai...
DeleteCastle ni dah di ubah suai... moden tapi masih berkonsepkan Inggeris country... cantik dalamnya... tapi saya tak tengok pun hiasan dlm bilik2nya. Masa kesini tu, PR dia offer harga 70 pound semalam kalau kami nak bermalam di sini.
Bila sweety cerita part castle ni terbayang saya cite2 klasik omputih yg tngok kat tv.
ReplyDeleteCanteknya bunga tu sweety...macam bunga plastik berkembang.
Betul..betul.. dengan gaun kembang-kembang kan. Tapi hiasan dalam castle ni dah di modenkan. Selain dari castle ni saya masuk juga beberapa castle lain... nanti kita citer.
DeleteBunga hydrangea tu besar-besar saniah. Ada pink, purple, putih dan light blue. Saya suka bunga daisy tu.
Dari luar nampak seram....... tapi kat dalam cantik....
ReplyDeletecastle lambang penindasan org kaya terhadap org miskin... binaannya mmg kukuh dan kuat zana. Tapi Otterburn castle ni dah di ubah suai jadi moden hiasan dalamnya.
Deleteamboi ...bunga kembang setaman , kembang sungguh .
ReplyDeletecantiknya deko rumah inggeris ni kan ..
Penggunaan warna2 pastel dan gabungan sofa kulit dan meja kayu tu yang buat cantik kan... Tapi hiasan hotel ni dan moden Nieda... kalau nak tengok betul2 Inggeris masuk cafe2 di area countryside.
DeleteCantik sungguh hyndrangea tu..yang kat rumah ni ntah bilalah nak berbunga...sobb sob.. bestnya ..cantik kan castle tu..
ReplyDeleteCantik dan beracun Wa... hati-hati kalau ada anak kecil di rumah... takut dorang petik dan masukkan dlm mulut.
Deleteassalamualaikum tuan rumah
ReplyDeletedatang membalas kunjungan ni =)
wah!! cantiknya tempat dia!
struktur luar nampak elok aje...dalam tu kosong ke?
tetiba meremang bulu roma...hehe
kenapa nama dia bunga tiga bulan
tapi serius cantik! suka tengok...saya ni apa2 pasal bunga
memang suka tengok =)
W/salam Yana.
DeleteCastle ni dah di ubah suai jadi hotel Yana... hiasan dalamnya macam dalam gambar yang last tu... cantik... kalau tengok luar nampak sepi...
Di namakan Bunga Tiga Bulan sebab ia akan semakin berkembang besar dan tahan selama 3 bulan... lepas tu baru layu dan gugur.
cantik2 bunganya kan sweetie..beruntung sweetie dapat sampai ketempat2 cantik tu
ReplyDeleteYa acik! selama ini tak pernah saya terfikir dapat 'mengembara' dan melihat keindahan England dan Scotland.
Deletekaknoor tk pernah sampai lgi Swetie tngoklah ujung april nnt maybe dok lama sama dpt meronda England hehe
ReplyDeleteBukan melancong tapi mengembara tau kak Noor... baru best dapat tengok dan jumpa macam-macam... dan lalui seribu pengalaman.
DeleteLagipun kalau dari Nottingham tempat anak kak Noor tu senang nak pergi area2 countryside.
lawa castle ni
ReplyDeletepstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #19 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/10/senarai-url-blog-19.html
Terima kasih Mia.
DeleteIni satu dari beratus-ratus castle yang terdapat di UK...
kak sweetie bestnya dapat jejak bumi uk. ika dari kecik teringin sangat nak p sana. doakan lah ika boleh sambung master kat sana :) heheee
ReplyDeleteInsyaAllah Ika, saya doakan... saya ni pun kesana sempena menghadiri majlis konvo anak saya... dah terlanjur tu ambil peluanglah 'mengembara'
Deletecastle n UK berpisah tiada..bestnya..cantikkan hydrangea n popi..wahh ..the real bunga popi..
ReplyDeleteKat M'sia tak boleh tanam bunga tu...
Deletecantik bunga-bunga tu
ReplyDeleteDi negara kita hydrangea tu ada tapi taklah jadi sampai sebesar itu... sampai tak nampak daun... Popi tu mmg tak adalah... sapa yang berani tanam kat M'sia alamat ke 'dalamlah'...
Delete