Stonehenge...
Rumah yang di dipercayai di diami oleh orang-orang
yang membina Stonehenge...
Sehingga kini para pengkaji sejarah tidak dapat merungkai misteri Stonehenge. Tetapi kunjungan aku sekeluarga ke sana bukanlah untuk mencari atau merungkai misterinya... tetapi kerana ianya termasuk dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO... seperti juga Geopark di Langkawi.
Terletak di selatan England, ia dibina kira-kira 5000 tahun lalu dan terdiri daripada kira-kira 100 batu-batu besar tegak yang di susun dalam bentuk bulatan. Sarjana moden hari ini bersetuju bahawa Stonehenge adalah tanah perkuburan. Apapun Stonehenge merupakan monumen penting dalam prasejarah Britain. Dan kalau di baca pada sejarah pembinaan Stonehenge ini ia melalui beberapa fasa dan peringkat.
Aku sampai awal pagi di kawasan Wiltshire di mana terletaknya Stonehenge. Tak jauh dari hotel tempat aku dan keluarga bermalam. Cantiknya kawasan ini kerana ianya teletak di tengah-tengah kawasan lapang yang luas... yang di kelilingi oleh ladang pertanian dan ternakan. Saujana mata memandang.
Pemandangan dan jalan menuju ke Stonehenge.
Malah sepanjang jalan menuju ke Stonehenge kami melalui ladang gandum dan ladang-ladang ternakan Bukan saja ternakan biri-biri tapi juga ternakan babi. Maaf... ladang ternakan babinya tidak seperti di Malaysia. Di UK ternakan tu di lepaskan bebas di kawasannya. Tidak di bina rumah atau reban atau kandang. Cuma ada di sediakan satu dua tempat untuk binatang itu berlindung mungkin bila waktu winter.
Tiupan angin di kawasan ini juga sangat kuat. Dan itulah cabaranya ketika ingin berfoto. Bukan saja tudung sampai terangkat... kamera pun boleh jatuh kalau tak pegang betul-betul. Maksud aku bukanlah kamera jenis DSLR tapi kamera kompak tu.
Beratur membeli tiket untuk masuk ke kawasan Stonehenge...
Ketika aku sekeluarga sampai pelancong belum ramai lagi. Dan kami tidaklah lama sangat menunggu untuk beratur membeli tiket. Untuk 'duit kita" aku kira mahal juga tiketnya. Tapi kerana abang dan Ojet masih student, keduanya dapat potongan harga. Sebelum berangkat ke UK aku dah pesan dengan Ojet, jangan lupa bawa kad pelajarnya... Rupanya ada juga guna walaupun Ojet bukan student negara mereka.
Malah Ojet juga turut di temubual oleh seorang pekerja pusat pelancongan Stonehenge tentang pendapat dan cadangannya untuk meningkatkan lagi prasarana dan perkhidmatan yang di sediakan di tempat itu. Dan yang buat aku rasa bangga seketika apabila pekerja pusat pelancongan tu memberitahu, dia pernah datang ke Malaysia tahun lepas.
Ojet sedang memberi pendapat dan cadangannya
kepada pekerja di Stonehenge.
Can you move the stone... mak cuba tarik
sarsen stone tu... tak bergerak pun... kena tambah
tak sempat ke sini dulu, sbb dah gelap....misteri stonehenge mcm piramid jg..
ReplyDeleteItulah sebabnya kami sekeluarga ambik kereta sewa nohas. Kalau nak dtg ke sini dengan kenderaan awam mmg tak sempat dan tak boleh jalan banyak-banyak tempat.
DeletePada sayalah... mmg tak ada apa-apa pun kat Stonehenge ni... tengok batu je...
stonehenge ni sgt unik batunya ribuan tahun usianya kot mungkin tika tu org britain msh primitif lagi.
ReplyDeleteBetul PI... dan ia memang monumen prasejarah Britain. Ada beberapa tempat lagi di UK ni iaitu di Scotland yang setahu saya ada batu-batu yg di dirikan ala-ala stonehenge ni.
DeleteStonehenge ni saya slalu tengok kat gambar je,...sweety dapat tengok dekat tentunya lebih teruja kan...
ReplyDeleteKat ladang tu kalau tak perasan tentu ingatkan biri2 aje kan...tak sangka pulak babi dilepas bebas camtu.
Suka tengok sweety posing kat padang hijau tu..
