Thursday, October 29, 2015

Jauhnya aku 'berjalan'...

Lebih kurang sejam memandu dari Otterburn sampailah sempadan England dan Scotland. Laluan kami merentasi Taman Negara Northumberland dan kampung Inggeris. Sepanjang perjalanan itu hanya padang ternakan, hutan pokok pine dan sungai yang bersebelahan dengan jalan. Sehinggalah sampai di Bryness Village kami nampak tasek yang luas bersebelahan dengan jalanraya. Cantik pemandangannya... Tapi kami tidak berhenti untuk mengambil gambar.


Sebaik menghampiri Scottish Border dan nampak bendera Scotland berkibar masing-masing dalam kereta dah teruja. Tak sabar-sabar nak turun. Di sini memang ada di sediakan tempat parking dan satu gerai bergerak yang menjual makanan dan minuman. Tapi kebanyakan yang berhenti bukanlah hendak makan tapi untuk mengabadikan kenangan.

Sebaik buka saja pintu kereta terdengarlah tiupan bagpipe bersama hembusan angin yang sejuk dingin. Tak dapat nak gambarkan perasaan aku... seolah-olah bermimpi. “Betulkah... Aku sudah memijak bumi Scotland... Bersama anak-anak... Jauhnya aku berjalan meninggalkan bumi Malaysia.”


 Peniup bagpipe lengkap berpakaian tradisi Scottish.

Kenangan bersama kakak dan anak-anak 
di sempadan England dan Scotland. Nampak tak tulisan
Faite Gu Alba tu. Itu bahasa Gaelic.

Batu sempadan... di belakang itu adalah tanah
England dan tempat kami berdiri adalah Scotland.

Betul-betul terletak di kawasan tanah tinggi... Lapang dan luas...  Nampak keseluruhan kawasan sekitarnya. Banyak juga kereta dan motor-motor berkuasa tinggi yang di tunggangi sekumpulan lelaki... Lawa-lawa dengan pakaian menunggang yang lengkap. Dari loghatnya ketika mereka menegur aku bunyinya seolah-olah dari Perancis. Mereka minta aku tolong ambilkan gambar. Tapi lepas tu segan pulak aku nak mintak bergambar dengan mereka. Rugikan... hehehhe...

Kenangan bersama abang di Scottish Border... 
Kami berdiri di bahagian England.

Permata hatiku... Abang and Ojet berdiri dan mengabadikan
kenangan bersama di tanah England.

24 comments:

  1. Bestnya sampai ke sempadan Scotland dah...jauh perjalanan sweety dgn anak2.Memang rugilah kalau tak abadikan kenangan indah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm tak percaya mula-mula sampai saniah... lebih-lebih lagi dengan anak-anak... lama dah merancang nak 'mengembara' dengan anak-anak begini.

      Delete
  2. alaaa ruginya tak bergambar dgn group rider tu..mesti unik & pelik pakaian mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinggi-tinggi, muda dan handsome Zie... Mereka pakai jaket dan pakaian menunggang tu... sepanjang saya di Scotland mmg ramai jumpa group rider ni.

      Delete
  3. Bestnya. Jauh perjalanan luas pemandangan kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ini mmg betul-betul luas pemandangannya Zana.. hehhe

      Delete
  4. Owhhh...seronoknya...kak Zai boleh rasa kedinginan tanah England tapi tidak Scotland. Belum sampai lagi huhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila lagi nak 'ronda-ronda' UK... Kak Zai kalau ke sana mungkin senang sebab dah ada tempat tinggal... Apakata lepas ni ajak hubby kak Zai gi sana makan angin.

      Delete
  5. JAUHNYA SWEETIE N ANAK2 BERJALAN HINGGA SAMPAI SCOTLAND...MESTI CANTIK NEGARA JIRAN ENGLAND TU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pernah terfikir 'mengembara' sampai ke Scotland PI. Scotland dan England ni satu negara... bila ia digabungkan jadi di sebut United Kingdom... Saya pun tak pandai nak terangkan PI.. England lain... Great Britain lain dan United Kingdom lain... tapi satu negara.

      Delete
  6. kak..batu sempadan tu memang dok tengah jalan ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak...Tempat pelancong berhenti ambik2 gambar ni... depa buat susur keluar tapi berhampiran dengan main road yang cuma di halang oleh tembok2 batu separas pinggang. Gambar yg pertama tu... yg nampak tu ialah main roadnya.

      Delete
  7. Sweetie..abang da ojet tak jauh beza tinggi dia kan..bila ngan mak nya nampak tinggi betul abang.bertuah sweetie dapat menjejak kaki ke negara asing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omak ea ni kocik yo orgnyo acik... anak-anak terutama abang ikut abahnya... tinggi.... Ojet sederhana je...

      ala acik! kebetulan siabang tu belajar di sana... merasalah saya menjejakkan kaki ke UK... kalau ikutkan... tak mampu jugak saya.

      Delete
  8. tingginya abang...bila sweetie berdiri disebelah alamak keciknya omaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah! abang tinggi mcm abahnya... omak kocik jo...

      Delete
  9. bestnye dpt merantau ke negeri org..

    jemput singgah join segmen ena;)

    ReplyDelete
  10. besarnya batu sempadan..hehe..siap ada alunan bagpipe lg..baru best cam ni kan..terasa dialu-alukan je masuk ke negeri orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita nak 'sedekah' duit kat peniup bagpipe tu kena letak 1 pound... kalau kurang dari itu... dia tak ambik.

      Delete
  11. salute lah kaknoor pd sweetie sanggup beejalan hingga ke scotland sana, berbaloii tambang mahai2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Noor... rugilah tak jalan-jalan... bukan selalu boleh dtg.. dahlah tambang mahal... penerbangan pun berjam-jam.. Duit kita pun 'kecik' dari duit depa...

      Delete
  12. seronoknya dapat berjalan ke negara orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali seronok mama aryan... rehat-rehatkan mata dan minda. Tengok pemandangan yang lain dari kebiasaan.

      Delete