Tak sah kalau datang UK jika tidak ke Manchester. Dah jadi satu kemestian untuk ke Old Trafford dan mengabadikan kenangan di hadapan stadium Manchester United. Walaupun tak minat bola sepak dan kalau tanya aku siapa nama-nama pemainnya... memang aku tak boleh jawab.
Hari dah hampir tengahari ketika kami keluar rumah. Sheffield dan Manchester ni dekat saja. Kalau naik keretapi lebih kurang sejam perjalanan. Kedudukan Sheffield dengan Manchester sebelah menyebelah... lebih kurang begitulah.
Tapi oleh kerana kami memandu sendiri dan tak biasa dengan keadaan jadi panjanglah perjalanan kami. Meraban-raban dan berpusing-pusing jadinya. Tak pakai GPS pun. Main suka dan redah saja. Rasa nak masuk kiri... masuk kiri... dan rasa nak masuk kanan, masuk kanan pulak. Sehingga ada kalanya menyimpang jauh dari laluan asal.
Pemandangan countryside, Barnsley.
Nun jauh di belakang sana ladang tanam-tanaman
di Thurlstone...
Jumpa ladang ternakan lembu di Thurlstone... dan
masing-masing teruja memberi lembu-lembu tu makan.
Sehinggalah kami sampai dan melalui serta merentasi kawasan Peak District. Tidak ada apapun di kawasan ini. Cuma gunung-gunung batu dan tasik yang besar. Tidak ada pokok-pokok. Lapang dan luas. Tidak ada pembangunan di sini. Pernah pihak kerajaan ingin mendirikan kincir-kincir angin di kawasan ini tetapi telah mendapat bantahan besar-besaran dari penduduk dengan alasan akan merosakan keindahan alam semulajadinya. Dan kincir angin itu tidak berjaya di dirikan.
Peak District... tidak ada pokok-pokok besar cuma
tumbuh-tumbuh renek seakan lumut meliputi seluruh permukaannya.
Tasek yang sangat luas di Crowden. Masih lagi dalam
kawasan Peak District.
Panjang juga laluan di Peak District ini. Pada sesetengah kawasan kelihatan padang-padang rumput, biri-biri dan di hujung jalan iaitu apabila keluar dari kawasan ini barulah kelihatan hutan-hutan pokok pine. Mengikut buku pelancongan UK, Peak District ini adalah satu taman besar. Dan sepertiga dari Sheffield termasuk dalam kawasan Peak District. Di kawasan inilah terletaknya Chatsworth, Bakewell, Matlock dan Matlock Bath yang menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati keindahan dan panorama yang begitu mengkagumkan serta tinggalan sejarah dan penempatan awal di Britain.
Hampir petang baru kami sampai di Manchester. Setelah beberapa kali sesat dan bertanya-tanya dengan orang baru kami jumpa Stadium Old Trafford yang popular tu. Puas 'merayau' ke sana ke mari mencari Ramly....
Menikmati aiskrim di perkarangan stadium.
Ha ha..dalam bahasa Melayu mudahnya, " Masuk kebun keluar kebun baru jumpa si Mamat Meli ni ..."
ReplyDeleteSubhanallah..indah sungguh bumi ciptaanNya..
Ya che mid... sesekali 'mengembara' melihat keindahan negara orang, cantik sungguh... tak terusik langsung oleh pembangunan.
Deletesanggup nya sweetie berkereta masuk kebun2 tu, kaknoor walapun dh bnyk kali ke Uk belum pernah drive keta disana, masa 28 thn dulu je itu pun hubby yg drive hehehe saluteee lah kt adinda ni
ReplyDeleteSaya suka scenery kak Noor. Kalau berjalan-jalan dlm bandar saya rasa tak ada beza pun antara London dan KL juga bandar2 lain. Sesak dan merimaskan. Tapi kampung omputih dgn kampung Melayu ada beza...
DeleteSubhanallah....cantek nya pemandangan ...terbentang luas menghijau di mana2.
ReplyDeletewalaupun main redah tapi pengalaman itu yang mahal untuk jadi kan kenangan terindah kan sweety.
Saya ni tak pakar dalam mengambil gambar Saniah. Itu jelah 'skop' yang mampu saya rakamkan... tapi kalau tengok sendiri mmg tak terkata cantiknya. Terjaga alam sekitarnya.
DeleteYa, 'pengembaraan' di UK memberikan saya satu pengalaman yang tak mungkin saya lupakan...
Seronok sweety dapat menjelajah countryside UK cantik sangat pemandanganya. Klau kak zai ada peluang teringin juga nak pergi Arundel.
ReplyDeletePlan asal saya mmg nak masuk beberapa negara Eropah kak Zai... tapi tak menjadi kerana penyusutan nilai RM. Itu yang 'round'2 countryside... si abang juga yg cakap... banyak juga tempat2 yang menarik di UK...
DeleteArundel pun cantik kan kak Zai... ada satu castle kat situ.
perjalanan ke old trafford mencari ramli mengujakan sekali pemandangannya indah sungguh...
ReplyDeleteBetul PI rasa mcm tak mo tinggalkan tempat tu...
Deletewahh sonokk kan ;p
ReplyDeleteSeronok! sesekali 'merantau' melihat keindahan tempat orang.
DeleteRamly dah balik Malaya , Sweetie
ReplyDeleteHahahha... awak buat lawak Nieda... tapi betullah... Ramly rupanya dah balik Malaya dan kawin... ada anak dah rupanya...
DeleteTulah datang main terjah je... ingatkan nak surprise Ramly rupanya dia tak dtg main bola hari tu... Blogger Nieda kata dia dah balik M'sia... hehehe..
ReplyDeletebegitu kuat penangan Manchester United..hihi..countryside di uk memang cantik...
ReplyDeleteYa la nohas... saya tak minat pun bola dan MU...
Delete