Tuesday, September 29, 2015

Sekadar cuci mata...

Bahagian ruang dalam Natural History Museum. Berada 
di ruang ini mengingatkan aku satu scene dalam filem Harry Potter.

Peringatan...

Melepaskan lelah dan sunbath di laman Natural History Museum.

Tinggal aku dan anak-anak saja di London. Kami tak ikut kakak dan adik serta suaminya terus ke rumah abang di Sheffield sebab dah beli tiket keretapi. Itu adalah rancangan awal aku. Abang pun memang nak ajak naik keretapi sebab katanya permandangan sepanjang perjalanan dengan train sangat cantik. Ketika aku di Malaysia lagi abang dah booking online tiket untuk ke Sheffield.

Sebaik abang serahkan kunci rumahnya pada adik aku... dan untuk menghabiskan masa sehari lagi di London... kami naik tube dan turun di satu station yang aku tak ingat namanya... (sebenarnya aku tak tengok pun nama station tu... ikut saja abang ke mana dia nak bawak aku..) Dari station tu kami berjalan menyusuri jalan yang sibuk dan cafe di kiri kanan yang di penuhi pengunjung. Sesekali kami berhenti dan mengambil gambar.

Sehingga sampai dan berhenti di satu traffic light dan abang beritahu dia nak bawak aku dan adiknya melawat muzium. Ada tiga buah muzium yang terletak berhampiran iaitu Muzium Science, Natural History dan Victoria and Albert Museum. Selain dari tiga muzium ini ada banyak lagi muzium rupanya di London... dan besar-besar yang kalau nak lawat semuanya memang tak cukup sehari. Malah kalau nak habiskan melihat keseluruhan pameran dalam satu muzium saja mungkin memakan masa berjam-jam.

Muzium pertama yang kami masuk ialah Natural History Museum yang terletak di Cromwell Road. Melangkah masuk saja ke dalam muzium terpamer rangka dinosour bersaiz sebenar. Muzium ini membawa kita menerokai tentang kehidupan dinosour, serangga dan biologi manusia. Pembentukan serta letusan gunung berapi dan ekologi. Kami tak masuk semua bahagian dalam muzium ini sekadar mana yang sempat dan menarik minat saja.

Dari Natural History Museum kami susuri lagi Cromwell Road dan sampai di Victoria and Albert Museum. Dan muzium V&A ini merupakan muzium terbesar di dunia dari segi seni hiasan dan reka bentuk ruangnya. Dah tentulah kalau dilihat pada namanya saja kita dah boleh agak... ia dinamakan sempena nama Queen Victoria dan Putera Albert.

Apa yang membuat aku teruja nak masuk ke dalam muzium ini adalah kerana terdapatnya satu bahagian yang mempamerkan dan mengisahkan tentang kehidupan orang-orang Minangkabau. Walaupun aku bukan orang Minang. Kami tak lama dalam V&A. Sekadar pusing-pusing dan melihat-lihat sambil lalu saja. Dah tak larat dah. Kaki dah penat.

Keluar dari V&A kami berjalan lagi mengikut langkah kaki. Penat kami berhenti dan duduk di bangku-bangku kayu yang di sediakan di kaki-kaki lima jalan. Tiupan angin membuatkan mata jadi mengantuk. Walaupun orang lalu lalang dan jalan rayanya sibuk dengan kenderaan. Macam-macam rupa dan ragam orang yang kami lihat.

Kami berjalan... berjalan dan berjalan lagi sehinggalah sampai dan masuk ke satu kawasan yang sangat sibuk dan padat dengan orang ramai. Dari jauh aku nampak sign bangunan yang macam 'pernah' aku tengok. Dan aku berhenti betul-betul di hadapan bangunan tersebut dengan orang bersesak-sesak. Dan Ojet cakap “eh! mak, inilah Harrods.” Rupanya kami dah sampai Brompton Road di kawasan Knightsbridge.

 Susun atur di ruang dalam bahagian makanan Harrods.

Roti dan pastry yang berbagai rupa menggamit selera.

