Masih pagi benar waktu aku sekeluarga bersiap-siap dan mengemaskan beg pakaian dan bekalan makanan masuk ke dalam bonet kereta. Enam pagi. Tapi kerana summer di UK waktu itu matahari sudah bersinar terang dan macam pukul 10 pagi kalau di M'sia.
Rendang ayam yang di masak oleh kakak sebelum kami
bertolak ke Scotland.
Aku sediakan roti dan rendang yang dimasak pada sebelah malam sebelum bertolak. Bekal dalam perjalanan. Ambil pengalaman ketika ke Salisbury. Takut kelaparan lagi... Perjalanan mungkin mengambil masa yang agak lama. Entahlah aku pun tak pandai mengagaknya sebab tak pernah lagi sampai Scotland..
Awal pagi jalan tak berapa sibuk. Sepanjang perjalanan kami melihat pemandangan ladang gandum, ladang ternakan biri-biri dan kincir-kincir angin yang bertaburan di tengah-tengah ladang. Kerana bentuk muka bumi UK ni berbukit-bukit, apabila kereta yang kami pandu berada di kawasan tinggi... akan nampak keseluruhan tanah pertanian dan ternakan dan kampung-kampung yang saujana mata memandang.
Awalnya memang kami memandu ikut highway. Tapi apabila ada yang terasa nak 'services' kami akan keluar dan masuk ke jalan-jalan country village dan melalui pekan-pekan kecil dan hutan simpan... sungai dan tasek. Dan journey kami pun bermula...
Belsay.
Rumah kediaman berhampiran jalan raya di Rochester.
Ketika melalui dan nampak banner tu, ingatkan
itulah satu-satunya cafe yang ada di UK. Rupanya ia merujuk
cafe yang terletak di tanah England berhampiran
sempadan dengan Scotland.
itulah satu-satunya cafe yang ada di UK. Rupanya ia merujuk
cafe yang terletak di tanah England berhampiran
sempadan dengan Scotland.
Rehat sementara menunggu abang ke rest
room. Kedai ini betul-betul di country village.
Sunyi dan selama sejam kami duduk di situ
boleh dikira berapa orang yang datang.
Sunyi dan selama sejam kami duduk di situ
boleh dikira berapa orang yang datang.
Jumpa pokok bunga seakan-akan orkid dekat Belsay
dan kalau tengok kedudukan signboard tu dalam semak-semak
boleh bayangkan memang country village betul Belsay ni.
damai n tenang menikmati suasana kampung yg indah di UK jauh dari kesibukan n kebisingan...penduduknya tentu sgt friendly n ramah kot...
ReplyDeleteSepanjang saya 'mengembara' di sana, saya rasa selamat je PI. Berani je kami masuk sana sini... walaupun tempat2 yang kami pergi tu sunyi, dah mmg begitu suasana country village mereka.
DeleteKalau sesat dan nak tumpang guna bilik air di stesen2 minyak, ok je... mereka sentiasa membantu.
Saya lagi lah jakun sweety tau nya london dgn manchester je...hihiii..Bila baca blog sweety banyak yang saya ketahui.
ReplyDeleteHaih! samalah kita saniah. Tu pasal empat kamera yang kami bawa penuh dengan gambar... semua tempat kami nak berposing... hehheh.
Deletebestnya..berkereta ke Scotland..
ReplyDeleteKalau naik kenderaan awam tak mungkin saya akan sampai tempat-tempat ni nohas... itulah tujuan kenapa kami sewa kereta senang nak 'merayap' ke segenap ceruk di England ni.
DeleteMemang lawa small town diorang kan..ntah bilalah boleh sampai scotland..huhuhu
ReplyDeleteBetul Wa... kemas je.
Deletecantik kawasannya.... ni kira habis menjelajah uk lah ni ya kak
ReplyDeleteTak juga zana ada juga yang tak sempat kami 'selongkar'
DeleteCantik dan teratur Diana.
ReplyDeletehai Sweetie..mmg sweet cerita pengembaraan awak kat sana...suka tgk bangunan2 lama tu..
ReplyDeleteHai Kamsiah!... Sebulan lebih saya di UK... "mengembara" dari selatan ke utara... kesempatan dan peluang yg mungkin tidak akan muncul lagi dlm hidup saya.
DeleteKalau boleh kak Zai nak baca semua journey sweety sbb rasa macam seronok sangat. Jarang dapat pergi country side klau on holiday mesti tak cukup masa.
ReplyDeleteKalau ikut ejen pelancongan mmg tak mungkin akan dapat pergi ke country sidenya kak Zai. Sememangnya sebelum dtg ke UK, kami dah 'meeting' satu family untuk sewa kereta supaya mudah bergerak dan boleh pergi ke mana saja serta jimat masa.
DeleteWaduh seronoknye ksweetie..asik makn angin jer kan! Alhamdulillah syukur nikmat atas kurnia Allah swt! Amiinn..
ReplyDeleteMakan angin Ina... tentulah seronok. Kenangan yang tak mungkin saya lupakan... tak pernah terfikir oleh saya selama ini berjalan-jalan selama sebulan lebih di UK.
Deletenmpk jauh lebih muda berbanding diana tu
ReplyDeleteEna ni mesti nak buat komen kat n3 'Jedburgh dan ambil kunci' tu... ok..ok saya faham...
Deleteowh ye saya nampak lebih muda... TQ! dah terperasan lebih saya... hahahahha