Tuesday, October 6, 2015

Mengejar biri-biri di Chatsworth...

Abang mengejar biri-biri yang dilepaskan meragut 
rumput di hadapan Chatsworth House...

Gemuk-gemuk...

Dari kejauhan sekali pandang macam gumpalan kapas yang memutih ... berlonggok dan bertaburan di atas rumput. Pemandangan yang sering di lihat apabila melalui lebuh raya atau jalan-jalan yang berhampiran dengan ladang-ladang ternakan di UK.

Dari dalam kenderaaan nampak  ‘longgokkan kapas’  tu seakan tak bergerak. Tapi apabila di amati rupanya biri-biri yang di biarkan lepas bebas sedang meragut rumput. Beratus-ratus malah mungkin juga mencecah ribuan ekor.

Setiap kali melalui ladang ternakan biri-biri kami anak beranak sering cakap “kalaulah kita yang punya semua tu...”

Kebetulan ketika dalam perjalanan ke Bakewell kami singgah di Chatsworth. Kehijauan kawasan ini sungguh menyegarkan pandangan dan sering menjadi tumpuan pelancong tempatan untuk beriadah pada musim panas. Tiupan anginnya sejuk dan segar kerana kawasan ini terletak dalam Peak Districk National Park.

Dan berhampiran dengan Sungai Derwent terdapat satu padang ragut dan beratus biri-biri dibiarkan meragut rumput. Kami tak lepaskan peluang untuk bergambar.

Ingat nak nyanyi lagu Kuch-kuch Hota Hei... tapi lupa 
lirik pulak time ni...

Hijau dan menyejukkan mata...

18 comments:

  1. Tentu mengkagumkan melihat 'longgokan kapas' diladang yang menghijau,yang tak akan ditemui di malaysia kita ni kan sweety.
    Amboi ,bukan main lagi macam pelakon bollywood di padang hijau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geram nengoknya Saniah. Mcm2lah yang kami imaginekan... buat BBQlah, buat karilah...

      Kawasannya mmg luas sangat... angin sepoi2... tu yg berangan menari ala bollywood... hehehheh

      Delete
  2. ada tak guling2 atas rumput..hihi...tebal bulu biri-biri, cuaca sejuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak daaa :( dah namanya kawasan ternakan biri-biri... bertaburanlah 'kacang hitam' hahahhah...

      Delete
  3. kalau sweetie pakai kot bulu2 biri2 mesti sakan bergaya tu...cantik view yg hijau dgn kumpulan biri2 putih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya pakai kot bulu biri-biri... takut saya pulak yang kena kejar ngan biri-biri tu... hehehhe..

      Delete
  4. cantiknyaaaa...bilalah nak sampai sana.... huhu, salam kenal. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya hati wa... tahulah jawapannya bila nak ke sana...

      Maaf wa, saya tak boleh nak masuk blog you... (suspended) maybe ada sesuatu yang you letak di blog you yang membolehkan hanya orang2 tertentu saja yang boleh masuk...

      Delete
  5. Seronok kak Zai baca n3 sweety terasa seolah2 kak Zai ada bersama. Memang cantik tak boleh nak digambarkan hanya orang yang pernah melaluinya tahu keindahannnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ni dalam kawasan National Park di tengah2 Britain... Mmg countryside... masa saya pergi time winter dua tahun dulu semua pokok2 tu togel cuma salji je yang memutih kak Zai.

      Delete
  6. Replies
    1. Beratus-ratus ekor Diana... tengok dekat2 lagi seronok.. besar2 dan gemuk-gemuk.

      Delete
  7. Replies
    1. Betul KN... itu yang jadi geram... kalau dapat sekor buat BBQ sedap!

      Delete
  8. teringat bebiri di New Zealand
    ntah bila lah akan kesana lagi

    ReplyDelete
  9. seronoknya dpat tgk biri2 gemuk2 depan mata... saya yg tgk gmbr pun teruja... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruja ke?... hehhe.. apalagi lepas ni bawak anak-anak gi melancong ke UK plak Nora.

      Delete