Dah terlanjur sampai Harrods tu, apalagi kami tak lepas peluang... menjengah jugak ke dalam. Tapi sekadar cuci-cuci mata. Barang-barang yang di jual mahal. Time tu juga RM semakin susut nilai. Aku tak berani nak shopping walaupun ‘terpegang’ satu handbag. Ojet pulak sentiasa ‘berbisik’,  “kita nak duduk sini sebulan mak!"

(nota mak: Aku suka tengok rekabentuk dan hiasan tangga dalam Harrods. Bercirikan Timur Tengah. Dengan lampu-lampu bercahaya suram seolah-olah gambaran dalam Hikayat Seribu Satu Malam.)

18 comments:

  1. bestnya dapat shopping di harrods...kak ni mampu berangan jerlah sweetie heh..heh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak shopping pun PI... sama je kita... tak mampu saya nak berbelanja di Harrods tu...

      Delete
  2. Cuci mata pun takpelah sweety banyak pengalaman yang perolehi.Satu hari nanti pergi lagi InsyaAllah boleh shoping sakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah Saniah, cuma mampu window shopping je saya ni. Janji dah sampai dan tengok macam mana rupanya shopping mall Harrods tu.

      Delete
  3. nasib baik ada ojet disebelah ..hahaaha..lucu pula kata-katanya "kita nak duduk di sini sebulan"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Nieda, mentang-mentanglah dia ambik pengurusan kat U... mak nak 'berhibur-hibur' sikit tak boleh... hahahha

      Delete
  4. sib baik ada org sebelah.. kalau tak, mak sure sambar handbag..

    harrods tu punya nya si Fayed kan.. itu pasai agaknya tangga ala2 timur tengah.. bila ye boleh ke LONDON tu.. huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapat sambar... cium-cium je jadilah Yan... hehhehe...

      Ya, identiti Arabnya tu tak hilang walaupun bermastautin di negara omputih.

      Tanya hati... taulah jawapannya bila nak pergi Yan.

      Delete
  5. sunbathing kt negara 4 musim ni rasa best je kan..matahari suam2 kuku...mau herot dompet shopping kt Harrods...RM is falling down..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sunbath kat tempat kita... mau nampak gigi je lepas tu nohas... hahaha... Tul, bukan herot lagi, berjalan pun mungkin senget....hehehe

      Delete
  6. kaknoor kalau ke UK tak sah kalau tak ke harrods sweetie
    bukan nya nak beli apa pun cuci mata pun dah cukup lah tu kan
    walaupun dalam hati memberontak nak itu ini, tapi bawa bersabo maktok, kalau beli pun kadang2 barnag nya tk berpakai sngt pun hehee
    yg pasti mesti beli baklava, nougat dan turkish delight nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah pertama kali saya masuk Harrods kak Noor. Pergi UK dua tahun dulu tak sempat pun nak ke situ. Bath tempat anak kak Noor tinggal tu dekat ngan London tapi Sheffield jauh kak Noor dah dekat ngan Manchester.

      Saya pun gitu jugak beli roti2 tu je. Mmg tak berani nak shopping barang2 lain time saya masuk ni... Tengok kasut pun payah jumpa saiz kaki saya yang comel ni... hahahha..

      Delete
  7. Btw NHM kaknoor pernah masuk sekali sbb di bawa oleh anak2 lenguh kaki berjalan hahaa biasa lah sbb dok biasa tnegok barang shopping pergi ke NHM jadi lenguh lah pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak2 mana minat nak masuk muzium kak Noor... samalah.. saya pun di bawak dek abang... biasalah org2 akademik sukalah pergi tempat2 camtu.

      Delete
  8. Masuk muzium best bagi org yg suka sejarah especially.. tapi kalau dah kata yg terbesar why not masuk huhuu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... mak-mak macam saya ni mana berkenan masuk muzium... tapi anak-anak dah bawak tu masuk jugalah... menarik jugak.

      Delete
  9. masuk situ hati2 dgn bag, takut sgt klu bag tersapu barang kaca, mau nanges nak membayar hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan takat nanges... mau bisu lepas tu... hehehheh...

      Delete