Saya pun sama saniah, sebelum ni tengok gambar stonehenge ni... terdetik dlm hati ingin 'singgah' di sini kalau ada peluang...
DeleteTul, sekali tengok tak perasan babi... tapi kalau lalu berhampiran ladangnya bau mmg busuk lah.
Oh ye ke... hehehe... terima kasih! angin dan pemandangan cantik... tu terasa ingin nak baring atas rumput tu.
macam nak kena pergi jugak ni sweetie, asyik2 tengok entry stonehenge ni je, kalau ada rezeki lah suatu hari yg cerah heheee
ReplyDeletePergi jangan tak pergi kak Noor... tapi tak ada apa pun... cuma kawasan padang luas dan batu-batu tu je... tapi ada juga tempat2 menarik yang boleh kita gi tengok dan jalan2 sekitar-sekitarnya.
Deleteinsya Allah tunggu anak kaknoor grad mei tahun dpn kalau ada rezeki mmg nk jalan lah
DeleteBestlah kak Noor, ada peluang lagi jalan-jalan di UK.
DeleteStonehenge tak perah berubah tetap sama walaupun sudah beribu tahun.
ReplyDeleteDulu masa kak zai pergi tak sempat tapi anak bongsu kak Zai dah sampai tahun lepas. Dia belikan FM bentuk Stonehenge.
Kalau kak zai pergi lagi, ajaklah anak kak zai pergi Bournemouth... tak jauh dari rumah anak kak zai di Portsmouth tu... agak-agak 1 jam kalau memandu... cantik tau tempat tu.
Deleteojet ...comel lote orangnya..mak pun sama , bergaya model lagi ..jangan ada yang tergoda sudah sweetie ...hihhi.
ReplyDeleteKalau ada yang tergoda dgn mak... rasanya ada masalah penglihatan org tu Nieda...
DeleteStonhenge.. dua kali dtg UK pun.. tak tersampai lagi niat nak ke sana huhuu.. :D
ReplyDeleteBoleh pergi lagi 'mengembara' sampai sana... kalau dah lepas ke sana jangan lupa terus ke Bournemouth... kawasan tepi pantai tapi menyajikan pemandangan yang cantik.
DeleteMemang nampak pun misteri jer...
ReplyDeleteSampai sekarang pengkaji sejarah masih tak tahu apa sebenar tujuan pembinaan stonehenge ni KN...
DeleteWah...memang misteri...bilalah nak sampai sana...
ReplyDeleteComel je ojet..sama comel macam maknya hehhee
Kalau tanya saya, jawabnya tanya hati Wa... tahulah bila nak pergi... time matta fair nanti boleh booking tiket... saya ni pun book tiket masa matta fair bulan Mac lepas.
DeleteComel ke? hehehhe TQ Wa...
unik kan stonehenge ni.....
ReplyDeletemak....gambaq posing ataih rumput tu......:)) kurlast weiiii :)))
Betui ka... lepaih ni mak nak tukaq profession... tak mo jadi penulis blog lagi dah...
Deleteapa yg menarik di situ adalah view yg sgt cntik dgn ladang gamdum yg meluas, seronok kalu dpt lari2 kat situ ala2 bollywood hahha
ReplyDeleteSaya setuju sangat Zie... feeling macam Kajol la pulak ...
Deletehai kak, thanks singgah blog saya, blog akak terus jadi list "blog i read" coz sy love food & entry Stonehenge tlh menarik minat sy..
DeleteTerima kasih...Zie pernah sampai sana ke?
Deleteblom lg..dlm list holiday..insyallah
Deleteammvoiii., mak posing kat batu stonehenge tu takde erk? ke mmg takleh masuk kawasan stonehenge? hmmm
ReplyDeleteAda gambar-gambar di stonehenge tu. Saja tak nak 'show' sebab ada 'boss besar' sekali dlm gambar.... dia tak nak 'interframe' katanya... hahaha.
Deleteassalamualaikum sis,
ReplyDeletenk tanye la sis pegi stonehenge sewa kete kan..dari london ke atau dari portsmouth
waalaikumussaalam misseyna. Saya sewa kereta sebaik saja sampai di Heathrow airport dari Kuala Lumpur. Dari airport saya pandu kereta tu sampai ke rumah anak saya di Sheffield yg jaraknya 5 jam perjalanan dari London. Saya gunakan kereta tu selama tiga minggu untuk jlan2 seluruh UK. Kenapa? Jgn tanya harga... hehheh saya dah lupa..
Delete